Pengalaman Musim Sejuk Di Jepun

Pengalaman Hidup Dalam Musim Sejuk Di Jepun

Musim Sejuk Di Jepun

Musim sejuk di Jepun.

Salah satu sebab kenapa Bro JJ mengaplikasi untuk sambung belajar di Jepun lepas SPM ialah nak melihat 4 musim di Jepun yang berbeza.

Iyalah, dekat Malaysia ada musim panas dan musim kurang panas sikit saja. Tak pernah nampak salji.

Waktu Bro JJ mula-mula sampai Jepun dulu, memang sejuk, sebab musim bunga. Bulan april, baru saja habis musim sejuk di Jepun. Bila masuk awal bulan 12, baru masuk musim sejuk di Tokyo.

Tempat lain ada yang awal, ada yang lambat masuk musim sejuk. Kalau dekat Hokkaido, bulan 11 sudah ada salji.

Dekat Tokyo, agak jarang turun salji sebenarnya. Sepanjang Bro JJ duduk di Tokyo, dalam musim sejuk di Jepun, selalunya dalam 4-5 kali saja turun salji.

Kalau salji lebat sikit, selalunya salji akan menimbun sampai tengelam kasut. Kedalamannya hanya sampai ke buku lali kaki selalunya.

Banyaklah kereta apai tergendala akibat landasan yang licin mungkin. Tapi bila Bro JJ melawat ke rumah kawan Bro JJ yang tinggal di kawasan yang banyak salji, memang terpegun juga Bro JJ dibuatnya.

Orang Jepun menggelarkan kawasan yang banyak salji ini sebagai 雪国 (yukiguni).



Gunung Salji di Jepun

Manakan tidaknya, kereta yang parking semalaman pun boleh hilang ditimbuni salji kalau salji lebat.

Memang tak terbanding dengan Tokyo saljinya. Kawan Bro JJ cerita kesusahan-kesusahan beliau hidup di yukiguni.

Memang nampak sungguh kesusahan orang yang hidup di situ.

Tapi Bro JJ sangat suka musim sejuk dan salji.

Sebabnya ialah sukan snowboard dan ski!

Kali pertama Bro JJ main snowboard, esok paginya tak boleh bangun Bro JJ dan kawan-kawan Bro JJ.

Sebab sakit satu badan!

Snowboard ialah sukan ekstrim sebenarnya. Lebih kurang sama macam main skateboard, cumanya kita main atas salji.

Memanglah jatuh sikit-sikit tak sakit. Tapi, sebagai seorang beginner, Bro JJ jatuh berdozen kali.

Rasanya dekat situ Bro JJ belajar ada kemanisan dari kegagalan.

Walaupun jatuh banyak kali hari pertama sampai tak boleh bangun subuh esoknya, Bro JJ dan kawan-kawan tetap gagahkan diri untuk bawa papan snowboard naik gondola.

Tapi yang peliknya, bila dah mula main, lupa sekejap kesakitan dibadan.

Agaknya itu kesan adrenaline. Manakan tidaknya, perasaan bermain snowboard itu bagaikan merempit diatas landasan gunung salji.

Laju. Makin laju, makin sakit bila jatuh.

Lepas dari pengalaman pertama kali bermain sukan ekstrim itu, Bro JJ jadi jatuh cinta dengan sukan itu.

Antara tempat yang selalu Bro JJ pergi dan senang untuk akses dari Tokyo ialah Gala Yuzawa Snow Resort.

Bro JJ rasa, kalau dekat Malaysia turun salji dan ada sukan snowboard dan ski, mungkin orang dah tak merempit di jalanan.

Tulisan

Ditulis oleh Bro JJ. Bro JJ ialah nama pena untuk penulis JomJapan.com. Bro JJ aktif mengiatkan JomJapan.com.



  • Percutian Ke Jepun Musim Sejuk 2017 - 2018

Melancong meluaskan ufuk pemikiran anda dengan melihat budaya-budaya baru, taman-taman tema yang sangat menarik, alam semulajadi yang akan menyentak hati anda!

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Berikan Pandangan Anda!