Musim di Jepun dibahagikan kepada 4 musim yang jelas iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Selain itu, ada 2 musim di Jepun selain 4 musim yang jelas iaitu musim taufan dan musim hujan.

Cuaca dan suhu setiap kawasan berubah mengikut iklim kawasan di Jepun. Kawasan utara di Jepun seperti Hokkaido beriklim “sub-artic”, manakala kawasan tengah Jepun seperti Tokyo, Kyoto dan Osaka beriklim “ektra-tropical”. Kawasan selatan seperti Okinawa beriklim “sub-tropical”.

      Disebabkan itu, kawasan utara seperti Hokkaido lebih sejuk berbanding kawasan tengah Jepun seperti Tokyo. Manakala cuaca di kawasan kepulauan selatan seperti Okinawa lebih panas berbanding kawasan-kawasan lain di Jepun.

Musim Bunga (Mac – Mei)

(はる – Haru – Spring – Musim Bunga)

Musim bunga paling dinantikan oleh kebanyakan orang kerana berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim sakura. Suhu yang sangat sejuk digantikan dengan suhu dengan purata suhu sebanyak 15 darjah celcius di Tokyo.



Musim Panas (Jun – Ogos)

(なつ – natsu – Summer – Musim Panas)

Musim panas bermula dengan musim hujan selama 3-4 minggu. Kemudian, suhu mula menjadi panas dan lembab seperti di Malaysia. Purata suhu di Tokyo untuk musim panas ialah 25.4 darjah celcius.

Musim Luruh (September – November)

(あき – Autumn, Fall – Musim Luruh)

Musim luruh membawa angin dan suhu yang nyaman. Suhu menurun sehingga ke purata 18.5 darjah celcius di Tokyo. Daun-daun mulai menjadi merah dan kuning, menandakan persediaan alam semulajadi untuk memasuki musim sejuk. Permandangan hutan yang berwarna merah dan kuning sangat mengagumkan.

Musim Sejuk (Disember – Februari)

(ふゆ – Fuyu – Winter – Musim Sejuk)

Purata suhu di Tokyo pada musim sejuk ialah 6.1 darjah celcius dan salji mulai turun pada hari-hari tertentu. Ranting dan dahan pokok jelas kelihatan kerana daun-daun sudah gugur memasuki musim sejuk. Sukan musim sejuk menjadi tumpuan utama kepada para peminatnya. Lihat pakej musim sejuk 2017 dan 2018.

Hotel

Tempah Hotel Untuk Percutian Anda
di Trivago
Sekarang!!

Musim-Musim Lain

  • Cuaca di Jepun

Musim Hujan (Hujung Musim Bunga – Awal Musim Panas)

(梅雨つゆ,ばいゆ – Tsuyu, Baiyu – Rain Season, Plum Rain – Musim Hujan)

Musim hujan juga dipanggil Samidare (五月雨さみだれ) yang bermaksud “Hujan Mei”.  Musim hujan selalunya bermula dari lewat musim bunga hingga awal musim panas selama 3-4 minggu. Musim hujan bermula lebih awal di Okinawa. Hokkaido tidak terkesan dengan musim hujan ini.

Taufan (Julai – Oktober)

(台風たいふう – Taifū – Cyclone – Taufan)

Laluan taufan di Lautan Pasifik kadangkala menghampiri Jepun pada Julai hingga Oktober. Mengikut statistik terdahulu, taufan melanda Jepun pada bulan Ogos hingga September. Kawasan yang akan dilanda taufan dan tahap kerosakan tidak dapat diramal dengan jelas. Apabila sesuatu kawasan dilanda taufan, kemungkinan pengangkutan awam seperti keretapi mungkin akan tergendala untuk beberapa ketika.



  • Percutian Ke Jepun Musim Sejuk 2017 - 2018

Melancong meluaskan ufuk pemikiran anda dengan melihat budaya-budaya baru, taman-taman tema yang sangat menarik, alam semulajadi yang akan menyentak hati anda!

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Berikan Pandangan Anda!