Cara Membeli Tiket Flight Murah Ke Jepun

Biar kami kongsikan rahsia mencari tiket flight murah ke Jepun!

Membeli tiket flight merupakan fasa penentu kepada ketetapan perjalanan anda. Apabila anda telah membeli tiket penerbangan, bermakna anda telah memberi komitmen kepada perjalanan yang akan anda tempuhi.

Tetapi, bagaimana mencari tiket flight murah dalam pasaran? Adakah perlu menunggu tawaran ataupun mencari agen tiket flight murah?

Membeli Sendiri Atau Membeli Dengan Syarikat Perlancongan?

Anda pasti tertanya-tanya sama ada mana satu yang paling berbaloi? Membeli sendiri atau membeli dari syarikat perlancongan.

Jawapan kami ialah jika anda mengambil pakej serba lengkap dari syarikat perlancongan, biarkan syarikat penerbangan membelikan anda tiket.

Jika anda merasakan proses membeli tiket penerbangan itu membuatkan anda pening atau stress, biarkan syarikat penerbangan menguruskan tiket penerbangan anda.

Jika anda merasakan bahawa anda mampu membeli tiket penerbangan sendiri dengan mudah, kami cadangkan anda untuk membeli sendiri. Tetapi, jika anda mengambil pakej percutian dari syarikat perlancongan dan membeli tiket penerbangan sendiri, pastikan anda membeli pada tarikh yang sama dengan pakej yang anda ambil.

Tapi perkara paling penting anda perlu buat sebelum membeli tiket penerbangan ialah pastikan anda tiada halangan untuk melancong ke luar negara. Rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut.



Cara Membeli Tiket Flight Murah

Membandingkan harga antara syarikat penerbangan dan memilih harga paling murah mengikut tarikh ialah 2 cara utama untuk mencari tiket penerbangan murah ke Jepun.

Berdasarkan 2 perkara ini, banyak website yang menyediakan sevis membeli tiket penerbangan secara online dan mudah, beserta perbandingan harga mengikut tarikh, dan perbandingan harga diantara syarikat penerbangan.

Mengikut pengalaman kami, website yang paling memudahkan carian tiket penerbangan termurah ialah Google Flight.

Jika anda pertama kali membuka laman web ini, kemungkinan besar anda diberitahu bahawa servis ini tiada di negara anda. Jangan risau. Skroll ke bawah dan pilih negara pilihan anda.

Google Flight

Cara mencari tiket paling murah di Google Flight ini sangat mudah. anda hanya perlu masukkan destinasi dan tarikh pilihan anda, akan keluar senarai penerbangan yang ada. Hasil carian termurah akan dipamerkan pada senarai teratas.

Untuk penerbangan seperti digambar, tiket penerbangan ke Osaka pergi balik dari 2-10 September 2017 hanya berharga RM797 sahaja. Carian penerbangan seperti digambar dibuat dalam 1 bulan sebelum tarikh digambar. Harga tiket akan berubah mengikut masa.

Harga Mengikut Tarikh

Jika anda ingin melihat harga tiket penerbangan mengikut tarikh, click pada tarikh pilihan anda dan harga mengikut tarikh akan dipaparkan. Anda juga memilih pilhan tarikh yang fleksibel (Flexible Dates) dan graf harga (Price Graph) untuk menganalisa tiket paling sesuai untuk anda.

Flexibel Dates

Anda juga boleh mengubah tarikh pergi dan tarikh balik dengan mudah menggunakan fungsi Flexibel Dates. Harga berwarna hijau melambangkan harga termurah yang ada dipasaran pada tempoh masa tarikh carian anda. Harga berwarna merah pula adalah sebaliknya.

Price Graph

Dengan menggunakan graf harga, anda boleh mengetahui harga tiket penerbangan pada jangka masa yang panjang. Graf ini memudahkan kita membandingkan harga tiket penerbangan secara umum.

Tempahan

Setelah menjumpai tiket pilihan anda, anda boleh terus menempah penerbangan tersebut, melihat perubahan harga tiket penerbangan atau menyimpan itinerari tiket penerbangan. Jika anda memilih untuk melihat perubahan harga tiket, itinerari tiket ini akan disimpan ke dalam akaun google anda dan anda boleh memilih untuk menerima notifikasi melalui email tentang perubahan harga tiket penerbangan tersebut.



  • Percutian Ke Jepun Musim Sejuk 2017 - 2018

Melancong meluaskan ufuk pemikiran anda dengan melihat budaya-budaya baru, taman-taman tema yang sangat menarik, alam semulajadi yang akan menyentak hati anda!

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!

2 replies
    • JomJapan.com
      JomJapan.com says:

      Promosi tiket masuk murah selalunya ada di laman web berbahasa Jepun. Nantikan artikel dari kami berkenaan perkara tersebut.

      Balas

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Berikan Pandangan Anda!