Odaiba – Jalan Jalan Jepun di Odaiba, Tokyo

Odaiba ialah salah satu tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati jika anda melancong di Tokyo terutamanya.

Odaiba merupakan sebuah pusat hiburan serta membeli-belah yang terkenal di Tokyo, dibangunkan di atas sebuah pulau buatan manusia yang diberi nama Tokyo Bay. Jambatan yang menghubungkan antara Odaiba dengan bandaraya Tokyo ialah “Rainbow Bridge”.

Odaiba berasal daripada perkataan “Daiba” yang membawa maksud “Kubu”, dimana fungsi asal kota ini dibina pada zaman Edo (1603-1868) adalah sebagai pusat pertahanan Tokyo dari serangan musuh yang mungkin datang dari arah laut.

Seterusnya Odaiba mula berkembang pada lewat abad ke-20 sebagai sebuah daerah pelabuhan laut. Kesan dari pertambahan projek-projek pembangunan, bermula pada tahun 1990, Odaiba pesat membangun dengan pembinaan hotel-hotel dan bangunan residensi serta pusat-pusat membeli-belah.

Tambahan pula, dengan perkembangan sistem pengangkutan yang sampai ke Odaiba melalui pembukaan aliran kereta api Yurikamome, ianya turut berkembang menjadi pusat tumpuan pelancong dan tempat menarik di Tokyo yang sering dilawati.

Odaiba - Jalan Jalan Jepun

Odaiba, Tokyo.

Apa Yang Menarik di Odaiba?

Tarikan utama di Odaiba ialah bangunan Fuji TV, Decks Tokyo Beach, DiverCity Tokyo Plaza, Aquacity Odaiba serta Rainbow Bridge.

Lokasi-lokasi ini mempunyai reka bentuk arkitek yang menarik serta memainkan fungsinya yang berbeza.

Bangunan Fuji TV merupakan ibu pejabat stesen televisyen Fuji – stesen televisyen terbesar di Jepun, manakala Decks Tokyo Beach serta Aquacity Odaiba merupakan pusat membeli belah yang mempunyai pelbagai kedai, butik, restoran, kafe serta panggung wayang.

Juga terdapat taman tema (indoor) di Decks Tokyo Beach. DiverCity Tokyo Plaza terkenal dengan patung gergasi skala sebenar watak “Gundam” dan merupakan lokasi yang terkenal untuk bergambar dan wajib anda masukkan dalam senarai tempat menarik di Tokyo untuk dilawati.

Selain dari destinasi di atas, terdapat juga;

  1. Telecom Center yang mempunyai Museum of Maritime Science, National Museum of Emerging Science serta Oedo Onsen Monogatari (hot spring theme park);
  2. Palette Town yang mempunyai Venus Fort (European shopping town), Toyota Mega Web (giant Toyota showroom), Ferris Wheel serta Leisureland (entertainment complex) dan;
  3. Big Sight Area yang mempunyai Tokyo Big Sight (juga dikenali sebagai Tokyo International Exhibition Center) serta Panasonic Center (showroom).

Jika anda sedang mencari pakej melawat tempat menarik di tokyo, anda boleh melihatnya pakej melancong ke Jepun di sini.

Patung Gundam Odaiba pada waktu malam.

Gundam Divercity

Patung Gundam Unicorn di DiverCity. Sumber Sagaswhat



Berjalan Mengelilingi Odaiba

Akses

Anda boleh ke Odaiba melalui pelbagai cara termasuklah dengan berjalan kaki, menaiki bot, menaiki kereta api Yurikamome, ataupun kereta api JR (Japan Rail – Rinkai Line).

Jalan jalan Jepun dibina dengan kemudahan pejalan kaki yang memudahkan. Jika anda ingin ke Odaiba secara berjalan kaki, anda boleh melalui Rainbow Bridge. 

Jumlah perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit, namun anda mungkin tidak akan merasai jauhnya berjalan kerana pemandangan di sepanjang perjalanan sungguh memukau – dengan keindahan pemandangan kawasan waterfront.

Laluan pejalan kaki bermula dari stesen Shibaura-futo sekiranya anda berjalan dari arah bandaraya Tokyo, dan stesen Odaiba Kaihinkoen sekiranya anda berjalan dari arah Odaiba.

Laluan pejalan kaki ditutup pada

  1. Waktu malam bermula 9.00 malam hingga 9.00 pagi (April – Oktober), dan 6.00 petang hingga 10.00 pagi (November – Mac);
  2. Pada hari Isnin minggu ketiga setiap bulan,
  3. Pada 29 – 31 Disember;
  4. Ketika Pertunjukan Bunga Api Tokyo Bay; serta
  5. Ketika cuaca yang tidak mengizinkan.

Sekiranya anda memilih untuk menaiki bot, Tokyo Water Bus beroperasi antara Odaiba Seaside Park dan Hinode Pier.

Tempoh perjalanan adalah sekitar 20 minit dengan tambang sebanyak 480 yen. Kekerapan bot adalah sekitar setiap 30 minit.

Seterusnya sekiranya anda ingin merasai pengalaman menaiki kereta api di Jepun, anda juga berpeluang untuk menaikinya untuk ke Odaiba.

Terdapat dua jenis kereta api iaitu kereta api Yurikamome, atau kereta api biasa (JR). Seperti monorail di Malaysia, kereta api Yurikamome beroperasi mengikut sistem dan tidak mempunyai pemandu. Inilah yang membezakannya dengan kereta api biasa seperti JR.

Yurikamome Line

Yurikamome merupakan sistem pengangkutan transit rasmi ke Odaiba, jadi kekerapannya adalah pada setiap minit.

Ia menghubungkan stesen Shimbashi ke seluruh kawasan tarikan di Odaiba yang berada di Yamanote Line, serta stesen Toyusu sekiranya anda berada di Yurakucho Subway Line.

Perjalanan antara stesen Shimbashi ke Odaiba mengambil masa 15 minit dengan kadar bayaran 320 yen. Namun sekiranya anda bercadang untuk menggunakan Yurikamome berulang kali dalam 1 hari, anda boleh membeli pas harian yang berharga 820 yen.

Yurikamome tidak berada dibawah kelolaan JR jadi anda tidak dibenarkan menggunakan Japal Rail Pass (JR Pass) sekiranya menaiki Yurikamome.

Pilihan untuk menggunakan Yurikamome bagi pelancong mungkin merupakan satu pilihan yang terbaik kerana anda dapat menikmati pemandangan indah waterfront dan pelabuhan di sepanjang perjalanan ke Odaiba.

Seterusnya melalui rangkaian Japan Rail (JR), terdapat beberapa pilihan seperti

  1. Rinkai Line yang mengubungkan stesen Osaki (JR Yamanote Line) ke stesen Shin-Kiba (JR Keiyo Line) dimana anda boleh berhenti sama ada di stesen Tokyo Teleport dan stesen bawah tanah Kokusai Tenjijo, kerana kedua-duanya berada di Odaiba.
  2. Sesetengah kereta api JR Saikyo Line menghubungkan ke Rinkai Line (rangkaian yang boleh membawa anda ke Odaiba – rujuk point [1]), dan juga ke bandar-bandar lain seperti Shinjuku dan Shibuya. Perjalanan dari Shinjuku ke stesen Tokyo Teleport mengambil masa 25 minit dengan kadar bayaran 500 yen.

Makanan Halal

Bagi pelancong Muslim, terdapat beberapa restoran halal di Odaiba.

Antaranya ialah Sojibou Soba Noodle Shop, The Oven Japanese Buffet Restaurant, Red Lobster Aquacity, serta Khazana Indian Restaurant.

Semua pilihan ini dapat dituju hanya dengan menggunakan applikasi Google Maps serta Halal Navi.

Anda boleh memilih sama ada untuk makan di restoran, atau dibeli secara “take-away”.

Tempat Solat Di Odaiba

Tempat Solat

Selain solat di restoran yang menyediakan ruangan solat seperti di Sojibou Soba Noodle Shop yang terletak di DiverCity Odaiba, anda juga boleh menunaikan solat di Decks Tokyo Beach iaitu berdekatan dengan stesen kereta api Odaiba Kaihinkoen dan Tokyo Teleport.

Selain itu, juga terdapat ruangan solat di Tokyo Big Sight, iaitu di Visitor & Business Center.

Anda juga boleh merujuk artikel ini untuk melihat akses masjid di Asakusa.

Pakej Melancong – Jom Jalan Jalan Jepun

Jika anda sedang merancang untuk melancong ke Jepun dan melawat ke Odaiba dan tempat menarik di Tokyo terutamanya pada musim sejuk ini, anda boleh membaca artikel-artikel di bawah untuk maklumat lanjut.



  • Percutian Ke Jepun Musim Sejuk 2017 - 2018

Melancong meluaskan ufuk pemikiran anda dengan melihat budaya-budaya baru, taman-taman tema yang sangat menarik, alam semulajadi yang akan menyentak hati anda!

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Berikan Pandangan Anda!