Kiriman

,

Furano

INFO DAN SEJARAH

Furano merupakan sebuah Bandar di Wilayah Hokkaido yang tekenal dengan landskap luar bandar yang sangat indah. Taman lavender seperti Ladang Tomita dan juga pemandangan Gunung Tokachi yang menakjubkan menjadikan bandar ini sebagai salah satu destinasi pilihan pelancong. Selain bunga poppy, teratai, dan bunga matahari juga terdapat di kawasan Nakafurano.

Furano Ropeway yang merupakan resort gondola menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari lembah dan dibuka sepanjang tahun. Ekonomi di bandar Furano bergantung kepada industri perlancongan. Hal ini kerana bandar ini banyak menerima pelancong untuk melawati ladang lavender dan juga resort ski serta penanaman anggur yang diuruskan secara perbandaran.

Selain itu, Furano juga terkenal dengan produk tenusu seperti susu dan keju dan produk Furan Delice yang merupakan produk terkenal di sini. Masa yang terbaik untuk anda berkunjung ke sini adalah pada bulan Julai iaitu apabila bunga lavender sedang berkembang cantik. Di samping itu, bandar ini juga menjadi pusat peranginan ski untuk melakukan aktiviti ski menuruni bukit.

TEMPAT MENARIK

Anda pasti tidak akan menyesal sekiranya anda bercuti ke sini kerana terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati.

  • Taman Bunga Furano

Pemandangan taman lavender yang begitu mengasyikkan membuatkan pelancong terus menerus berkunjung ke sini terutamanya pada musim panas. Lavender telah ditanam di Hokkaido selama lebih dari setengah abad dan bunga ini kebiasaanya akan mula berkembang pada akhir bulan Jun dan mencapai kemuncaknya dari sekitar pertengahan bulan Julai hingga awal bulan Ogos.

Selain Lavender, terdapat juga bunga lain seperti bunga poppy, bunga matahari dan teratai yang membuatkan Furano menjadi destinasi menarik walaupun diluar musim lavender. Bulan terbaik untuk melihat kecantikan bunga disini ialah antara bulan Jun dan September. 

Di wilayah ini terdapat banyak taman bunga yang tersedia untuk kunjungan pelancong tetapi tempat terbaik untuk anda melihat lavender ialah Ladang Tomita dimana tumbuhnya bunga lavender yang cantik dengan Pergunungan Tokachi yang menakjubkan sebagai latar belakang.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ladang bunga di sini. Selain itu di sini juga disediakan kafe dan pelbagai produk yang berkaitan lavender. Ladang ini akan menjadi sibuk dan menerima kunjungan pelancong yang ramai sewaktu kemuncuk musim bunga serta lavender.

Ladang Tomita yang kedua dibuka pada tahun 2008 dan dikenali sebagai Lavender east. Lavender East terletak kira-kira empat kilometer di sebelah timur Ladang Tomito dan merupakan ladang lavender yang terluas di Furano yang merangkumi keluasan 14 hektar. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda berpeluang merasai perjalanan “Lavender Bus” iaitu anda akan dibawa menaiki bas selama 15 minit menyusuri ladang lavender yang mekar berkembang.

Selain itu, Kamifurano Bunga Tanah juga merupakan ladang lavender dan juga bunga-bunga yang lain. Kedudukannya yang unik di lereng bukit akan memberikan pemandangan yang indah dari kawasan gunung Tokachi ditambah dengan kecantikan bunga yang semulajadi.

Seandainya anda melawati ladang ini, anda akan merasai pengalaman menyusuri ladang bunga dengan traktor dan anda dapat merasai peluang memetik bunga lavender dengan tangan anda sendiri.

Ladang Tomita sentiasa dibuka kepada pelancong bermula jam 8.30 pagi sehingga pukul 5 petang dan tiada bayaran dikenakan. Untuk Lavender East, ladang ini hanya dibuka pada bulan Julai dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang dan akan ditutup padan bulan Ogos sehingga Jun. Bayaran sebanyak 200 yen dikenakan sekiranya anda menaiki bas untuk menyusuri ladang lavender.

Kamifurano Bunga Tanah pula akan ditutup kepada orang ramai pada penghujung bulan Disember sehingga pertengahan bulan Januari dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke ladang ini. Waktu operasi di ladang ini berbeza-beza mengikuti bulan dan pastikan anda memeriksa waktu operasi ladang ini sebelum melawatinya.

Ladang Tomita
Bunga Poppy
  • Biei

Merupakan sebuah Bandar kecil yang dikelilingi oleh bukit dan ladang yang luas sebagai landskap yang menakjubkan. Berbasikal ataupun memandu menyusuri bukit-bukit dan ladang-ladang bunga adalah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk menikmati pemandangan semulajadi di sini. Kawasan barat laut bandar ini dikenali sebagai “ Jalan Patchwork” manakala kawasan selatan Bandar ini dikenali sebagai “Jalan Panorama”.

Jalan Patchwork adalah kawasan yang indah di barat laut Bandar Biei dan dinamakan sempena ladang yang dapat dilihat dari atas jalan. Jalan ini mempamerkan landskap luar bandar yang indah sepanjang tahun.

Selain itu, Bukit Pemerhati Hokusei juga merupakan salah satu tarikan di sini. Bukit yang mempunyai struktur piramid ini memberikan pemandangan indah ladang Biei dan juga Bukit Zerebu yang merupakan sebuah taman bunga yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Bukit Zerebu sentiasa dibuka kepada umum dan tiada bayaran masuk dikenakan dan mula dibuka pada jam 9 pagi sehingga pukul 5 petang.

Jalan Panorama juga menawarkan keindahan luar biasa dan cara yang paling menarik untuk anda menikmati pemandangan disini adalah dengan berbasikal atau menaiki kereta.

Bukit Shikisai adalah taman bunga yang luas dengan pelbagai ladang bunga yang menghiasi disepanjang jalan bukit ini. Anda boleh menikmati pemandangan ini dengan berjalan kaki menyusuri jalan atau menyewa kereta buggy atau traktor.

Ladang Kanno juga merupakan salah satu taman bunga yang kecil yang sering menjadi tarikan pengunjung. Ladang ini akan ditutup pada pertengahan bulan Oktober sehingga pertengahan bulan Jun dan tiada bayaran masuk dikenakan. Bukit Shikisai dibuka bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 6 petang dan sentiasa dibuka sepanjang tahun. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Bukit Shikisai
  • Kolam Biru (Blue Pond)

Selain pemandangan taman bunga yang menarik, kolam biru juga menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Pada awalnya kolam ini tidak dipromosi sebagai tempat pelancongan. Namun sejak kebelakangan ini ia menjadi sebahagian daripada sistem kawalan hakisan yang dibina untuk mencegah kerosakan kepada Biei sekiranya terjadi letusan dari Gunung Tokachidake yang berdekatan.

Kolam ini tidak banyak terdedah kepada pembangunan untuk pelancongan. Disini pelancong akan berjalan selama 5 hingga 10 minit melintasi hutan untuk ke kolam ini dan anda boleh menikmati pemandangan semulajadi yang menghijau sepanjang perjalanan.

Kolam Biru
  • Kilang Keju Furano

Kilang keju ini membolehkan pengunjung untuk melihat sendiri proses pengeluaran keju jenis camembert tempatan melalui cermin kaca besar. Anda berpelung untuk merasai keju hitam yang warnanya didapati daripada dakwat sotong di kilang ini.

Disamping pembuatan keju, terdapat juga kilang aiskrim dan juga kilang pizza serta kelas untuk membuat mentega, aiskrim, roti dan juga keju. Daripada stesen Furano, anda perlu menaiki kereta dan perjalanan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kilang ini dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang dan akan ditutup pada 31 disember hingga 3 januari. Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi bayaran akan dikenakan sekiranya anda memasuki bengkel untuk membuat mentega, asikrim, roti atau keju.

Kilang Keju
  • Resort Ski Furano

Bandar ini juga terkenal dengan aktiviti ski dan Resort Ski Furano merupakan salah satu resort yang terkenal di sini. Resort ini merangkumi dua puncak yang bersambung menawarkan trek ski yang panjang serta menarik yang digunakan untuk perlumbaan piala dunia.

Selain itu, beberapa lereng yang lebih luas dan lembut membuatkan ia sesuai untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ski ini. Bagi mereka yang sudah mahir, trek-trek yang mencabar dan berbukit juga sesuai untuk mereka mengasah bakat disini.

Selain aktiviti ski, resort ini juga menyediakan Family snowland dimana anda boleh mencuba aktiviti salji yang lain seperti kereta salji, parasailing dan juga salji berakit. Di pangkalan resort ini terdapat dua hotel yang besar dengan pintu belakangnya membawa anda terus ke kawasan ski.

Akhir bulan November sehingga awal bulan Mei merupakan bulan yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini. Bayaran masuk sebanyak 5700 yen akan dikenakan sekiranya anda mengambil pakej penuh manakala 5100 yen sekiranya anda mengambil pakej separuh hari. Tetapi hanya 2000 yen dikenakan sekiranya anda ingin berada disana pada malam hari sahaja.

Resort Ski

AKSES

Anda mempunyai dua pilihan untuk ke Bandar Furano sekiranya anda daripada Tokyo iaitu melalui penerbangan dan kereta api.

  • Penerbangan

Syarikat penerbangan JAL dan Air Do mengendalikan beberapa penerbangan sehari antara Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan lapangan Terbang Asahikawa berdekatan dengan Furano. Kebiasaanya JAL akan menawarkan tiket sekitar 45,000 yen akan tetapi kebiasaanya anda akan mendapat potongan antara 17,000 sehingga 23,000 yen.

Anda boleh melakukan penjimatan dengan menaiki penerbangan Air Do yang kebiasaanya akan menawarkan harga tiket 20 peratus lebih murah dari JAL. Bas yang menghubungkan Lapangan terbang Asahikawa dengan Biei akan dikenakan tambang sebanyak 370 dengan masa perjalanan 15 minit. Manakala daripada furano dikenakan tambang sebanyak 770 yen dengan masa perjalanan yang lebih panjang iaitu 60 minit.

Kapal Terbang JAL
  • Kereta api

Anda akan melakukan pemindahan di Stesen Shin-Hakodate-Hokuto di Sapporo dan Takikawa sekiranya anda dari Tokyo dan ingin menuju ke Furano. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 jam dengan kos sekitar 29,000 yen satu hala dengan menggunakan Jepun Rail Pass.

Kereta Api

MAKANAN HALAL

Pelancong yang beragama islam tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal di sini kerana terdapat beberapa kedai makan yang menarik serta halal dapat dinikmati oleh pelancong muslim.

  • Syunnikusyunsai Tohachi

Restoran ini diusahakan oleh pengusaha sebuah kedai daging kambing. Daging kambing disukai oleh penduduk Hokkaido dan digunakan dalam masakan tempatan mereka.

Restoran ini menyajikan hidangan daging yang menarik dan unik seperti nasi didalam periuk batu yang akan menghasilkan bunyi daging yang dipanggang yang pasti akan membangkitkan selera anda. Anda harus mencuba Jingisukan goreng dan sayur yang berharga 980 yen yang menggunakan daging kambing yang halal dan sayur yang garing.

Hidangan Daging
  • Yotsuba Ramen

Restoran ini adalah restoran yang pakar dalam pembuatan ramen niboshi yang membuatkan anda berselera untuk mencuba ramen ini. Sup ramen di sini dibuat dari beberapa jenis ikan bilis yang dihasilkan di Setouchi dan Nagasaki. Tiada perasa atau bahan kimia ditambah semasa proses memasak. Harga ramen di restoran ini sekitar 750 yen semangkuk.

Ramen

TEMPAT SOLAT

Tempat solat juga menjadi keutamaan bagi pelancong muslim apabila melancong ke luar negara. Di sini terdapat beberapa tempat yang menyediakan ruangan solat yang menjadi kemudahan kepada pelancong muslim.

Seiring dengan penambahan bilangan pelancong muslim ke Furano, ruang solat telah disediakan di dalam Ladang Tomita. Ruang solat lengkap dengan tempat berwudhu terletak di tingkat 2 rumah Hanabito.

Selain itu, ruang solat juga ada disediakan di Stesen Kereta Api Asahikawa. Terletak di pusat maklumat pelancongan ruang solat ini juga lengkap dengan tempat mengambil wuduk.

Selain itu anda juga boleh menunaikan solat di bilik solat Lapangan Terbang Asahikawa yang terletak di tingkat tiga.

Ruang Solat

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e6829.html
  2. https://en.wikipedia.org/wiki/Furano,_Hokkaido
  3. https://www.halalmedia.jp/archives/30870/hokkaido-asahikawa-map-for-muslim-is-completed/
  4. https://www.halalgourmet.jp/restaurant/895531
  5. https://www.halalmedia.jp/archives/27239/prayer-room-established-lavender-field-farm-tomita-hokkaido/
  6. https://www.halalmedia.jp/archives/23397/a-prayer-space-is-now-available-at-asahikawa-airport-in-hokkaido/2/
,

Niseko

 INFO DAN SEJARAH

Niseko adalah sebuah bandar yang terletak di Utara bahagian Hokkaido Jepun berhampiran dengan gunung berapi tidak aktif, Gunung Yotei. Niseko di kelilingi oleh pusat-pusat ski utama dan juga pelbagai resort peranginan air panas yang dikenali sebagai Onsen.

Niseko juga terkenal dengan sungai yang indah di Jepun yang dikenali sebagai jeram putih iaitu Sungai Shiribetsu. Oleh kerana kualiti saljinya yang turun di sini adalah yang terbaik, banyak resort ski telah dibina disini dan ia amat terkenal dikalangan peluncur-peluncur ski.

Sejak kebelakangan ini, bandar ini amat popular sebagai kawasan peranginan kerana pemandangan semulajadi nya yang menakjubkan dan juga senang diakses oleh pengunjung. Selain daripada laluan ski yang panjang, banyak resort di Niseko menawarkan pengembaraan musim sejuk untuk menjelajah laluan ski yang menjadi pilihan para pelancong.

Tempat peranginan ski Niseko semuanya terletak di Gunung Niseko-Annupuri. Tiga resort utama iaitu Grand Hirafu, Niseko Village dan Annupuri, meliputi sebahagian besar dari separuh tenggara gunung manakala beberapa pusat peranginan yang lebih kecil melambangkan perimeter mereka. Anda boleh menggunakan Pas Niseko All Mountain untuk akses kepada tiga resort ini.

TEMPAT MENARIK

  • Niseko Ski Resort

Tiga resort yang paling terkenal untuk aktiviti ski di sini ialah, Grand Hirafu, Niseko Village dan juga Annupuri.

1.     Grand Hirafu

Grand Hifaru merupakan pusat peranginan yang terbesar di Niseko dan satu-satunya resort yang mempunyai kawasan bandar yang besar di sekitar pangkalan utamanya iaitu Bandar Hirafu. Bandar ini mempunyai pelbagai hotel mewah, rumah percutian, dan juga restoran.

Masyarakat di bandar ini sangat mesra dengan pelancong dan anda pasti tidak akan merasa janggal melawati bandar ini. Pada waktu malam, bandar ini hidup dengan hiburan dan meriah dengan kunjungan pelancong.

Kebanyakan restoran di bandar ini menyajikan makanan barat dan kedai serbaneka disini juga menjual pelbagai jenis makanan yang diimport dari seluruh negara. Resort ini boleh di akses dari Stesen Kutchan selama 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta api atau bas.

Masa yang sesuai untuk berkunjung ke sini adalah pada akhir bulan November sehingga awal bulan Mei. Untuk bayaran tiket anda akan dikenakan bayaran sebanyak 5900 yen untuk 1 hari, manakala untuk separuh hari anda perlu membayar sebanyak 4800 yen. Anda hanya perlu membayar 2700 yen sahaja sekiranya anda berkunjung pada waktu malam.

Grand Hifaru

2.     Resort Niseko Village Ski

Tempat peranginan yang seterusnya ialah Niseko village atau dahulunya dikenali sebagai Higashiyama. Resort ini terletak di barat Grand Hirafu dan menawarkan beberapa rumah penginapan dan dua hotel besar termasuklah Hilton Niseko Village. Restoran, bar, kedai serbaneka dan juga butik ada juga terdapat di sini.

Anda juga tidak perlu membazir duit untuk membeli peralatan ski kerana di sini ada menyediakan perkhidmataan sewaan peralatan ski. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kereta api atau bas selama 30 minit dari Stesen Kutchan.

Sekiranya anda berhajat untuk berkunjung ke sini, masa yang sesuai adalah pada awal bulan Disember hingga awal bulan April. Bayaran sebanyak 5900 yen dikenakan untuk pakej satu hari manakala bayaran sebanyak 5200 yen dikenakan untuk separuh hari. Sekiranya anda hanya mahu berkunjung pada waktu malam, anda hanya perlu membayar tiket sebanyak 2000 yen sahaja.

Niseko Village Ski Resort

3.     Resort Annupuri

Resort yang ketiga yang terletak paling barat ialah Resort Annupuri. Apa yang menariknya di resort ini adalah laluan skinya yang tidak begitu curam berbanding dua resort sebelumnya membuatkan ia terkenal dikalangan pelancong yang baru mencuba aktiviti ini.

Di pangakalan Annupuri ada terdapat hotel, banglow dan rumah percutian kecil untuk pelancong yang berkunjung ke sini. Akan tetapi oleh kerana kawasan ini kurang dikunjungi oleh pelancong, makanan dan hiburan pada waktu malam adalah sedikit terhad di resort ini.

Akhir bulan November sehingga awal bulan Mei adalah masa yang paling sesuai untuk berkunjung ke resort ini. Anda perlu menempuh perjalanan selama 45 minit dengan menaiki bas atau kereta api. Sekiranya anda ingin memandu kereta kesini, anda perlu memandu sejauh 8 kilometer dari pusat bandar Niseko.

Untuk bayaran masuk, sekiranya anda ingin berada di sini selama 1 hari anda perlu membayar sebanyak 5400 yen. Jika anda hanya ingin berada disini separuh hari sahaja anda perlu membayar sebanyak 4400 yen. Hanya 2200 yen sahaja dikenakan sekiranya anda hanya ingin berada di resort ini pada waktu malam sahaja.

Resort Annupuri
  • Menaiki Rakit di Sungai Shiribetsu

Niseko dianugerahkan dengan sebatang sungai yang mengalir melewati bandar dan tempat ini sangat sesuai untuk anda menghabiskan cuti musim panas dengan melakukan aktiviti di dalam air. Beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda berkunjung ke sini seperti menaiki rakit dan perahu di sepanjang sungai.

Khidmat sewaan peralatan berakit ada disediakan disini. Selain menghabiskan cuti, aktiviti ini salah satu cara terbaik untuk anda menikmati dan mengambil gambar pemandangan Niseko tanpa perlu mendaki dan berjalan.

Perjalanan berakit bermula di kaki Gunung Yotei. Ia mengalir melalui kawasan pedalaman Niseko sepanjang lapan kilometer atau 1.5 jam perjalanan yang mencabar dan menarik. Bayaran dikenakan adalah sebanyak 3200 yen untuk seorang. Aktiviti ini hanya dibenarkan untuk pengunjung yang berumur 8 tahun dan ke atas.

Menaiki Rakit
  •     Milk Kobo

Anda berpeluang untuk merasai pelbagai jenis susu yang terbaik di Milk Kobo yang terletak di Kampung Niseko (Niseko Village). Selain itu anda juga berpeluang untuk merasai aiskrim dan juga pelbagai keju berkrim. Di sini juga ada menjual pelbagai produk tenusu seperti yogurt dan juga pastri seperti puff berkrim dan tart keju.

Untuk anda yang juga penggemar kopi, anda wajib singgah di Milk Kobo kerana di sini juga ada menyediakan pelbagai jenis kopi yang dibuat dengan susu asli tempatan. Kedai ini dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.

Milk Kobo
  •    Berbasikal Mengelilingi Bandar

Anda boleh menikmati pemandangan Niseko yang menakjubka dengan mengayuh basikal mengelilingi bandar. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan di bandar dan dikawasan sekitarnya.

Terdapat beberapa basikal percuma di 6 lokasi di sekitar Bandar Niseko dan salah satu antaranya adalah Kiranoyu Onsen yang terletak di seberang stesen kereta api Niseko.

Berbasikal di Niseko
  • Gunung Yotei

Gunung Yotei merupakan puncak utama di Niseko dan terletak di Hirafu. Kemuncak gunung ini adalah pada ketinggian 1,898 meter dan anda boleh mendaki sehingga ke puncak gunung ini pada musim panas.

Puncak gunung ini juga dikenali sebagai Ezo Fuji kerana dikatakan kelihatan sama dengan Gunung Fuji. Namun sekiranya anda berkunjung ke sini pada musim sejuk, anda tidak akan berpeluang untuk mendaki gunung ini.

Gunung Yotei
  • Niseko Village PURE

PURE yang terletak di Kampung Niseko (Niseko Village) merupakan sebuah taman permainan dan anda boleh mencuba pelbagai aktivit lasak di sini pada musim panas dan juga sejuk. Tempat ini sangat menyeronokkan terutamanya sekiranya anda datang bersama anak-anak.

Anda boleh menikmati pengembaraan yang menyeronokkan seperti pengembaraan merentasi hutan. Selain itu, anda juga boleh menaiki belon udara panas yang membolehkan anda menimati dan mengambil gambar pemandangan yang menakjubkan bandar Niseko.

Selain pengembaraan hutan, aktiviti untuk seisi keluarga juga ada disediakan di sini seperti gelanggang tenis dan padang golf cakera. Aktiviti sebegini pasti akan mengeratkan lagi hubungan anda sesama keluarga.

PURE, Niseko Village
  •   Kolam air panas (Onsen)

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat percutian air panas. Banyak lokasi air panas (onsen) yang ada disini. Di sini kami sertakan beberapa onsen yang terkenal dikalangan pelancong.

1.     Yugokorotei

Terletak berhampiran pintu masuk Ski Moiwa, onsen ini menjadi kegemaran para pelancong selama bertahun-tahun. Yugokorotei mempunyai kawasan air panas yang romantik yang membolehkan anda duduk menikmati kehangatan air panas semulajadi dan merasai angin yang nyaman dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Anda hanya perlu memandu selama 10 minit daripada Hirafu untuk sampai ke sini.

Onsen Yugokorotei

2.     Kanronomori

Terletak di kawasan Ski Annupuri, ia adalah salah satu dari beberapa hotel yang membolehkan anda menyewa onsen peribadi untuk 1 jam. Dengan cara ini anda dapat menikmati pengalaman ini bersama-sama keluarga atau pasangan anda.

Onsen Kanronomori

3.     Koikawa

Penduduk Jepun menyukai onsen ini sejak berabad lamanya. Koikawa merupakan onsen tertua di Niseko yang telah dibuka selama lebih dari 117 tahun sejal tahun 1899 lagi. Onsen ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana dipercayai air di sini dapat mencantikkan kulit.

Onsen Koikawa

AKSES

  • Bas

Dari bulan Disember hingga Mac, beberapa syarikat bas termasuk Bas Hokkaido Chuo, Bas Niseko, Good Sports Whiteliner dan Hokkaido Access Network mengendalikan bas terus dari hotel di Pusat Bandar Sapporo ke Bandar Niseko. Di Bandar Niseko, bas akan berhenti di 3 resort ski utama iaitu Hirafu, Niseko Village dan Annupuri.

Masa perjalanan adalah sekitar 2.5 jam sehingga 4 jam bergantung kepada lokasi dan destinasi yang anda tuju. Tambang bas adalah berbeza-beza mengikut syarikat bas. Bas Hokkaido Chuo dan Bas Niseko mengenakan tambang sebanyak 2600 yen untuk perjalanan sehala manakala bas Good Sports Whiteliner dan Hokkaido Access Network mengenakan tambang sebanyak 4000 yen.

Di luar musim sejuk, terdapat pilihan bas terhad antara Sapporo dan Niseko yang disediakan oleh Rangkaian Akses Hokkaido. Bas-bas ini beroperasi pada hujung minggu, antara lewat bulan Jun dan akhir September dengan kos sekitar 2500 yen.

Bas Hokkaido Chuo
  • Kereta api

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman menaiki kereta api, anda boleh menaiki kereta api tempatan dari Stesen Sapporo dan Stesen Kutchan. Namun kebanyakannya memerlukan anda untuk menukar kereta api di Otaru.

Dengan menaiki kereta api Niseko Liner anda akan melakukan pemindahan kereta api di Otaru dan perjalanan sehala akan mengambil masa kira-kira 100 minit dengan tambang sebanyak 1840 yen. Kereta api ini sepenuhnya termasuk dalam pas laluan Jepun dan pas laluan Hokkaido.

Stesen Kutchan dan Stesen Niseko merupakan stesen pertukaran pengangkutan awam di rantau ini. Dari stesen Kutchan terdapat bas ke Hirafu setiap 1-2 jam. Perjalanan dari Kutchan ke Niseko Village mengambil masa kira-kira 30 minit. Perjalanan ke Annupuri pula mengambil masa selama 45 minit.

Kereta Api Niseko Liner

MAKANAN HALAL

Agak sukar untuk anda mencari makanan halal di Niseko. Akan tetapi anda boleh membeli makanan laut yang mudah didapati di sini dan memasak sendiri. Anda juga boleh memaklumkan kepada pihak hotel mengenai pilihan makanan anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan makanan halal di bandar berdekatan iaitu Otaru.

  •   Donburichaya Otaru

Donburichaya merupakan satu-satunya restoran di Otaru yang menyajikan makanan halal kepada pelancong muslim. Menu utama di restoran ini adalah makanan laut terutamanya salmon. Hidangan salmon mentah, dimana kepingan tebal salmon mentah dihidangkan bersama nasi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini anda harus mencuba salmon panggang bersama sos miso. Rasa sos miso yang manis membangkitkan lagi rasa enak salmon. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan anda dapat menikmati hidangan serendah 800 yen.

Donburichaya Otaru

TEMPAT SOLAT

Sebagai seorang muslim, anda pasti menitik beratkan tempat untuk bersolat. Di kawasan Niseko tiada masjid yang disediakan untuk pelancong muslim. Anda perlu memandu sejauh 75 km ke Otaru sekiranya anda ingin menunaikan solat di Masjid Otaru.

Selain itu, anda boleh berkunjung ke Restoran Donburichaya Otaru kerana restoran mesra muslim ini ada menyediakan ruangan solat untuk pengunjung. Ruangan solat ini juga mempunyai ruang khusus untuk mengambil wudhuk dan akan memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat.

Kami mencadangkan untuk anda menunaikan solat di mana-mana kawasan lapang yang bersih dan tidak mengganggu orang awam. Anda juga boleh solat di kawasan parkir kereta atau mana-mana ruang dan sudut yang jarang dilalui oleh orang ramai. Anda hanya perlu membawa sejadah dan kelengkapan untuk mendirikan solat. 

Ruang Solat Di
Restoran Donburichaya Otaru

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e6720.html
  2. https://www.thecrazytourist.com/15-best-things-to-do-in-niseko-japan/
  3. http://360niseko.com/destination/niseko-region/
  4. http://trip-n-travel.com/listicle/13124/
  5. https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g321549-Activities-Niseko_cho_Abuta_gun_Hokkaido.html#ATTRACTION_SORT_WRAPPER
  6. https://blog.halal-navi.com/en/muslim-friendly-ski-resorts-japan/
  7. https://www.halaltrip.com/city-guide-details/249/niseko/
  8. https://en.wikipedia.org/wiki/Niseko,_Hokkaido
  9. https://www.zekkeicollection.com/en/niseko-best-onsen/
,

Shiroi Koibito Park

INFO DAN SEJARAH

Taman Shiroi Koibito merupakan sebuah taman tema coklat oleh syarikat coklat tempatan iaitu Ishiya. Ianya terletak di Hokkaido, Sapporo dan dibuka pada setiap hari. Taman ini terdiri daripada dua bahagian iaitu kawasan masuk percuma yang terdiri daripada kedai, kafe dan restoran. Kawasan berbayar pula merangkumi kawasan pameran berkaitan coklat dan terdapat beberapa tingkap besar untuk pelawat melihat proses pembuatan biskut di kilang.

Selain itu anda juga boleh membuat biskut anda sendiri di tempat yang disediakan. Bagi memudahkan anda, terdapat risalah disediakan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Thailand. Untuk pengetahuan anda, taman ini dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap pada penghujung bulan Mei 2019. Namun anda tidak perlu risau kerana taman ini masih dibuka seperti biasa untuk para pelancong.

APA YANG MENARIK

  • Menara Jam Automaton Sapporo (Gran Meister)

Menara jam ini merupakan simbol bagi Taman Shiroi Koibito. Watak-watak berbeza dari jam di menara ini akan keluar untuk melakukan perarakan yang dikenali sebagai Karnival Coklat. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikannya!

Menara Jam Automaton Sapporo
  • Kereta Api Shiroi Koibito

Perjalanan selama 10 minit dengan menaiki kereta api Shiroi Koibito membolehkan para penumpang menikmati pemandangan taman yang indah. Kereta api tersebut dibina bermodelkan Benkeigo, iaitu lokomotif stim pertama di Hokkaido.

Tiket untuk dewasa ialah sebanyak 300 yen manakala bagi penumpang berumur bawah 12 tahun pula harga tiket sebanyak 200 yen dikenakan. Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran untuk menaiki kereta api ini. Namun harus diingatkan ada kalanya semasa musim sejuk kereta api Shiroi Koibito tidak beroperasi.

Kereta Api Shiroi Koibito
  • Rumah Gulliver

Anda berpeluang untuk melihat sendiri Rumah Gulliver iaitu rumah-rumah kecil yang terdapat di bahagian taman kawasan ini. Anda juga boleh memasuki rumah-rumah ini namun mungkin agak sukar bagi orang dewasa untuk masuk ke Rumah Gulliver ini kerana saiznya yang kecil. Bagi orang dewasa, anda perlu merendahkan badan atau merangkak untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Rumah Gulliver
  • Kilang Coklat

Tidak lengkap lawatan anda ke Taman Shiroi Koibito jika anda tidak meluangkan masa di kilang coklat di sini. Kami cadangkan agar anda luangkan masa untuk melihat sendiri proses pembuatan biskut Shiroi Koibito. Anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk masuk ke kilang ini (600 yen untuk dewasa, 200 yen untuk kanak-kanak) manakala kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.

Anda akan diberikan pas masuk yang mempunyai peta serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat di dalam kilang tersebut. Selain itu anda juga berpeluang merasa sendiri sampel biskut Shiroi Koibito semasa sesi lawatan ke kilang. Apabila tiba di kilang, anda akan dapat melihat sendiri proses membuat biskut Shiroi Koibito.

Kilang Coklat
  • Anda juga berpeluang untuk membuat dan menghiasi sendiri biskut mengikut kreativiti anda. Anda boleh memilih sama ada ingin menghias biskut yang sudah siap dibakar atau anda juga boleh belajar untuk membuat biskut. Namun anda perlu mengisi borang terlebih dahulu untuk membuat tempahan bagi mengikuti kursus yang disediakan. Borang temapahan dalam talian disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahsa Inggeris dan Jepun.  

AKSES

  • Kereta Api

Dari Stesen Odori anda perlu menaiki kereta api Subway Tozai Line ke Miyanosawa selama lebih kurang 20 minit. Seterusnya anda perlu berjalan kaki kira-kira 7 minit dari Stesen Miyanosawa untuk ke Taman Shiroi Koibito.

Kereta Api
  • Bas

Anda perlu menaiki bas menuju ke Otaru dari Terminal Bas JR Sapporo dan berhenti di perhentian bas Nishimachi kita 20-chome. Dari sini anda perlu berjalan kaki selama lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Taman Shiroi Koibito. Terdapat 2 pilihan bas yang boleh anda naiki iaitu Bas Chuo atau Bas JR.

Bas JR

MAKANAN HALAL

  • Horyu Ramen

Horyu Ramen merupakan salah satu restoran yang terkenal di Sapporo. Genghis Khan Miso Ramen adalah hidangan terkenal di sini yang dihidangkan dengan sup istimewa dan hirisan daging kambing. Harga ramen tersebut adalah antara 1100 yen – 1650 yen bergantung kepada kuantiti.  

Horyu Ramen bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tetapi juga dikalangan penduduk tempatan. Restoran ini terletak di Susukino dan berada berdekatan dengan Stesen Susukino (Nanboku Subway Line). Dari stesen ini anda hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 5 minit untuk sampai ke restoran ini.

Restoran Horyu Ramen
  • Nijo Market

Anda juga boleh mencuba makanan yang terdapat di Nijo Market yang terletak berdekatan dengan Stesen Odori. Di pasar ini terdapat pelbagai pilihan makanan laut dan kami cadangkan untuk anda mencuba telur ikan salmon yang terkenal di sini. Anda boleh meluangkan masa untuk bersarapan di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Shiroi Koibito.

Nijo Market

TEMPAT SOLAT

Terdapat ruang solat yang disediakan di Taman Shiroi Koibito ini seiring dengan pertambahan pelancong muslim ke sini. Bilik solat tersebut berada di tingkat 2 Tudor House. Sudah pasti anda akan dapat menunaikan solat dengan selesa kerana ruang solat wanita dan lelaki diasingkan. Selain itu tempat untuk mengambil wudhu juga disediakan di ruangan ini. Arah kiblat juga telah disediakan di sini. Bilik solat ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga 7 petang.

Ruang Solat & Tempat Berwudhu

RUJUKAN

  1. https://matcha-jp.com/en/1485
  2. http://www.shiroikoibitopark.jp/english/souvenir-shop/#
  3. http://www.shiroikoibitopark.jp/english/
  4. https://www.japan-guide.com/e/e5310.html#section_get_there
  5. https://www.japan-guide.com/e/e5310.html#section_get_there
,

Noboribetsu

INFO DAN SEJARAH

Noboribetsu ialah sebuah bandar di wilayah Iburi, Hokkaido dan merupakan sebahagian dari Taman Negara Shikotsu-Toya. Bandar ini terletak di barat daya Sapporo, barat Tomakomai dan timur laut Hakodate. Anggaran penduduk di bandar ini pada tahun 2016 ialah seramai 49,523 orang.

Nama bandar Noboribetsu berasal dari perkataan Ainu iaitu ‘nupur-pet’ yang bermaksud sungai berwarna gelap. Dengan adanya beberapa buah kolam air panas yang dipercayai boleh menyembuhkan sesetengah penyakit, Noboribetsu menjadi antara resort kolam air panas yang sangat terkenal di Jepun.

Lembah gunung berapi Jigokudani atau dikenali sebagai “Lembah Neraka” merupakan sumber air panas di kawasan ini. Terdapat beberapa tarikan di Noboribetsu yang wajib anda kunjungi. 

APA YANG MENARIK

  • Kolam Air Panas

Resort di Noboribetsu menawarkan sebanyak 11 jenis air yang dianggap sangat baik dan berkesan bagi merawat penyakit-penyakit tertentu. Para pelancong yang ingin mencuba kolam air panas boleh memilih sama ada ingin menginap di ryokan atau hotel. Namun anda tidak perlu risau jika anda tidak menginap di ryokan atau hotel kerana terdapat beberapa tempat mandi yang dibuka pada siang hari untuk tetamu yang tidak menginap. Biasanya bayaran yang dikenakan dari 700 yen – 2000 yen bergantung kepada tempat.

Kolam Air Panas
Kawasan Air Panas 
  • Jigokudani

Antara tempat yang mesti anda singgah apabila melancong ke Noboribetsu ialah Jigokudani yang merupakan sumber air panas yang pelbagai jenis di sini. Kawasan ini terletak di utara bandar Noboribetsu dan anda hanya perlu berjalan kaki selama beberapa minit untuk sampai ke sini. Di Jigokudani terdapat laluan pejalan kaki kayu di mana anda dapat menikmati pemandangan gunung berapi yang menakjubkan.

Jigokudani 
  • Oyunumagawa Natural Footbath

Setelah penat berjalan, kami sarankan anda untuk merehatkan kaki di kawasan rendaman kaki semulajadi Oyunumagawa yang merupakan mata air semulajadi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana anda perlu berjalan untuk jarak yang agak jauh di sini. Jangan lupa untuk membawa air minuman bersama anda. Di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan alam semulajadi dengan air sungai yang mengalir.

Oyunumagawa Natural Footbath
  • Date Historical Village

Kawasan perkampungan ini merupakan taman tema sejarah yang menonjolkan kembali zaman Edo Jepun (1603-1868). Di sini terdapat replika rumah tradisional zaman Edo termasuk pintu gerbang, menara api dan juga kuil. Anda akan berasa seolah-olah berada di zaman tersebut terutamanya jika anda menyewa pakaian tradisional yang terdapat di sini. Anda boleh memilih untuk berpakaian petani, ninja atau watak simbolik pada zaman Edo. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sekitar taman tema Edo ini, ianya pasti akan meninggalkan kenangan yang sangat menarik untuk anda.

Anda juga berpeluang untuk melihat pertunjukan yang diadakan di sini seperti pertunjukan ninja di Kasumi Ninja House dan pertunjukan komedi dan pedang samurai di Pameran Samurai. Anda boleh menaiki teksi selama 10 dari Stesen Noboribetsu untuk ke taman tema sejarah ini. Anda juga boleh membeli cenderamata yang dijual di sini kerana terdapat pelbagai jeni kedai yang menjual cenderamata untuk anda pilih.

Date Historical Village ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Kami cadangkan untuk anda menjadikan ia sebagai destinasi terakhir anda kerana anda mungkin akan meluangkan masa yang agak lama di sini.  

Date Historical Village

AKSES

Stesen JR Noboribetsu terletak di pusat bandar manakala bandar kolam air panas dan Jigokudani terletak kira-kira 15 minit menaiki kereta atau bas dari stesen kereta api. Kos perjalanan menaiki teksi adalah sekitar 2000-2500 yen manakala kos perjalanan jika menaiki bas adalah 340 yen. Biasanya terdapat satu atau dua bas setiap jam.

Dari Tokyo

  • Kapal terbang:

Cara paling cepat untuk anda ke Noboribetsu ialah melalui penerbangan dari lapangan terbang Haneda, Tokyo ke lapangan terbang Shin-Chitose. Seterusnya anda perlu menaiki kereta api dari lapangan terbang Shin-Citose ke Noboribetsu.

Lapangan Terbang Shin-Chitose
  • Kereta api:

Anda boleh menaiki kereta api laju (shinkansen) JR Tohoku/Hokkaido dari Tokyo ke Shin-Hakodate-Hokuto selama 4 jam dan seterusnya menukar ke ekspres terhad Hokuto ke Stesen Noboribetsu. Tempoh perjalanan adalah sekitar 2 jam setengah. Kos perjalanan sehala adalah sekitar 26,000 yen. Untuk perjalanan ini anda boleh menggunakan Japan Rail Pass dan JR East South Hokkaido Rail Pass.

Dari Sapporo

  • Kereta api:

Anda boleh menaiki kereta api ekpres terhad dari Sapporo ke Noboribetsu selama kira-kira 1 jam dengan kos perjalanan sekita 4000 yen. Selain itu, terdapat pilihan yang lebih murah iaitu dengan menaiki kereta api tempatan yang mengambil masa 2 kali ganda lebih panjang berbanding kereta api ekspres dengan kos 2160 yen. Anda boleh menggunakan Japan Rail Pass dan Hokkaido Rail Pass.

  • Bas:

Selain kereta api, anda juga boleh menaiki bas Donan dari Stesen Sapporo ke Noboribetsu Onsen yang mengambil masa sekitar 100 minit dengan kos perjalanan 1950 yen. Anda juga boleh menaiki bas ekspres ke Muroran dan berhenti di Stesen Noboribetsu.

Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 100 minit dengan kos perjalanan sekitar 1850 yen untuk perjalanan sehala. Dari Stesen Noboribetsu anda perlu menaiki bas tempatan selama 15 minit untuk ke pusat bandar onsen dengan kos perjalanan 340 yen.

Bas Donan

MAKANAN HALAL

Mungkin agak sukar untuk anda mencari makanan halal di sekitar Noboribetsu, jadi di sini kami senaraikan beberapa restoran yang menghidangkan makanan halal serta ‘muslim friendly’ di kawasan berdekatan.

  • Horyu Ramen

Horyu Ramen merupakan salah satu restoren yang terkenal di Sapporo. Genghis Khan Miso Ramen adalah hidangan terkenal di sini yang dihidangkan dengan sup istimewa dan hirisan daging kambing. Harga ramen tersebut adalah antara 1100 yen – 1650 yen bergantung kepada kuantiti.  Horyu Ramen bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tetapi juga dikalangan penduduk tempatan.

Restoran Horyu Ramen
  • Kirin Beer Garden

Sebuah restoren muslim friendly yang menyajikan makanan halal di Sapporo. Antara menu yang istimewa di sini ialah Genghis Khan yang merupakan hidangan kambing yang diimport khas dari Australia. Anda hanya perlu memanggang hirisan daging kambing dengan sedikit garam dan anda akan menikmati hidangan daging kambing yang lembut dan menyelerakan. Anda tidak perlu risau tentang minuman kerana disini juga menyediakan minuman tanpa alkohol.

Set Hidangan Kambing

TEMPAT SOLAT

  • Ruang Solat di Lapangan Terbang Shin-Chitose

Bilik solat di lapangan terbang ini terdapat di 2F Bangunan Terminal Antarabangsa. Namun di sini tidak disediakan tempat untuk berwudhu jadi anda perlu mengambil wudhu di tandas terlebih dahulu. 

Ruang Solat
  • Date Historical Village

Ruang solat terletak di kawasan belakang bahagian kedai-kedai makan di Date Historical Village. Selain bersolat di ruangan solat yang disediakan, anda juga boleh mencari tempat lapang yang tidak mengganggu orang awam untuk menunaikan solat. Selain itu, anda juga boleh bersolat di dalam bilik persalinan pakaian di kedai-kedai baju atau pusat membeli belah. 

RUJUKAN

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Noboribetsu,_Hokkaido
  2. https://www.seejapan.co.uk/press-releases/consumer/2017/08/31/8-things-to-do-in-noboribetsu-japan-s-demon-town
  3. https://www.japan-guide.com/e/e6752.html
  4. https://www.inspirock.com/japan/noboribetsu/noboribetsu-date-historic-village-a912384809
  5. https://www.inspirock.com/japan/noboribetsu/kameda-memorial-park-a7392410345
,

Osaka

INFO DAN SEJARAH

Osaka adalah bandar metropolitan kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Dengan jumlah penduduk seramai lebih 19 juta orang, Osaka juga dikenali sebagai bandar metropolitan yang terbesar di dunia. Osaka dahulunya dikenali sebagai Naniwa dan telah menjadi kuasa ekonomi wilayah Kansai selama berabad lamanya.

Perkembangan pesat yang berlaku di Jepun menjadikan Osaka semakin dikenali di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati apabila melancong ke sini dan pastinya anda akan mencipta kenangan yang indah sepanjang berada di sini.

Osaka akan menjadi tuan rumah Expo 2025 yang akan berlangsung selama dua bulan. Ini merupakan kali kedua Osaka menjadi tuan rumah selepas tahun 1970.

TEMPAT MENARIK

  • Universal Studio Japan (USJ)

Sekiranya anda melancong ke sini bersama-sama keluarga, anda perlu mengunjungi taman tema ini. Tahukah anda bahawa USJ merupakan taman tema Universal Studio yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat dan ia juga merupakan yang pertama di Asia.

Taman tema ini mula dibuka kepada umum pada bulan Mac 2001 dan merupakan taman hiburan yang paling banyak dilawati oleh pelancong selepas Tokyo Disney Resort. USJ juga merupakan satu-satunya Universal Studios di Asia yang mempunyai tarikan The Warzing World of Harry Potter.

USJ dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang. Kami cadangkan anda melihat jadual serta kalendar cuti Jepun untuk merancang perjalanan anda ke sini supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakan orang ramai.

Sekarang taman tema ini dibahagikan kepada sembilan bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Minion Park, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter.

Universal Studio Japan
  • Osaka Aquarium Kaiyukan

Akuarium ini terletak di kawasan Teluk Tempozan di kawasan Teluk Osaka dan merupakan salah satu akuarium di Jepun yang paling hebat. Ia memperkenalkan pelbagai bentuk kehidupan yang mendiami Rim Pasifik dengan cara yang teratur dan mengagumkan.

Anda akan memulakan lawatan anda ke akuarium ini di tingkat 8. Sesetengah tangki di sepanjang beberapa tingkat, membolehkan untuk melihat haiwan dari kedalaman dan perspektif yang berbeza.

Kehidupan marin dipamerkan didalam 15 tangki yang berbeza dan masing-masing mewakili rantau tertentu di Lingkaran Pasifik. Tangki pusat ataupun Tangki tengah mewakili Lautan Pasifik juga merupakan tempat Hiu Paus dan menjadi daya tarikan utama disini.

Akuarium ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Pada bulan Mei, Oktober dan pertengahan Julai Ogos akuarium ini dibuka pada jam 9.30 pagi. Tiket masuk ke akuarium ini adalah sebanyak 2300 Yen.

Osaka Aquarium Kaiyukan
  • Istana Osaka

Istana Osaka menempatkan muzium bermaklumat mengenai sejarah istana dan Toyotomi Hideyoshi.Menara istana ini dikelilingi oleh gerbang, menara, dinding batu yang mengagumkan dan kerusi.

Taman Nishinomaru yang merangkumi bekas “kubu barat” yang merupakan taman dengan terdapatnya 600 buah poko ceri, bekas rumah tetamu Osaka dan pemandangan yang mempesonakan.

Kawasan Sekeliling Istana ini merangkumi kira-kira dua kilometer persegi dengan terdapat banyak kawasan hijau, kemudahan sukan, arena pelbagai guna (Dewan Osakajo) dan kuil yang didedikasikan untuk Toyotomi Hideyoshi.

Taman ini sangat popular dikalangan pelancong dan penduduk temoatan apabila tibanya musim bunga ceri (Cherry Blossom) yang biasanya akan terjadi pada awal bulan april.

Menara Istana dibuka setiap hari kecuali pada 28 Disember hingga 1 januari dan dibuka mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang dan anda akan dikenakan bayaran sebanyak 600 yen. Taman Nishinomaru pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan juga tahun baru.

Taman ini mula dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang dan akan dilanjutkan sehingga jam 9 malam pada musim bunga ceri. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak 200 yen untuk memasuki Taman ini.

Istana Osaka
  • Minami (Namba)

Minami yang terletak di sekitar Stesen Namba merupakan salah satu daripada dua pusat bandar utama di Osaka. Ia adalah daerah hiburan paling terkenal di bandar dan menawarkan pilihan makanan dan membeli belah.

Daerah ini mudah untuk anda lawati kerana terdapat tiga saluran kereta api bawah tanah dan terminal bas lebuh raya yang boleh membawa anda kesini. 

Namba
  • Dotonbori

Sekiranya anda ingin menikmati kesibukan dan keindahan waktu malam di Bandar Osaka anda boleh melawati Dotonbori. Dotonbori tidak pernah ditutup kerana terdapatnya restoran yang dibuka 24 jam.

Ia juga merupakan kawasan membeli belah dan hiburan yang terkenal dan juga terkenal dengan destinasi makan. Pada waktu malam, kawasan ini akan dilimpahi oleh beratus-ratus lampu neon yang menambahkan lagi daya tarikan kawasan ini.

Dotonbori
  • Arkib Membeli belah Shinsaibashi

Di sini merupakan pusat membeli belah utama di Bandar Osaka. Arkib ini panjangnya lebih kurang 600 meter  dan terdapat beraatus-ratus kedai yang boleh anda kunjungi untuk membeli belah.

Kawasan ini unik berbeza dengan tempat lain kerana ia menggabungkan rangkaian kedai runcit, dan butik terkenl dengan gedung membeli belah dan label fesyen terkenal. Kedai-kedai di sekitar ini di buka sekitar jam 10 pagi hingga 9 malam.

Shinsaibashi
  •  Taman Namba

Taman Namba direka dan dibina untuk menjadi pemecah alam semula jadi di tengah-tengah landskap bandar yang luas. Ia mepunyai 120 penyewa, pawagam dan di atas bumbung terdapatnya sebuah taman.

Pelbagai restoran termasuk restoran Korea, Itali dan Vietnam. Oleh kerana terdapat banyak kedai berlainan, waktu operasinya juga berlainan. Akan tetapi majoriti kedai-kedai disini di buka pada jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Taman Namba
  •   Taman Minoo

Taman Minoo merupakan lembah berhutan terletak di pinggir Osaka di utara bandar. Taman ini adalah salah satu tempat terbaik di wilayah kansai sewaktu musim luruh untuk menikmati pemaandangan musin luruh dalam suasana semula jadi. Warna dedaun luruh ini terbaik untuk dilihat sewaktu pertengaahan bulan November.

Dari pusat bandar Umeda anda akan mengambil masa selama 30 minit sebelum sampai ke taman ini. Terdapat sepanjang 3 kilometer laluan mendaki di taman ini yang anda akan susuri sepanjang Sungai Minoo.

Laluan pendakian bermula berhampiran stesen Hankyu Minoo terus menuju ke Air Terjun Minoo. Dengan ketinggian 33 meter, air terjun ini merupakan salh satu daya tarikan utama di taman ini. Perjalanan melalui laluan pendakian ini tidak terlalu mencabar dan anda akan mengambil masa selama kira-kira 45 minit berjalan kaki untuk sampai ke akhir.

Anda akan melalui beberapa kedai, gudang dan kuil pada separuh perjalanan anda dan anda akan menempuh lalauan yang sedikit sukar, curam dan di kelilingi oleh pokok pada separuh lagi perjalanan anda.  

Semasa musim luruh, kedai-kedai di sepanjang jalan akan menjual makanan ringan yang dipanggil momiji tempura yang merupakan daun maple yang digoreng dalam adunan. Anda boleh melawati taman ini bila-bila masa kerana taman ini dibuka 24 jam dan tidak dikenakan bayaran masuk.

Taman Minoo
  •      Muzium Seni Nasional Osaka

Muzium ini mempunyai dua bangunan bawah tanah di pulau Nakanoshima di Tengah Osaka. Muzium ini menekankan kepada seni kontemporari Jepun dan luar negaradengan pameran dari koleksi muzium dan pameran khas.

Muzium ini dibuka kepada umum pada tahun 2007 dan direka untuk mewakili pembesaran dan bentuk buluh. Kemudahan ini dahulunya ditempatkan di Muzium Seni Halu Ekspo yang dibina untuk Ekspo Osaka pada tahun 1970. Muzium ini dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang dan akan ditutup setiap hari isnin. Kadar bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Muzium sebanyak 430 Yen.

Muzium Seni Nasional Osaka

AKSES

  •   Kereta api laju (Shinkansen)

Stesen Tokyo (Tokyo dan Shinagawa) dan Osaka (Stesen Shin-Osaka) disambungkan oleh JR Tokaido Shinkansen. Kereta api Nozomi memerlukan kira-kira 155 minit untuk sampai ke Stesen Shin-Osaka dari Tokyo manakala kereta api Hikari kira-kira tiga jam perjalanan dan kereta api Kodama mengambil masa kira-kira empat jam.

Tiket satu arah biasa adalah 13,620 yen sekiranya anda tidak menempah  tempat duduk anda di mana-mana kereta api, manakala 14,200 yen sekiranya anda menempah tempat duduk anda  di kereta api Hikari atau Kereta api Kodama. Manakala bayaran sekitar 14,500 yen untuk tempat duduk yang ditempah di kereta api Nozomi.

Kos 7 hari Pas Kereta Api Jepun kira-kira sama dengan tiket perjalanan biasa. Laluan Kereta Api Jepun adalah sah di gunakan untuk kereta api Hikari dan Kodama, tetapi tidak di kereta api Nozomi.

Dengan “Rancangan Ekonomi Puratto Kodama”, anda boleh memulakan perjalanan antara Tokyo dan Osaka dengan kerusi yang tempah awal dengan kereta api Kodama dengan hanya 10,500 yen, tetapi anda perlu membeli rancangan ini sekurang-kurangnya satu hari lebih awal dari agensi-agensi perjalanan JR Tokai.

Shinkansen
  • Bas ekspres

Perjalanan sehala menaiki bus lebuh raya daripada Tokyo ke Osaka akan mengambil masa selama 8 jam perjalanan. Anda jangan risau, bas lebuh raya ini sentiasa ada pada waktu siang atau malam.

Ekspres Willer merupakan bas yang biasanya menawarkan diskaun dan harga dikenakan bermula daripada 3500 yen. Manakala untuk bas premium harga yang dikenakan boleh menceccah sehingga 10,000 yen.

Bas Ekspres
  • Penerbangan

Pelbagai syarikat penerbangan beroperasi di antara Tokyo dan Osaka dan sebahagian besar penerbangan menggunakan Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan Lapangan Terbang Itami di Osaka. Hanya sebahagian kecil penerbangan menggunakan Lapangan Terbang Narita Tokyo dan Lapangan Terbang Kansai Osaka.

Tambang sehala dengan penerbangan konvensional adalah kira-kira 23,000 yen. Anda akan mendapat sekitar 4000 yen diskaun melalui penerbangan terpilih tetapi kebanyakannya menggunakan Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Kansai yang kurang berpusat dan tempoh penerbangan adalah selama 1 jam.

Lapangan Terbang Narita
  • Kereta Api Tempatan

Anda akan menempuh perjalanan dari Tokyo ke Osaka selama sembilan sehingga sepuluh jam sekiranya anda menaiki kereta api tempatan. Kebiasaanya ia akan melibatkan kira-kira empat pemindahan kereta api sebelum anda sampai ke destinasi. Tambang kereta api tempatan biasanya sekitar 2370 yen sehingga 8750 yen mengikut bajet yang anda peruntukkan.

Kereta Api Tempatan

MAKANAN HALAL

Pelancong yang beragama islam tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal disini kerana terdapat beberapa kedai makan yang menarik serta halal dapat dinikmati oleh pelancong.

  • Ayam Ya Namba

Restoran ini terletak berhampiran dengan tempat membeli-belah dan menyajikan ramen yang penuh berperisa dengan sup yang berasakan kacang soya. Sekiranya anda sampai kesini, anda harus mencuba sup mereka dan masukkan telur dan sos pedas. Anda pasti tidak akan melupakan keenakan sajian ini.

Restoran ini juga menyajikan ramen kering. Campurkan semua bahan, mi dan sos sebelum anda makan ramen kering ini. Anda pasti akan teringat makanan enak ini selepas pulang bercuti. Harga sajian ini bermula daripada serendah 680 yen satu hidangan.

Ayam Ya Namba
  • Matsuri

Sekiranya anda datang ke Jepun rugi sekiranya anda tidak mencuba makanan terkenal di sana iaitu takoyaki. Matsuri yang bermaksud perayaan dalam bahasa Jepun dan menyajikan makanan Jepun yang terkenal seperti takoyaki, okonomiyaki dan ramen.

Di restoran ini anda boleh membuat takoyaki anda sendiri dan anda pasti mencipta kenangan yang indah disini. Selain itu, restoran ini juga menyajikan ramen vegetarian yang tidak berasakan produk haiwan. Harga sajian diantara 680 yen sehingga 4000 yen.

Matsuri
  • The U-Don

The U-Don terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan restoran ini menyajikan sanuki udon, yang merupakan sejenis mi tepung gandum yang tebal dari rantau Shikoku. Di sini ia mengamalkan konsep layan diri.

Pertama sekali anda perlu ambil dulang dan pilih jenis hidangan udon yang anda suka. Seterusnya, teruskan ke bahagian makanan yang hangat di mana anda boleh memilih pilihan anda seperti bola ikan, lobak rebus dan pelbagai tempura. Bayaran untuk hidangan disini sekitar 450 yen sehingga 760 yen.

Udon
  • Bulls

Sekiranya anda seorang penggemar daging, anda wajib sehingga di Bulls untuk shabu-shabu halal, steak dan sukiyaki. Bagi pelancong muslim, anda tidak perlu risau kerana mereka menggunakan dapur dan peralatan memasak yang berbeza khusus untuk makanan halal. Mereka juga menyimpan daging secara berasingan.

Untuk harga sajian, 1500 yen dikena untuk makanan tengah hari (Set Tengah Hari Sukiyaki). Manakala untuk makan malam anda akan dikenakan 5000 yen ( Sukiyaki dan shabu-shabu) dan 3500 yen (Sukiyaki dan Shabu-Shabu untuk satu orang) dan 3500 yen untuk set stek.

Bulls

TEMPAT SOLAT

Tempat solat juga menjadi keutamaan bagi pelancong muslim apabila melancong ke luar negara. Di Osaka terdapat beberapa tempat yang menyediakan ruangan solat yang menjadi kemudahan kepada pelancong muslim.

Di dalam bandar Namba juga disediakan ruangan untuk solat bagi pengunjung-pengunjung yang beragama Islam. Terletak di tingkat B1 dan pengunjung yang ingin menggunakannya perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan di tingkat yang sama.

Di Stesen Osaka terdapat ruangan solat yang disediakan untuk kemudahan pengunjung-pengunjung terutamanya yang beragama Islam. Terletak di tingkat satu South Gate Plaza dan sama seperti di Namba City, penggunjung yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan terlebih dahulu.

Satu ruangan solat telah disediakan di Pusat Informasi Pelancong Kansai yang terletak di tingkat 3 pusat membeli-belah Tommy Hilfiger Shinsaibashi. Ianya terletak di dalam Shinsaibashisuji Shopping Arcade yang mana terdapat pelbagai kedai dan restoran dan antara tempat tumpuan pelancong dalam dan luar Jepun.

Bilik Solat

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e4006.html
  2. https://www.halaltrip.com/other/blog/best-places-to-visit-osaka/
  3. https://japanbudgettrip.com.my/tempat-solat-sekitar-osaka-dan-kyoto/
  4. https://www.havehalalwilltravel.com/blog/best-halal-japanese-osaka/
  5. https://tokyocheapo.com/travel/transport/tokyo-to-osaka-fast-cheap/
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Osaka
  7. https://wikitravel.org/en/Osaka

Hakone

INFO DAN SEJARAH

Selain bandar utama dan tempat-tempat bersejarah, Jepun juga terkenal dengan pemandangan alam semulajadi yang cantik seperti di Hakone. Kolam air panas dan juga pemandangan Gunung Fuji yang melintasi Tasik Ashinoko menjadikan Hakone salah satu destinasi pilihan bagi penduduk setempat serta pelancong asing. Hakone yang terletak kurang dari 100km dari Tokyo ini merupakan sebahagian daripada Taman Negara Fuji-Hakone-Izu.

Hakone merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Kanagawa, Jepun. Kuil Shinto yang terkenal iaitu Hakone Gongen yang disebut dalam sejarah Heian juga terletak di sini. Kawasan Hakone berada di bawah kawalan Hōjō semasa zaman pemerintahan Sengoku dan selepas permulaan pemerintahan Edo, ia menjadi pusat pemeriksaan rasmi di laluan yang dikenali sebagai Hakone Checkpoint yang membentuk sempadan kawasan Kanto.

Selain itu, semasa pemerintahan komander Tokugawa semua pelancong di sepanjang Tokaido diperiksa bagi menguatkuasakan undang-undang Tokugawa yang menghalang perjalanan wanita serta senjata.

Semasa zaman pemulihan Meiji, Hakone dijadikan sebahagian daripada Wilayah Ashigara sebelum menjadi sebahagian daripada Daerah Ashigarashimo pada bulan Ogos 1876. Daerah Ashigarashimo ini terletak di Wilayah Kanagawa. Hakone berubah menjadi sebuah bandar pada tahun 1889 dan terus berkembang sehingga hari ini.

Biasanya Hakone menjadi destinasi untuk berehat dari kesibukan bandar Tokyo bagi penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Jika anda lebih menyukai alam semulajadi dan ingin berehat sebentar dari kesibukan kota, maka Hakone merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk anda.

Di sini kami kongsikan kepada anda tentang tempat menarik di Hakone, makanan halal, tempat solat serta pengangkutan di sini.

APA YANG MENARIK

  • Muzium Terbuka Hakone

Muzium ini sangat menarik kerana dibina di kawasan terbuka di mana patung-patung di sini diletakkan di atas tanah dan berlatar belakang alam semula jadi yang indah seperti gunung.

Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan terdapat pameran di luar dan di dalam bangunan. The Picasso Exhibition Hall merupakan ruang yang mempamerkan lukisan, patung serta rekaan seramik.

Arca Henry Moore
Anatara Patung Yang Terdapat Di Muzium ini

Selain itu terdapat beberapa lagi muzium di hakone antaranya ialah Pola Museum of Art, Hakone Museum of Art, Okada Museum of Art dan Hakone Venetian Glass Museum. Setiap muzium yang terdapat di sini memiliki keunikan tersendiri. Kami mencadangkan untuk anda meluangkan lebih masa di sini untuk melawat beberapa muzium dan melihat sendiri keunikannya.

  • Lake Ashi (Tasik Ashinoko)

Lake Ashi yang juga dikenali sebagai Tasik Ashinoko atau Tasik Hakone merupakan sebuah tasik kawah gunung berapi dan terkenal dengan pemandangan indah Gunung Fuji. Kami cadangkan untuk anda singgah di sini untuk menikmati keindahan Gunung Fuji merentasi tasik tersebut.

Selain itu tasik ini juga terkenal dengan aktiviti sukan air iaitu berkayak. Anda juga boleh menggunakan khidmat Hakone Sightseeing Boats atau Izuhakone Sightseeing Boats jika ingin menaiki bot untuk bersiar-siar di Lake Ashi. Pelayaran bot merentasi tasik ini biasanya mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kadar bayaran sebanyak 1000 yen.

Kapal Persiaran Di Tasik Ashinoko
  • Kuil Hakone

Kuil Hakone terletak di kaki Gunung Hakone di sepanjang Tasik Ashi. Walaupun bangunan kuil tersebut terletak tersembunyi di hutan tebal namun ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

Ianya terkenal dengan gerbang torii yang kelihatan terapung di atas air dan berlatar belakang Gunung Fuji yang merupakan spot wajib bergambar jika anda melawat kuil Hakone.

Anda perlu menaiki bas Hakone Tozan selama 35 minit dari Stesen Hakone-Yumoto untuk ke jeti bot Moto-Hakone dan seterusnya berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke Kuil Hakone.

Kuil Hakone
Pintu Gerbang Torii
  • Owakudani

Owakudani merupakan kawasan sekitar kawah gunung berapi semasa letusan terakhir Gunung Hakone kira-kira 3000 tahun yang lepas. Anda akan dapat melihat pemandangan indah Tasik Ashinoko dan Gunung Fuji dari Owakudani. Kami syorkan anda untuk menaiki Kereta Kabel Hakone untuk melihat dengan lebih jelas pemandangan di kawasan ini.

Seterusnya anda perlu berjalan kira-kira 10 minit dari stesen kereta kabel untuk ke kawasan gunung berapi. Biasanya pelancong akan membeli telur yang dimasak menggunakan air panas semulajadi yang dikatakan dapat memanjangkan umur seseorang selama 7 tahun.

Jika anda mengalami masalah pernafasan, kami tidak menggalakkan untuk anda melawat kawasan ini kerana gas dari gunung berapi mungkin akan membahayakan kesihatan anda.

Laluan pejalan kaki dan mendaki di sekitar Owakudani juga kini ditutup untuk pelancong bagi mengelakkan kesan buruk dari gas gunung berapi. Namun Hakone Ropeway dan restoren di sekitar stesen kereta kabel juga dibuka seperti biasa.

Kawasan Di Sekitar Owakudani
Kereta Kabel
  • Kolam Air Panas

Hakone Onsen sangat terkenal dengan kawasan air panas yang terletak berhampiran Gunung Fuji dan Tasik Ashi. Walaupun kebanyakan kawasan air panas menawarkan tempat mandi terbuka, namun masih terdapat beberapa tempat yang menyediakan tempat tertutup dan bersesuaian dengan pelancong muslim.

Antaranya ialah Hakone Yuryo yang menyediakan tempat mandi tertutup untuk keluarga dan bayaran tambahan (4000-6000 yen) dikenakan. Bayaran masuk ialah sekitar 1400 yen untuk orang dewasa dan 700 yen untuk kanak-kanak dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Anda perlu menaiki bas Hakone Tozan dari Stesen Hakone Yomoto untuk ke kawasan kolam air panas. Terdapat beberapa lagi kolam air panas yang terkenal di Hakone iaitu Yunessun, Tenzan dan Hakone Kamon.

Jika anda menyewa tempat mandi tertutup, kami sarankan untuk anda terus menunaikan solat di sini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain. 

Kolam Air Panas
Tempat Mandi Tertutup Di Hakone Yuryo

AKSES


1)  Dari Tokyo ke Hakone

  • Kereta api

Kereta Api Odakyu beroperasi antara Stesen Shinjuku dan Stesen Hakone-Yumoto di Tokyo. Perjalanan sehala dengan menaiki ekspres terhad ‘Romance Car’ mengambil masa sekitar 85 minit dengan kos sebanyak 2280 yen. 

Anda juga mempunyai pilihan yang lebih murah iaitu kereta api kyuko yang mengambil masa kira-kira 2 jam dan memerlukan pemindahan di Stesen Odawara dengan kadar bayaran sebanyak 1190 yen. 

Odakyu juga menawarkan Hakone Free Pass, yang termasuk perjalanan dari Tokyo ke Hakone dan penggunaan tanpa had kereta api, kereta kabel, ropeways, bot dan bas di sekitar Hakone.

RomanceCar
  • Bas ekspres Odakyu Hakone

Anda juga boleh menaiki bas dari stesen kereta api Shinjuku ke Lake Ashi di Hakone. Kos sehala ialah sebanyak 2000 yen dan mengambil masa kira-kira 2 jam.

Bas Ekspres Odakyu Hakone

2)  Dari Osaka ke Hakone

  • Kereta api 
Anda boleh menaiki shinkansen atau Sunrise sleeper train. Dari stesen Shin-osaka anda perlu menaiki Hidari Shinkansen ke Stesen Odawara selama 2 jam 19 minit. Seterusnya anda perlu menaiki kereta api di Hakone Tozan Line untuk ke stesen Hakone-Yumato.

Shinkansen
  • Bas ekspres

Jika anda ingin menaiki bas, anda perlu ke Tokyo atau Yokohama terlebih dahulu. Antara syarikat bas yang menawarkan perjalanan ini ialah bas Keikyu, Odakyu Hakone dan Ekspres Hakone.

  • Kapal terbang

Cara paling mudah ialah anda perlu menaiki bas ke Lapangan Terbang Itami Osaka dan mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Haneda. Seterusnya anda perlu menaiki bas ke Hakone.

3)  Pengangkutan di Hakone

Stesen utama di sini ialah Stesen Odawara dan stesen Hakone-Yumoto. Dari stesen Hakone-Yumoto anda boleh menaiki bas, teksi atau mountain railway untuk ke bersiar-siar di sekitar Hakone. Bagi memudahkan anda merancang perjalanan jika menaiki bas, anda boleh melayari laman sesawang Bas Hakone Tozan.

MAKANAN HALAL

  • Hakone Jikkokutouge Rest House

Di sini ada menyediakan washokuzen iaitu hidangan makanan tradisional Jepun yang ‘muslim friendly’. Terdapat 2 jenis hidangan makanan tradisional iaitu Samurai (1,680 yen) dan Fujiyama (2,160 yen). Harus diingatkan anda perlu membuat tempahan seminggu lebih awal.

 Washokuzen
  • Restoren Irorisaryo Hachiri

Kami sarankan untuk anda mencuba makanan tradisional Jepun di Restoren Irorisaryo Hachiri yang merupakan sebahagian dari resort kolam air panas Hakone Yuryo. Menu yang disediakan juga terdapat dalam Bahasa Inggeris.

Anda boleh mencuba makanan tradisional Jepun yang dimasak menggunakan arang. Restoren ini dibuka dari jam 11 pagi sehingga 9 malam kecuali pada hujung minggu ianya ditutup pada jam 10 malam.

Restoren Irorisaryo Hachiri

TEMPAT SOLAT

Bagi pelancong muslim yang melawat Hakone, agak sukar untuk anda mencari ruang solat kerana di sini tidak terdapat masjid atau surau. Namun kami sarankan untuk anda terus bersolat di resort air panas Hakone Yuryo jika anda menyewa tempat mandi tertutup di sana.

Selain itu, anda juga boleh mencari kawasan lapang yang bersih dan tidak mengganggu orang awam untuk menunaikan solat. Anda hanya perlu membawa persalinan solat bagi wanita atau memakai pakaian yang menutup aurat yang boleh dibawa solat. Kami mencadangkan untuk anda membawa sejadah mini dan botol air untuk memudahkan anda mengambil wudhu.

Ruang Solat

References:

  1. https://www.japan-guide.com/e/e5208.html
  2. https://www.japanhoppers.com/en/kanto/hakone/kanko/718/
  3. https://planetyze.com/en/japan/hakone/blog/best-hot-springs-in-hakone-how-to-get-there-prices-and-information
  4. http://www.j-r-s.com/irori-restaurant-irorisaryo-hachiri-hakone/
  5. https://www.odakyu.jp/english/sightseeing/itineraries/muslim/
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Hakone
  7. https://www.halalmedia.jp/archives/514/hakone-sightseeing-premium-outlet/
,

Otaru

INFO DAN SEJARAH

Otaru merupakan sebuah bandar pelabuhan kecil terletak kira-kira setengah jam perjalanan ke barat laut Sapporo dengan menaiki kereta api. Ia terletak berhadapan dengan Teluk Ishikari. Di zaman awal penjajahan Hokkaido pada akhir 1800-an, Otaru berfungsi sebagai pelabuhan, perdagangan dan perikanan.

Gudang lama dan bangunan bersejarah bekas pegawai syarikat perkapalan dan perdagangan menjadikan Bandar Otaru destinasi pelancongan yang terkenal di Jepun.  Anda akan dapat menikmati pemandangan yang menenangkan sepanjang perjalanan dari Sapporo dengan adanya terusan dan rumah-rumah bersejarah. 

Selain itu ia juga menjadi tempat perhentian yang sesuai sekiranya anda mengembara dari Niseko atau semenanjung Shakotan. Ini menjadikan Otaru dipilih sebagai stesen terminal kereta api pertama Hokkaido yang menghubungkan pelabuhan dengan Sapporo.

Ketika musim panas, cuaca di Otaru tidak jauh berbeza dengan cuaca di Hokkaido dengan suhu maksimum adalah  25 ° C dengan tahap kelembapan yang tinggi. Walau bagaimanapun, pada musim sejuk Otaru akan dipenuhi dengan salji dari November hingga Mac.

APA YANG MENARIK

  • Terusan Otaru

Terusan Otaru merupakan salah satu dari mercu tanda yang harus anda terokai sekiranya anda melancong ke sini. Terusan ini menjadi sebahagian dari laluan penting bagi kapal-kapal kecil untuk mengangkut barang-barang dari kapal besar ke gudang-gudang berhampiran. Pada tahun 1980an terusan ini telah dibaiki dan dikekalkan sejarahnya untuk menarik pelancong ke Otaru dan gudang-gudang lama di sekeliling terusan ini di ubah suai menjadi kedai makan dan juga muzium.

Lampu gas kuna yang menyala di sepanjang terusan ini pada waktu malam akan membangkitkan suasana yang romantis. Anda hanya perlu berjalan kaki 10 minit atau menaiki bas selama dua minit dari stesen Otaru untuk ke terusan ini. Selain itu ia juga merupakan tapak utama untuk festival snow light.

Terusan Otaru
  • Muzium Kotak Muzik Otaru

Sebuah muzium yang mempamerkan tentang pembangunan kotak muzik dan mengumpul beberapa koleksi kotak muzik yang terkenal. Muzium ini dibina pada tahun 1912 dan merupakan antara muzium kotak muzik yang terbesar di Jepun. Di muzium antik ini terdapat beberapa alat muzik yang tertua termasuk peti muzik Perancis dari abad ke 19.

Sebelum anda melangkah masuk ke dalam muzium ini, anda akan perasan adanya menara jam yang memainkan muzik setiap 15 minit. Dengan bayaran tertentu, pengunjung juga boleh membina kotak muzik mereka sendiri berdasarkan kriteria yang mereka kehendaki.

Muzium Kotak Muzik Otaru
  •     Herring Mansions 

Kira-kira 15 minit dari Otaru dengan menaiki kereta anda akan sampai di  “Nishin Goten” atau rumah herring yang terletak di puncak bukit. Rumah ini mudah dilihat kerana bangunan kayu merah yang tebal terletak di bawah rumah api. Walaupun dipanggil “goten” atau rumah, ia adalah gabungan tempat tinggal untuk lelaki dan wanita untuk memancing dan memproses ikan.

Dikatakan bahawa tidak kurang dari 100 orang yang bekerja di rumah ini untuk memancing serta memproses ikan. Rumah tersebut mempunyai banyak peralatan yang digunakan untuk memancing serta memproses ikan.

Gambar-gambar berkaitan kehidupan disini juga ada di paparkan. Namun tiada papan tanda bahasa Inggeris tersedia tetapi anda jangan risau kerana petugas di sana dapat memberikan info yang menarik kepada anda dalam Bahasa Inggeris. Anda akan di kenakan yuran masuk sebanyak 300 yen untuk masuk ke rumah herring ini.

Herring Mansion
  •    Muzium Bandar Otaru

Muzium ini terdiri daripada dua muzium berasingan iaitu muzium kereta api dan juga muzium sejarah konvensional yang terletak di sebelah Terusan Otaru. Sekiranya anda meminati sejarah, adalah sangat digalakkan anda ke sini kerana anda akan dapat belajar tentang sejarah Otaru dan perkembangan awal Hokkaido.

Muzium sejarah konvensional terletak di sebelah terusan dan merangkumi sejarah dan perkembangan Otaru dan terdapat banyak papan tanda berserta penerangan yang tersedia dalam bahasa inggeris. Muzium kereta api terletak di tapak bekas terminal kereta api pertama Hokkaido yang menghubungkan Pelabuhan Otaru dengan Sapporo.

Selain itu, muzium ini juga mengandungi sejarah tentang kereta api Otaru dan juga mempamerkan pelbagai saiz kerangka kereta api untuk tontonan para pelancong.

Muzium Bandar Otaru
  • Dek Pemerhatian Shukutsu

Dek pemerhatian ini terletak di atas bukit di daerah Shukutsu di bandar Otaru. Bukit ini terletak di ketinggian 70.9 meter dari aras laut dengan dikelilingi oleh laut Kobalt dan laut Jepun yang paling indah di Shukutsu. Lokasinya berhampiran dengan Akuarium Otaru di mana perkhidmatan bas awam disediakan dari pusat bandar Otaru.

Anda boleh berjalan kaki selama 15 minit atau dengan menaiki kereta yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke dek pemerhatian ini. Dek pemerhatian ini merupakan tempat yang terkenal dikalangan pelancong di Otaru kerana pemandangannya yang menarik. Anda juga dapat melihat matahari terbit dan terbenam dari dek pemerhatian ini. 

Dek Pemerhatian Shukutsu

AKSES

Anda boleh memilih sama ada ingin menaiki kereta api, penerbangan, kereta atau pun dengan menaiki feri bergantung kepada bajet anda.

  • Kereta api

Anda boleh melancong ke Otaru dari Sapporo dengan hanya 30 minit masa perjalanan sekiranya anda menaiki kereta api ekspres dan 49 minit untuk kereta api tempatan. Sekiranya anda dari Hakodate anda perlu menaiki kereta api ekspres Hokuto ke Sapporo dan anda dikehendaki menukar stesen sebelum sampai ke Otaru.

Kereta Api
  • Bas

Menaiki bas lebih menjimatkan kos. Terdapat bas lebuh raya biasa dari Otaru yang perjalanannya akan mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan dan dikendalikan oleh bas Hokkaido Chuo.

Bas Hokkaido Chuo
  • Feri

Perjalanan dari pelabuhan Otaru ke Pelabuhan Niigata mengambil masa selama 18 jam dengan tambang sebanyak 6500 yen. Jika anda menaiki feri dari Pelabuhan Otaru ke Pelabuhan Maizuru, kos perjalanan adalah sekitar 10,000 yen dan masa yang diambil adalah 20 jam. Dari Stesen Otaru anda boleh menaiki bas atau teksi yang mengambil masa sekitar 10 minit. 

Feri

MAKANAN HALAL

Apabila melancong ke Otaru anda akan mengalami sedikit kesulitan untuk mencari restoren yang menyediakan makanan halal. Kami mencadangkan untuk anda membawa pek makanan segera seperti Brahim’s.  

  • Donburichaya Otaru

Donburichaya merupakan satu-satunya restoran di Otaru yang menyajikan makanan halal kepada pelancong muslim. Menu utama di restoran ini adalah makanan laut terutamanya salmon. Hidangan salmon mentah, dimana kepingan tebal salmon mentah dihidangkan bersama semangkuk nasi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini anda harus mencuba salmon panggang bersamam sos miso. Rasa sos miso yang manis membangkitkan lagi rasa enak salmon. Restoran ini bebas alkohol dan perasa yang digunakan juga adalah halal. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan anda dapat menikmati hidangan serendah 800 yen.

Hidangan Salmon Dan Sos Miso

TEMPAT SOLAT

Tempat solat merupakan satu kemestian untuk pelancong muslim sekiranya melancong ke luar Negara. Kami menyarankan anda untuk solat di Masjid al-Noor atau di ruang solat yang disediakan di Restoren 
Donburichaya Otaru. 

Masjid al-Noor adalah salah satu masjid yang terkenal di Jepun yang terletak di Hokkaido. Masjid ini dibuka pada tahun 2009 untuk pengunjung islam dan bukan islam. Anda boleh menunaikan solat dengan selesa di masjid ini kerana ruangannya yang luas dan terjaga. Di kawasan luar masjid juga ada menjual makanan halal kepada pengunjung.

Masjid al-Noor

Anda juga boleh berkunjung ke Restoran Donburichaya Otaru kerana di sini ada menyediakan ruang solat untuk pengunjung. Ruangan solat ini juga mempunyai ruang khusus untuk mengambil wudhuk dan akan memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat. 

Ruang Solat Di 
Donburichaya Otaru

RUJUKAN

1.     https://www.japan-guide.com/e/e6700.html

2.     https://www.japanvisitor.com/japan-city-guides/otaru-guide

3.     https://www.halaltrip.com/other/blog/must-visit-mosques-in-hokkaido/

4.     https://en.japantravel.com/hokkaido/halal-cuisine-in-donburichaya-otaru/39097

5.    https://www.japantimeline.jp/en/hokkaido/otaru_city/otaru_music_box_museum

6.     https://en.wikipedia.org/wiki/Otaru

7.     https://wikitravel.org/en/Otaru

8.     http://www.otaru-kourakuen.com/english/muslim.html

 
 
,

Sapporo

INFO DAN SEJARAH

Sapporo merupakan ibu kota Hokkaido yang terletak di bahagian Utara Jepun dan merupakan destinasi terbaik jika anda ingin menikmati kedinginan musim sejuk. Sapporo merupakan bandar kelima terbesar di Jepun dan salah satu bandar utama yang termuda di negara ini. Pada tahun 1857, hanya terdapat 7 orang penduduk di bandar tersebut. 

Semasa zaman pemerintahan Meiji, Hokkaido telah dibangunkan dan dipilih sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diadakan di Sapporo yang menjadikan Sapporo dikenali di mata dunia. 

Kini Sapporo terkenal dengan pesta salji tahunan yang diadakan pada bulan Februari setiap tahun. Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Sapporo, waktu terbaik adalah ketika musim sejuk dan juga musim bunga.

APA YANG MENARIK

  • Sapporo Snow Festival

Sekiranya anda melawati Sapporo ketika musim sejuk, anda berpeluang menghadiri Sapporo Snow Festival yang kebiasaanya berlangsung selama seminggu. Ianya diadakan pada bulan febuari setiap tahun di Odari Park. Snow Festival merupakan acara terbesar dan terpenting di Jepun dan merupakan penyumbang terbesar kepada tarikan pelancong ke Sapporo. Acara pada tahun 2018 merupakan kali ke 69 Sapporo Snow Festival diadakan dengan sebanyak 203 arca yang diperbuat daripada salji dipamerkan. 

Arca Yang Diperbuat Daripada Salji
  • Ski Di Sapporo

Sekiranya anda penggemar aktivi ski, Sapporo adalah tempat pelancongan yang ideal untuk anda lawati. Kawasan pergunungan di sini merupakan lokasi tumpuan  pelancong dan juga penduduk tempatan untuk bermain salji dan ski. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dengan dikelilingi salji tebal yang memutih.

Antara resort ski yang terkenal ialah Niseko, Furano dan Teine yang merupakan resort tumpuan para pelancong terutamanya bagi peluncur-peluncur ski. Oleh kerana kualiti salji disini adalah antara yang terbaik, Sapporo pernah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara Winter Olympic pada tahun 1972 yang buat julung kalinya diadakan diluar Eropah.

Bagi anda yang pertama kali mencuba aktiviti ski, anda tidak perlu risau kerana perkhidmatan sewa peralatan serta kelengkapan bermain sukan salji turut disediakan untuk kemudahan para pelancong.

Resort Ski 
  • Membeli-belah Di Sapporo

Jika anda mencari tempat untuk membeli-belah, di sini terdapat banyak barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Antara tempat yang anda boleh berbelanja disini termasuklah Daimaru Sapporo dan Sapporo Factory. Sapporo Factory adalah pusat membeli-belah dan hiburan yang terbesar dibuka secara rasminya pada tahun 1993.

Disini terdapat kira-kira 160 kedai termasuk kedai baju, kedai cenderamata, restoran, kafe dan juga panggung wayang. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari Stesen Bus Mae Station dan juga Tozai Subway line dan hanya 15 minit dari JR Sapporo Station. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Bagi pelancong muslim, anda tidak perlu risau kerana surau ada disediakan di kompleks membeli-belah ini. Surau terletak di tingkat 3 Sanjo-kan dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. 

Daimaru Sapporo
Sapporo Factory
  • Mountain Moiwa Ropeway

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di Gunung Moiwa sekiranya anda ke Sapporo. Gunung Moiwa sangat terkenal dengan pemandangan indah Kota Sapporo dari dek pemerhatian yang terletak di puncak gunung ini. Untuk pengetahuan anda, Sapporo telah dipilih sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk anda nikmati pemandangan pada waktu malam.

Dengan ketinggian 531 meter, anda boleh menikmati pemandangan luar biasa Kota Sapporo terutamanya selepas matahari terbenam. Untuk sampai ke Puncak Gunung Moiwa, anda boleh menggunakan kereta kabel (The Mount Moiwa Ropeway) sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta kabel mini.

Bayaran sebanyak 1700 yen dikenakan untuk perjalanan pergi dan balik bagi ropeway dan kereta kabel mini. Untuk ropeway sahaja, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 1100 yen dan 600 yen untuk kereta kabel mini.  

Mountain Moiwa Ropeway
  • Taman Moerenuma

Taman Moerenuma yang terletak di timur laut Sapporo dikelilingi oleh paya dan berkeluasan hampir empat kilometer. Reka bentuk taman yang unik serta dinamik ini direka oleh Isamu Noguchi. Gunung Moere yang dibina di taman ini dengan ketinggian 62 meter menyajikan anda dengan pemandangan yang sangat menarik.

Gunung Moere

Selain itu, Hidamari yang merupakan bangunan piramid yang diperbuat daripada kaca mempunyai pusat maklumat, atrium, kemudahan asas serta ruang galeri yang didedikasikan khas untuk Noguchi. Taman permainan juga ada direka khas khusus untuk kanak-kanak yang terletak di kawasan paling timur taman ini.

Hidamari

Selain itu, di tengah-tengah taman ini terletaknya Sea Fountain yang memancutkan air setinggi 25 meter ke udara semasa pertunjukan. Pelancong berpeluang untuk menikmati pertunjukan selama 15 hingga 40 minit untuk setiap pertunjukan.

Sea Fountain

Pantai Moere yang merupakan kawasan mandi tiruan dibuka kepada umum daripada awal bulan jun sehingga pertengahan bulan September. Perkhidmatan sewa basikal juga ada disediakan di taman ini dengan bayaran 100 yen untuk 1 jam.

Pantai Moere
  • Taman Shiroi Koibito

Selain itu, di Sapporo juga terdapat sebuah syarikat coklat tempatan iaitu Taman Shiroi Koibito. Ianya merupakan taman tema yang dibangunkan oleh Ishiya. Produk yang terkenal daripada syarikat ini adalah biskut Shiroi Koibito iaitu biskut mentega nipis dengan ditengahnya diselaputi dengan coklat putih. Namun agak mengecewakan bagi pelancong muslim kerana biskut tersebut mengandungi bahan yang tidak halal. 

Di sini anda berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan coklat dan berpeluang untuk membuat sendiri biskut mengikut kreativiti masing-masing. 

Taman ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian berbayar dan percuma. Kawasan yang terdapat kedai-kedai, kafe dan restoren merupakan kawasan yang tidak dikenakan bayaran manakala tempat pemprosesan coklat dan biskut akan dikenakan bayaran sebanyak 600 yen. 

Shiroi Koibito Park

AKSES

Anda boleh mengembara ke Sapporo dengan menaiki kapal terbang, kereta api dan juga feri.

  • Kapal terbang

Cara yang paling cepat untuk anda ke Sapporo dari Tokyo adalah melalui penerbangan yang hanya mengambil masa 90 minit. Anda boleh menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda atau Lapangan Terbang Narita ke  Lapangan Terbang Baru Chitose, Sapporo.

Antara syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ini ialah JAL, ANA, Air Do, Skymark, Vanilla Air dan Jetstar japan . Anda tidak perlu risau dengan kos penerbangan kerana sekiranya anda menempah tiket penerbangan dengan lebih awal, anda boleh mengembara ke Sapporo dengan harga serendah 10,000 yen.

Selain itu anda juga boleh menaiki kapal terbang dari Osaka (Lapangan Terbang Itami, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan juga Lapangan Terbang Terminal Kobe) ke Lapangan Terbang Baru Chitose. Masa yang diambil ialah antara 1 jam 45 minit sehingga 2 jam. 

Lapangan Terbang Baru Chitose
  • Kereta Api 

Dari Tokyo anda perlu menaiki kereta api JR Tohoku/Hokkaido Line untuk ke Stesen Shin-Hakodate-Hokuto yang akan mengambil masa selama 4 jam 10 minit. Anda akan meneruskan perjalanan ke Sapporo menggunakan kereta api ekspres yang akan mengambil masa 3 jam 30 minit. Perjalanan sehala dari Tokyo ke Sapporo akan mengambil masa keseluruhannya 8 jam dengan kos perjalanan sebanyak 27,000 yen.

Selain itu anda juga boleh menaiki kereta api laju (shinkansen) dari osaka ke Sapporo. Kadar tambang adalah bergantung kepada jenis tempat duduk yang ada pilih. 

Shinkansen
  • Feri

Sekiranya anda tidak memperuntukkan bajet yang banyak untuk pengangkutan, anda boleh mengembara ke Sapporo melalui feri. Anda boleh menaiki feri daripada beberapa pelabuhan seperti Niigata, Oarai (Ibaraki Prefecture), Sendai, Nagoya, Maizuru (Prefektur Kyoto) dan Tsuruga (Prefektur).

Kebanyakan feri akan tiba sama ada di Otaru 30 minit ke barat Sapporo atau Tomakomai yang terletak 45-60 minit di selatan Sapporo. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa selama 19 jam.

Feri

MAKANAN HALAL

Makanan halal pasti menjadi keutamaan bagi pelancong muslim yang berkunjung ke luar negara khususnya. Di sini kami ingin mencadangkan beberapa restoren makanan halal untuk anda pilih.

  • Horyu Ramen

Horyu Ramen merupakan salah satu restoren yang terkenal di Sapporo. Genghis Khan Miso Ramen adalah hidangan terkenal di sini yang dihidangkan dengan sup istimewa dan hirisan daging kambing. Harga ramen tersebut adalah antara 1100 yen – 1650 yen bergantung kepada kuantiti.  Horyu Ramen bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tetapi juga dikalangan penduduk tempatan.

Restoren Horyu Ramen
  • Kirin Beer Garden

Sebuah restoren muslim friendly yang menyajikan makanan halal di Sapporo. Antara menu yang istimewa di sini ialah Genghis Khan yang merupakan hidangan kambing yang diimport khas dari Australia. Anda hanya perlu memanggang hirisan daging kambing dengan sedikit garam dan anda akan menikmati hidangan daging kambing yang lembut dan menyelerakan. Anda tidak perlu risau tentang minuman kerana disini juga menyediakan minuman tanpa alkohol.

Set Hidangan Kambing 
  • Farm To Table TERRA

Anda juga boleh singgah ke Farm To Table Terra yang terletak berdekatan dengan Kirin Beer Garden. Mereka menghidangkan kebanyakan makanan barat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Anda tidak perlu risau kerana label muslim friendly sememangnya tertera di menu.

Anda perlu mencuba menu yang terkenal di restoren ini iaitu burger kambing keju Jepun. Restoran ini juga ada menyediakan hidangan vegetarian.

Restoren ini dibuka seawal 7 pagi untuk sarapan dan ditutup pada jam 10 malam setiap hari. Harga untuk hidangan makan tengah hari adalah sekitar 980 yen dan untuk makan malam sekitar 2000 yen. 

Restoren Farm To Table TERRA

TEMPAT SOLAT

Di sini kami kongsikan beberapa tempat untuk anda menunaikan solat semasa anda berkunjung ke Sapporo.

Anda boleh solat Daimaru, Sapporo Station kerana disini tersedia bilik solat di tingkat 3 dan anda hanya perlu mengikuti petanda arah yang disediakan. Ruangan solat yang luas dengan tempat wudhu membuatkan anda selesa untuk menunaikan solat di sini selepas penat membeli belah.

Selain itu Sapporo Factory juga ada menyediakan ruang solat yang terletak di tingkat 3. Ruang solat disini tiada pemisah antara lelaki dan perempuan. Tempat untuk berwudhu juga tidak disediakan di sini.

Selain solat di ruangan solat yang disediakan, anda juga boleh menunaikan solat di Masjid Sapporo yang terletak di Kita-ku. Anda juga boleh menunaikan solat di mana-mana kawasan lapang yang bersih dan tidak menganggu orang awam. Anda hanya perlu membawa sejadah dan memakai pakaian yang bersesuaian untuk dibawa solat.

Masjid Sapporo

RUJUKAN

  1. https://www.halalmedia.jp/archives/25675/4-recommended-muslim-friendly-restaurants-sapporo/
  2. https://www.japan-guide.com/e/e5306.html
  3. https://tokyocheapo.com/travel/transport/tokyo-to-sapporo/
  4. https://wikitravel.org/en/Sapporo
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/Sapporo
  6. http://gate-jp.com/gunung-moiwa-nikmati-sapporo-dari-ketinggian/
  7. http://www.snowfes.com/english/odorisite.html
  8. http://www.daimaru.co.jp.e.md.hp.transer.com/sapporo/service/gaikoku.html
,

Enoshima

INFO & SEJARAH

Apabila melancong ke Jepun, biasanya tempat yang sering menjadi tumpuan ialah banda-bandar besar dan tempat-tempat bersejarah. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Enoshima namun tempat ini sangat terkenal dengan pemandangan pantai yang cantik dan pelbagai tarikan termasuk kuil, taman, gua dan menara pemerhatian. Pantai Enoshima merupakan pantai yang paling hampir dengan Tokyo dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Enoshima merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di muara Sungai Katase di Wilayah Kanagawa, Jepun. Ianya merupakan sebahagian daripada bandar utama Fujisawa dan dihubungkan dengan tanah besar melalui jambatan. Biasanya pelancong hanya berjalan kaki di sekitar pulau ini yang membolehkan mereka sampai ke kuil kuno, taman botani, muzium, taman serta menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Enoshima dibahagikan kepada pelabuhan kapal layar yang boleh diakses dengan kenderaan bermotor dan juga berjalan kaki serta basikal. Pulau ini dikelilingi oleh tebing laut tinggi dan ketulan batu. Jika anda melancong ke Tokyo dan ingin berehat dari kesibukan kota, Pulau Enoshima merupakan tempat yang wajib anda singgah terutama semasa musim panas.

Pelabuhan Kapal Layar

APA YANG MENARIK

Bagi peminat pantai dan pulau, sudah pasti tempat ini bakal meninggalkan memori yang indah dengan aktiviti-aktiviti pantai yang dapat dilakukan di sini. Namun jangan risau jika anda tidak menggemari aktiviti di dalam air kerana terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati sepanjang meluangkan masa di Enoshima. Di sini kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi serta aktiviti yang dapat dilakukan di sini.

  • Kuil Enoshima:

Di sini terdapat 3 kuil yang dinamakan Kuil Enoshima dan ketiga-tiga kuil tersebut dibina sempena mengingati dewi Benzaiten. Kuil-kuil ini dikenali sebagai Hetsumiya, Nakatsumiya dan Okutsumiya. Ketiga-tiga kuil ini terletak di tempat yang berasingan di sekitar Pulau Enoshima.

Menurut mitos Jepun, Benzaiten telah mencipta pulau tersebut dalam usaha untuk menghadapi pertempuran dengan naga laut yang banyak membawa masalah di pulau tersebut.  

Kuil Hetsumiya
Kuil Nakatsumiya
Kuil Okutsumiya

Dewi Benzaiten dikenali sebagai dewi cinta. Selain itu ia juga dikenali sebagai dewi kekayaan, sesetengah pengunjung akan mencuci wang mereka di kolam kuil tersebut. Kuil-kuil ini dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari. Masuk adalah percuma kecuali jika anda ingin melihat patung Benzaiten, anda perlu membayar sebanyak 200yen.

  • Gua Iwaya:

Terdapat 2 buah gua di sepanjang tebing arah selatan pantai Enoshima. Gua yang pertama merupakan tempat terletaknya beberapa patung Buddha, manakala gua yang kedua pula didedikasikan kepada naga lagenda yang dikatakan telah mengganas di kawasan tersebut.

Anda boleh mengunjungi gua-gua tersebut dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, kecuali pada musim tertentu contohnya dari pertengahan bulan Oktober sehingga Februari ianya ditutup seawal 4 petang. Bayaran masuk sebanyak 500yen akan dikenakan.

Gua Iwaya
Gua Iwaya
  • Aktiviti Pelayaran:

Enoshima yang terletak di Teluk Sagami ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti pelayaran. Di sini terdapat pelabuhan kapal layar yang besar yang dibina sempena acara pelayaran Sukan Olimpik Tokyo 1964. Bagi anda yang meminati aktiviti ini, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mencubanya di Enoshima.

Aktiviti Pelayaran 
  • Taman Sameul Cocking

Di taman ini terletaknya sebuah menara pemerhatian dengan ketinggian 60 meter yang turut berfungsi sebagai rumah api yang dikenali sebagai ‘Sea Candle’. Ianya telah dibina di atas tapak bekas kediaman Samuel Cocking yang merupakan seorang pedagang Inggeris.

Sekiranya cuaca mengizinkan, anda akan dapat melihat pemandangan indah Gunung Fuji dari menara ini. Taman ini dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 8 malam. Bayaran masuk sebanyak 200yen dikenakan untuk taman dan 500yen untuk masuk ke taman dan menara pemerhatian.

Sea Candle
  • Akuarium Enoshima

Jika anda ingin melihat hidupan laut dengan lebih dekat, anda perlu berkunjung ke akuarium yang terdapat di seberang jambatan dari Enoshima. Sebahagian besar akuarium ini memaparkan hidupan akuatik yang terdapat di Teluk Sagami.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat pameran ikan lumba-lumba serta anjing laut. Akuarium ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari dengan bayaran masuk sebanyak 2100yen.

Akuarium Enoshima
  • Loceng Cinta

Jika anda berkunjung ke Enoshima bersama-sama pasangan anda, jangan lupa untuk singgah di atas bukit Enoshima. Selain dapat melihat pemandangan laut yang indah, anda juga boleh menulis nama anda dan pasangan pada kunci yang akan ditinggalkan pada pagar yang terdapat di sana. Biasanya pasangan yang datang ke sini turut membunyikan loceng bersama-sama yang membawa simbol cinta.

Loceng Cinta

AKSES

Enoshima terletak berdekatan dengan Kamakura dan Yokohama, kira-kira 75 minit dari bandar Tokyo dengan menaiki kereta api. Antara stesen kereta api yang terdekat ialah Shonan Enoshima, Enoshima dan Katase Enoshima.

  • Dari Tokyo menggunakan Odakyu Railways:

Dari stesen Shinjuku: Anda perlu menaiki kereta api laju untuk ke Stesen Fujisawa dan seterusnya menaiki kereta api tempatan untuk ke stesen terakhir iaitu Stesen Katase Enoshima. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 65-75 minit dengan kos sebanyak 630yen.

Jika anda inginkan perjalanan yang lebih lancar dan mudah, anda boleh menaiki kereta api Romance Car dari Stesen Shinjuku terus ke Stesen Katase Enoshima. Perjalanan ini mengambil masa selama 60 minit dengan kos sebanyak 1250yen.

Romance Car
  • Dari Tokyo menggunakan Japan Railways (JR)

Dari Stesen Tokyo, anda perlu menaiki kereta api JR Tokaido Line untuk ke Stesen Fujisawa. Jika anda dari Stesen Shinjuku, anda perlu mnaiki JR Shonan-Shinjuku Line untuk ke stesen ini. Kedua-dua perjalanan mengambil masa selama 45-50 minit dengan tambang sebanyak 970yen. Seterusnya anda perlu menaiki kereta api Enoden (10 minit, 220yen) atau Odakyu (7 minit, 160yen) untuk ke Enoshima.

Anda boleh mendapatkan pas perjalanan Kamakura Enoshima dengan bayaran sebanyak 700yen yang menawarkan perjalanan tanpa had menggunakan Enoden dan Shonan Monorail. Selain itu, pas ini juga boleh digunakan untuk menaiki kereta api JR untuk ke Fujisawa, Ofuna dan Kamakura.

Anda tidak perlu risau tentang alat pengangkutan semasa berada di Pulau Enoshima kerana anda boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat kerana jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak dekat. namun Bagi anda yang tidak mampu untuk mendaki bukit, anda tidak perlu risau kerana di sini juga disediakan eskalator berbayar iaitu Enoshima Escar. Tambang yang dikenanakan sebanyak 360yen.

Enoshima Escar

MAKANAN HALAL

Untuk mendapatkan makanan halal di Jepun pada masa sekarang tidaklah begitu sukar kerana semakin banyak restoren halal dan ‘muslim friendly’ yang dibuka di Jepun sesuai dengan pertambahan pelancong muslim ke negara ini.  

  • Enoshima Harumi Shokudo

Jika anda ingin mencuba makanan tempatan Shonan Enoshima yang asli, anda boleh nikmatinya di restoren ini yang terletak berdekatan Stesen Katase Enoshima. Pelbagai menu makanan tradisional Jepun disediakan di sini. 

Anda boleh mendapatkan makanan tengah hari di sini dengan harga bawah 1000yen. Untuk makan malam pula setiap menu hidangan berharga dari 1001yen-2000yen. Antara menu yang terdapat di sini ialah Enoshima Bowl, Asashio Don, Kaisen Ayami Don dan banyak lagi.

Antara Menu Yang Terdapat Di Restoren Ini
  • Beef House GYUS, Fujisawa

Restoren ini menyediakan wagyu (daging lembu) halal yang terkenal di Jepun dan telah mendapat sijil halal pada tahun 2017. Restoren ini menyediakan menu dalam bahasa Inggeris dan juga pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. 

Jadi anda tidak perlu risau jika anda tidak tahu membaca tulisan Jepun dan tidak dapat bertutur dalam bahasa Jepun. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari Stesen Fujisawa untuk ke restoren ini.

Namun harus diingatkan anda perlu membuat tempahan lebih awal jika anda berhajat untuk mencuba wagyu di sini. Harga untuk set menu ialah antara 5,000yen-8,000yen.

Daging Wagyu

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis gerai makanan di sekitar Enoshima yang menyediakan makanan laut serta makanan Jepun yang lain. Antaranya ialah Tobiccho yang menyediakan menu hidangan makanan laut segar dan Kaisaku yang menyediakan makanan laut panggang.

Selain itu, terdapat beberapa lagi gerai makanan yang terdapat di sekitar Enoshima antaranya ialah Nakamuraya Yōkanten, Asahi Honten, Inoue Sōhonpo dan banyak lagi.

Jika anda ingin mencuba makanan yang terdapat di gerai-gerai tersebut, anda disyorkan untuk memilih makanan laut dan bertanyakan kepada penjual gerai tentang isi kandungan sesuatu menu.

Gerai Makanan Di Enoshima

TEMPAT SOLAT

Tempat solat pasti menjadi keutamaan bagi pelancong muslim yang melancong ke luar negara khususnya. Hanya sesetengah tempat yang ada menyediakan ruang untuk solat bagi muslim. Di sini kami ingin kongsikan kepada anda tempat untuk menunaikan solat apabila mengunjungi Enoshima.

Anda boleh ke Pusat Pelancongan Bandar Fujisawa kerana di sini disediakan ruang untuk anda solat. Anda perlu bertanya kepada staf yang bertugas untuk menggunakan bilik tersebut. Namun harus diingatkan ruang tersebut mungkin tidak dapat digunakan untuk anda solat untuk masa tertentu kerana ianya mungkin digunakan untuk mesyuarat.

Selain solat di ruang yang dikhaskan, anda juga boleh solat di mana-mana tempat lapang yang bersih dan tidak mengganggu orang awam. Selain itu, anda juga boleh solat di kawasan parkir kereta atau mana-mana ruang dan sudut yang jarang dilalui oleh orang ramai. Anda hanya perlu membawa sejadah atau kain nipis untuk dijadikan alas semasa hendak solat.

Ruang Solat

RUJUKAN

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Enoshima
  2. https://www.odakyu.jp/english/sightseeing/enoshima_kamakura/
  3. https://www.japan-guide.com/e/e3117.html
  4. https://wikitravel.org/en/Enoshima
  5. https://tokyocheapo.com/lifestyle/enoshima-island-sandy-beachy-getaway-from-tokyo/
  6. http://www.youcojapan.com/restaurant/enoshima-harumi-shokudo/
  7. https://www.halalmedia.jp/id/archives/29575/recommended-place-go-visit-fushisawa-enoshima-can-eat-authentic-halal-wagyu-beef-beef-house-gyus/
, ,

Hiroshima

INFO DAN SEJARAH

Peristiwa pada tarikh 6 Ogos 1945 telah menjadikan Hiroshima bandar pertama yang musnah akibat bom atom. Jika anda berpeluang untuk melancong ke Jepun, kami sarankan anda berkunjung ke Bandar Hiroshima. Anda pasti akan lebih termotivasi untuk memelihara keamanan yang dikecapi kini setelah melihat kesan Perang Dunia ke-2 yang amat dahsyat di Hiroshima.

Hiroshima merupakan ibu kota Wilayah Hiroshima yang terletak di bahagian barat daya kepulauan Jepun. Ia adalah pulau yang terbesar di Negara Jepun, sesuai dengan namanya “Hiroshima” (Pulau yang Luas). Hampir keseluruhan bandar ini musnah gara-gara bom atom yang dijatuhkan oleh pasukan tentera udara Amerika Syarikat pada penghujung Perang Dunia ke-2.

Namun, dengan perancangan yang teliti dan keazaman rakyatnya yang jitu, Hiroshima bangkit semula sebagai Bandar Keamanan dalam tempoh masa yang singkat. Anda juga tidak perlu bimbang akan kesan radiasi di kawasan ini kerana bacaan radiasinya telah kembali ke paras normal.

APA YANG MENARIK

Tarikan utama Bandar Hiroshima semestinya Taman Memorial Keamanan Hiroshima (Hiroshima Peace Memorial Park). Kawasan yang pernah sibuk satu ketika dahulu, terletak di tengah-tengah pusat ledakan dan telah musnah akibat letupan bom atom. Taman ini dibina sempena memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban serta menjadi simbolik kepada keperluan untuk mengekalkan keamanan. Di sekitar taman ini juga terdapat banyak monumen penting, tugu peringatan, dan muzium yang berkaitan dengan peristiwa hitam itu.

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Kubah Bom Atom, Loceng Keamanan (Peace Bell), Tugu Keamanan Kanak-Kanak, Api Keamanan (Flame of Peace), Muzium Memorial Keamanan Hiroshima, Dewan Nasional Memorial Keamanan Hiroshima, dan Pintu Gerbang Keamanan (Gates of Peace). Anda hanya perlu berjalan kaki untuk melawat tempat-tempat yang menarik ini kerana lokasinya adalah berdekatan antara satu sama lain.

 Taman Memorial Keamanan Hiroshima  
Loceng Keamanan
Api Keamanan

Anda boleh menyelami peristiwa pengeboman Hiroshima dengan lebih mendalam apabila mengunjungi Muzium Memorial Keamanan Hiroshima. Terdapat juga pameran barang-barang peribadi milik mangsa pengeboman yang sangat meruntun hati. Antaranya adalah jam tangan yang waktunya terhenti tepat waktu 8.15 pagi, waktu bom atom jatuh ke bumi Hiroshima. Yuran masuk adalah sebanyak 200yen.

Namun ketika ini bangunan utama ditutup sementara waktu untuk proses penyelenggaraan. Akan dibuka semula pada musim bunga tahun 2019. Tetapi jangan risau, anda masih boleh mempelajari serba sedikit sejarah pengeboman Hiroshima serta melihat barang-barang tinggalan ketika pengeboman di bangunan sebelah timur. Selain muzium, anda juga boleh berkunjung ke Dewan Nasional Memorial Keamanan Hiroshima. Masuk adalah percuma. Tempat ini dibina sebagai tanda memperingati mangsa yang terlibat dengan pengeboman di Hiroshima dan juga Nagasaki.

Muzium Memorial Keamanan Hiroshima

Anda juga boleh melihat serpihan bangunan Muzium Produksi Hiroshima yang hampir musnah dalam letupan bom atom yang telah berlaku. Bangunan tersebut telah dibaik pulih dan kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom. Ia juga termasuk dalam senarai Tapak Warisan UNESCO. Tujuan bangunan tersebut dibaik pulih dan dipelihara adalah sebagai tanda memperingati peristiwa yang telah berlaku.

Terdapat juga Api Keamanan yang tidak pernah padam sejak ia dinyalakan pada bulan Ogos tahun 1964. Ia menjadi simbolik anti nuklear. Api ini hanya akan dipadamkan apabila dunia bebas daripada ancaman nuklear. Jangan lupa untuk melihat monumen-monumen yang ada di sekitar Taman Memorial ini. Setiap monumen mempunyai kisah tersendiri yang sangat menyayat hati.

Kubah Bom Atom

Setelah penat menyelami kisah tragis pengeboman Hiroshima, anda boleh bawa anak-anak ke Muzium Kanak-Kanak Hiroshima. Masuk adalah percuma namun bayaran masuk ke planetarium dikenakan terhadap orang dewasa. Di sini kanak-kanak dapat bermain sambil belajar tentang sains disamping dapat melihat penguin dan pelbagai hidupan laut yang lain. Anda juga boleh ke Muzium Kesenian Hiroshima yang terletak tidak jauh (5minit jalan kaki) dari Muzium Kanak-Kanak.

Muzium ini mempamerkan Lukisan Moden Eropah serta Lukisan Minyak Jepun (Japanese Oil Painting). Bayaran masuk ke muzium ini adalah sebanyak 1300yen. Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan Istana Hiroshima yang terletak di kawasan berhampiran. Istana ini telah dibina semula selepas hancur dalam serangan bom atom.

Anda boleh mempelajari serba sedikit budaya samurai di istana ini. Taman Shukkei (Shukkei-En) juga antara tempat wajib yang harus anda lawat. Landskap taman ini sangat unik kerana mempunyai unsur gabungan alam semulajadi seperti lembah, gunung, dan hutan. Bayaran masuk hanyalah sebanyak 260yen. Anda dapat merasai upacara minum teh orang Jepun yang agak unik dan kompleks di sini.

 Muzium Kanak-Kanak Hiroshima
 Taman Shukkei 

Bagi peminat kereta, anda bolehlah berkunjung ke Muzium Mazda. Di sini, anda dapat melihat semua model keluaran Mazda. Anda juga dapat mengetahui teknologi yang digunakan oleh Mazda dalam penghasilan keretanya. Masuk adalah percuma namun diingatkan anda haruslah menempah terlebih dahulu sesi lawatan ke muzium tersebut. Tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun e-mel. Selain itu, anda juga boleh jalan-jalan di “Hondori Street” yang agak popular dalam kalangan pelancong. Laluan ini dibuka hanya untuk pejalan kaki sahaja dan terdapat kedai serta restoran di kiri dan kanan jalan.

Muzium Mazda

AKSES

Anda boleh menaiki kenderaan awam untuk ke Bandar Hiroshima. Jika anda dari Tokyo, cara yang paling murah dan mudah adalah menaiki bas. Namun, anda harus bersabar kerana perjalanan mengambil masa hampir 12jam. Jika anda inginkan tempoh perjalanan yang singkat, anda boleh cuba menaiki keretapi laju (shinkansen) ataupun menaiki kapal terbang.

Tiket kapal terbang kebiasaannya dua kali ganda mahal berbanding tiket keretapi laju. Namun, anda boleh membeli tiket dengan separuh harga ketika promosi berlangsung. Rajin-rajinlah membandingkan harga tiket dari masa ke semasa.

  1. Bas Ekspres (Chukoku JR Bus-New Breeze Gou-Hiroshima BC Line): Bertolak dari Stesen Bas Tokyo Eki Mae (Platform Yaesu South Exit 5), tiba di pintu masuk Stesen Shinkansen Hiroshima. Perjalanan selama 11jam 52minit. Tambang adalah sebanyak 11900yen.
  2. Shinkansen (JR Shinkansen Nozomi no47-Hakata Line): Bertolak dari Stesen Tokyo (Line16), tiba di Stesen Hiroshima (Line11). Perjalanan selama 3jam 53minit. Tambang adalah sebanyak 18040yen.
  3. Kapal terbang: Bertolak dari Lapangan Terbang Haneda, tiba di Lapangan Terbang Hiroshima. Perjalanan selama 1jam 30minit. Tambang adalah sebanyak 34890yen.
Shinkansen
Lapangan Terbang Hiroshima

Jika anda dari Osaka, pilihan yang terbaik adalah menaiki bas ekspres ataupun keretapi laju. Pilihan di tangan anda, murah ataupun perjalanan singkat.

  1. Bas Ekspres (USJ-Osaka-Hiroshima): Bertolak dari Stesen Bas Osaka Eki Mae, tiba di pintu masuk Stesen Shinkansen Hiroshima. Perjalanan selama 5jam 43minit. Tambang adalah sebanyak 5000yen.
  2. Shinkansen (JR Tokai Route-Sanyo Main Line -> JR Shinkansen Nozomi): Bertolak dari Stesen Osaka, transit di Shin-Osaka, tiba di Stesen Hiroshima. Perjalanan selama 1jam 54minit. Tambang adalah sebanyak 9710yen.

Jika anda dari Kyoto, kami sarankan anda menaiki keretapi laju. Anda akan bertolak dari Stesen Kyoto dan tiba di Stesen Hiroshima dengan menaiki JR Shinkansen Nozomi. Tambang adalah sebanyak 10570yen. Tempoh perjalanan adalah selama 2jam.

MAKANAN HALAL

Jika anda berkunjung ke Bandar Hiroshima, anda boleh akses ke kedai makanan halal dengan mudah. Terdapat lebih kurang tujuh buah restoran yang menyediakan makanan halal di sini. Antaranya adalah Restoran Racoolto, Restoran Namaste, Restoran Curry Elephant, Restoran Kanak, Restoran Mr. Istanbul, dan Restoran Warung Matahari. Anda boleh rujuk laman sesawang Halal Navi untuk maklumat lebih lanjut.

Restoran Warung Matahari

TEMPAT SOLAT

Anda boleh solat di surau berdekatan dengan Hospital Universiti Hiroshima. Selain itu, restoran halal seperti Restoran Kanak juga menyediakan ruang solat. Rancang perjalanan anda dengan betul agar anda dapat menunaikan kewajipan lima waktu dengan selesa. Anda boleh rujuk aplikasi Japan Masjid Finder untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Ruang Solat

RUJUKAN

  1. https://www.halalinjapan.com/
  2. http://www.masjid-finder.jp/
  3. https://www.google.com.my/maps/
  4. https://www.pref.hiroshima.lg.jp/uploaded/attachment/188742.pdf
  5. http://visithiroshima.net/
  6. https://www.japan-guide.com/
  7. https://en.wikipedia.org/wiki/Hiroshima
  8. http://www.planetware.com/tourist-attractions-/hiroshima-jpn-cg-hiro.htm