Kiriman

,

Okurayama Ski Jump Observatory

INFO DAN SEJARAH

Lompat ski Okurayama adalah tempat melompat ski yang terletak di kawasan Miyanomori di Chuo-ku, Sapporo Hokkaido. Ia pernah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan musim sejuk termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 dan FIS Nordic Ski Championships 2007.

Ski Jump Observatory yang terletak di puncak bukit boleh dilawati dengan menaiki kerusi lif sekiranya stadium ini tidak digunakan untuk Piala Dunia atau aktiviti melompat ski yang lain. Di atas puncak bukit, anda boleh menikmati pemandangan panorama Sapporo yang luar biasa 300 meter di atas paras laut.

Okurayama Ski Jump Observatory akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 6 petang pada 29 April sehingga 3 November dan dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang pada 4 November sehingga 28 April. Tempat ini akan ditutup pada 6 April sehingga 17 April. Bayaran masuk ke sini akan dikenakan sebanyak 500 yen untuk tiket kerusi lif dan sebanyak 1000 yen sekiranya anda menaiki kerusi lif dan mengunjungi muzium sukan musim salji.

APA YANG MENARIK

  • Muzium Sukan Musim Sejuk Sapporo (Muzium Olimpik Sapporo)

Muzium ini membolehkan pengunjung merasai dunia sukan musim sejuk dan menghidupkan semula keseronokan Sukan Olimpik Sapporo. Muzium ini terletak di kaki bukit Stadium Bola Sepak Okurayama yang menghadap ke Pusat Bandar Sapporo.

Di dalam muzium ini terdapat koleksi barang berharga yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Sapporo 1972. Selain itu barang-barang untuk kejohanan Ski Nordik dan Sukan Musim Sejuk Universidad yang dianjurkan oleh Sapporo turut dipamerkan di muzium ini.

Terdapat juga seksyen muzium yang membolehkan para pelawat mensimulasikan pengalaman melompat ski, menunggang bola giring, dan berputar pada skate ais. Muzium ini bertujuan untuk mendedahkan pengunjung tentang sukan musim sejuk melalui pengetahuan dan pengalaman.

Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 600 yen. Muzium ini beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang pada bulan Mei hingga Oktober. Manakala pada bulan November hingga April muzium ini dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga petang.

Muzium Olimpik Sapporo
  • Rumah Kristal Okurayama

Pengunjung perlu menggunakan tangga bergerak dari tempat letak kereta ke tempat di mana terletaknya stadium. Rumah Kristal ini terletak berhampiran dengan pintu masuk manakala Muzium Sukan Musim Sejuk pula terletak di seberang Jalan.

Rumah Kristal ini merupakan sebuah bangunan yang menempatkan kedai cenderamata dan juga restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong. Anda boleh membeli cenderahati untuk diberi kepada ahli keluarga dan juga sebagai kenangan untuk diri sendiri.

Rumah Kristal Okurayama

AKSES

  • Bas

Tempat ini boleh dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Maruyama Koen Tozai yang mengambil masa 5 minit dengan bayaran sebanyak 200 yen. Anda juga boleh menaiki bas yang bernombor 14 ke perhentian bas Okuraya Kyogijo Iriguchi yang mengambil masa 10 minit dengan bayaran 210 yen.

Bas Tempatan
  • Teksi

Selain bas, anda juga boleh menaiki teksi dari Stesen Sapporo ke tempat melompat ski yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dengan kos sekitar 2500 yen hingga 3000 yen.

Teksi

MAKANAN HALAL

Makanan halal pasti menjadi keutamaan bagi pelancong muslim yang berkunjung ke luar negara khususnya. Pada masa sekarang makanan halal tidak menjadi satu masalah buat pelancong muslim kerana semakin banyak restoran halal dan muslim friendly yang boleh didapati di Jepun.

  • Horyu Ramen

Anda tidak boleh meninggalkan Sapporo tanpa mencuba makanan asli Jepun iaitu ramen. Anda perlu mencuba Genghis Khan Miso Ramen sekiranya anda singgah di Horyu Ramen. Genghis Khan Miso Ramen adalah hidangan terkenal disini dihidangkan dengan sup istimewa dan hirisan daging kambing yang banyak.

Anda pasti akan merasa satu kepuasan apabila merasai hidangan istimewa dari mereka. Horyu Ramen bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong tetapi juga terkenal dikalangan penduduk tempatan. Tidak hairan sekiranya anda perlu beratur panjang sekiranya anda ingin makan malam atau makan tengah hari di sini.

Restoran Horyu Ramen
  • Restoran Makanan India Jyoti

Sekiranya anda sudah bosan dengan makanan Jepun anda boleh mencuba restoran ini untuk merasai kelazatan makanan asli India. Restoran ini diasaskan oleh Mahavir San yang merupakan bekas pelajar di Jepun.

Restoran ini menyajikan makanan India seperti samosa, kari, dhal dan bermacam-macam jenis makanan asli orang india. Dengan cuaca yang sejuk, hidangan yang panas serta pedas pasti akan membangkitkan selera anda untuk menjamu selera.

Makanan India

TEMPAT SOLAT

Sekiranya anda seorang muslim dan berkunjung ke luar negara, tempat solat pasti menjadi keutamaan bagi anda. Di sini kami kongsikan tempat untuk anda menunaikan solat sekiranya anda berkunjung ke Okurayama, Sapporo. Untuk pengetahun anda, agak sukar untuk anda mencari bilik solat atau masjid di kawasan berdekatan.

Anda boleh menunaikan solat di masjid Sapporo. Ruangan solat serta tempat berwudhu yang terdapat di sini membuatkan anda lebih untuk menunaikan solat. Namun jarak antara kedua-dua tempat ini agak jauh. Masa perjalanan selama lebih kurang 20 minit diperlukan jika anda menaiki teksi. Jika anda menaiki kereta api, masa yang diperlukan adalah kira-kira 40 mini.

Anda juga boleh menunaikan solat di mana-mana kawasan lapang yang bersih dan tidak menganggu orang awam. Anda hanya perlu membawa sejadah dan memakai pakaian yang bersesuaian untuk dibawa solat.

Masjid Sapporo

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e5308.html
  2. https://en.wikipedia.org/wiki/Okurayama_Ski_Jump_Stadium
  3. http://www.sapporo.travel/find/sports/winter_sports_museum/?lang=en
  4. https://www.japan.travel/en/spot/2214/
  5. https://japanwalkersea.com/finding-halal-food-sapporo-hokkaido/


,

Osaka

INFO DAN SEJARAH

Osaka adalah bandar metropolitan kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Dengan jumlah penduduk seramai lebih 19 juta orang, Osaka juga dikenali sebagai bandar metropolitan yang terbesar di dunia. Osaka dahulunya dikenali sebagai Naniwa dan telah menjadi kuasa ekonomi wilayah Kansai selama berabad lamanya.

Perkembangan pesat yang berlaku di Jepun menjadikan Osaka semakin dikenali di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati apabila melancong ke sini dan pastinya anda akan mencipta kenangan yang indah sepanjang berada di sini.

Osaka akan menjadi tuan rumah Expo 2025 yang akan berlangsung selama dua bulan. Ini merupakan kali kedua Osaka menjadi tuan rumah selepas tahun 1970.

TEMPAT MENARIK

  • Universal Studio Japan (USJ)

Sekiranya anda melancong ke sini bersama-sama keluarga, anda perlu mengunjungi taman tema ini. Tahukah anda bahawa USJ merupakan taman tema Universal Studio yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat dan ia juga merupakan yang pertama di Asia.

Taman tema ini mula dibuka kepada umum pada bulan Mac 2001 dan merupakan taman hiburan yang paling banyak dilawati oleh pelancong selepas Tokyo Disney Resort. USJ juga merupakan satu-satunya Universal Studios di Asia yang mempunyai tarikan The Warzing World of Harry Potter.

USJ dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang. Kami cadangkan anda melihat jadual serta kalendar cuti Jepun untuk merancang perjalanan anda ke sini supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakan orang ramai.

Sekarang taman tema ini dibahagikan kepada sembilan bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Minion Park, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter.

Universal Studio Japan
  • Osaka Aquarium Kaiyukan

Akuarium ini terletak di kawasan Teluk Tempozan di kawasan Teluk Osaka dan merupakan salah satu akuarium di Jepun yang paling hebat. Ia memperkenalkan pelbagai bentuk kehidupan yang mendiami Rim Pasifik dengan cara yang teratur dan mengagumkan.

Anda akan memulakan lawatan anda ke akuarium ini di tingkat 8. Sesetengah tangki di sepanjang beberapa tingkat, membolehkan untuk melihat haiwan dari kedalaman dan perspektif yang berbeza.

Kehidupan marin dipamerkan didalam 15 tangki yang berbeza dan masing-masing mewakili rantau tertentu di Lingkaran Pasifik. Tangki pusat ataupun Tangki tengah mewakili Lautan Pasifik juga merupakan tempat Hiu Paus dan menjadi daya tarikan utama disini.

Akuarium ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Pada bulan Mei, Oktober dan pertengahan Julai Ogos akuarium ini dibuka pada jam 9.30 pagi. Tiket masuk ke akuarium ini adalah sebanyak 2300 Yen.

Osaka Aquarium Kaiyukan
  • Istana Osaka

Istana Osaka menempatkan muzium bermaklumat mengenai sejarah istana dan Toyotomi Hideyoshi.Menara istana ini dikelilingi oleh gerbang, menara, dinding batu yang mengagumkan dan kerusi.

Taman Nishinomaru yang merangkumi bekas “kubu barat” yang merupakan taman dengan terdapatnya 600 buah poko ceri, bekas rumah tetamu Osaka dan pemandangan yang mempesonakan.

Kawasan Sekeliling Istana ini merangkumi kira-kira dua kilometer persegi dengan terdapat banyak kawasan hijau, kemudahan sukan, arena pelbagai guna (Dewan Osakajo) dan kuil yang didedikasikan untuk Toyotomi Hideyoshi.

Taman ini sangat popular dikalangan pelancong dan penduduk temoatan apabila tibanya musim bunga ceri (Cherry Blossom) yang biasanya akan terjadi pada awal bulan april.

Menara Istana dibuka setiap hari kecuali pada 28 Disember hingga 1 januari dan dibuka mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang dan anda akan dikenakan bayaran sebanyak 600 yen. Taman Nishinomaru pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan juga tahun baru.

Taman ini mula dibuka jam 9 pagi hingga 5 petang dan akan dilanjutkan sehingga jam 9 malam pada musim bunga ceri. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak 200 yen untuk memasuki Taman ini.

Istana Osaka
  • Minami (Namba)

Minami yang terletak di sekitar Stesen Namba merupakan salah satu daripada dua pusat bandar utama di Osaka. Ia adalah daerah hiburan paling terkenal di bandar dan menawarkan pilihan makanan dan membeli belah.

Daerah ini mudah untuk anda lawati kerana terdapat tiga saluran kereta api bawah tanah dan terminal bas lebuh raya yang boleh membawa anda kesini. 

Namba
  • Dotonbori

Sekiranya anda ingin menikmati kesibukan dan keindahan waktu malam di Bandar Osaka anda boleh melawati Dotonbori. Dotonbori tidak pernah ditutup kerana terdapatnya restoran yang dibuka 24 jam.

Ia juga merupakan kawasan membeli belah dan hiburan yang terkenal dan juga terkenal dengan destinasi makan. Pada waktu malam, kawasan ini akan dilimpahi oleh beratus-ratus lampu neon yang menambahkan lagi daya tarikan kawasan ini.

Dotonbori
  • Arkib Membeli belah Shinsaibashi

Di sini merupakan pusat membeli belah utama di Bandar Osaka. Arkib ini panjangnya lebih kurang 600 meter  dan terdapat beraatus-ratus kedai yang boleh anda kunjungi untuk membeli belah.

Kawasan ini unik berbeza dengan tempat lain kerana ia menggabungkan rangkaian kedai runcit, dan butik terkenl dengan gedung membeli belah dan label fesyen terkenal. Kedai-kedai di sekitar ini di buka sekitar jam 10 pagi hingga 9 malam.

Shinsaibashi
  •  Taman Namba

Taman Namba direka dan dibina untuk menjadi pemecah alam semula jadi di tengah-tengah landskap bandar yang luas. Ia mepunyai 120 penyewa, pawagam dan di atas bumbung terdapatnya sebuah taman.

Pelbagai restoran termasuk restoran Korea, Itali dan Vietnam. Oleh kerana terdapat banyak kedai berlainan, waktu operasinya juga berlainan. Akan tetapi majoriti kedai-kedai disini di buka pada jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Taman Namba
  •   Taman Minoo

Taman Minoo merupakan lembah berhutan terletak di pinggir Osaka di utara bandar. Taman ini adalah salah satu tempat terbaik di wilayah kansai sewaktu musim luruh untuk menikmati pemaandangan musin luruh dalam suasana semula jadi. Warna dedaun luruh ini terbaik untuk dilihat sewaktu pertengaahan bulan November.

Dari pusat bandar Umeda anda akan mengambil masa selama 30 minit sebelum sampai ke taman ini. Terdapat sepanjang 3 kilometer laluan mendaki di taman ini yang anda akan susuri sepanjang Sungai Minoo.

Laluan pendakian bermula berhampiran stesen Hankyu Minoo terus menuju ke Air Terjun Minoo. Dengan ketinggian 33 meter, air terjun ini merupakan salh satu daya tarikan utama di taman ini. Perjalanan melalui laluan pendakian ini tidak terlalu mencabar dan anda akan mengambil masa selama kira-kira 45 minit berjalan kaki untuk sampai ke akhir.

Anda akan melalui beberapa kedai, gudang dan kuil pada separuh perjalanan anda dan anda akan menempuh lalauan yang sedikit sukar, curam dan di kelilingi oleh pokok pada separuh lagi perjalanan anda.  

Semasa musim luruh, kedai-kedai di sepanjang jalan akan menjual makanan ringan yang dipanggil momiji tempura yang merupakan daun maple yang digoreng dalam adunan. Anda boleh melawati taman ini bila-bila masa kerana taman ini dibuka 24 jam dan tidak dikenakan bayaran masuk.

Taman Minoo
  •      Muzium Seni Nasional Osaka

Muzium ini mempunyai dua bangunan bawah tanah di pulau Nakanoshima di Tengah Osaka. Muzium ini menekankan kepada seni kontemporari Jepun dan luar negaradengan pameran dari koleksi muzium dan pameran khas.

Muzium ini dibuka kepada umum pada tahun 2007 dan direka untuk mewakili pembesaran dan bentuk buluh. Kemudahan ini dahulunya ditempatkan di Muzium Seni Halu Ekspo yang dibina untuk Ekspo Osaka pada tahun 1970. Muzium ini dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang dan akan ditutup setiap hari isnin. Kadar bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Muzium sebanyak 430 Yen.

Muzium Seni Nasional Osaka

AKSES

  •   Kereta api laju (Shinkansen)

Stesen Tokyo (Tokyo dan Shinagawa) dan Osaka (Stesen Shin-Osaka) disambungkan oleh JR Tokaido Shinkansen. Kereta api Nozomi memerlukan kira-kira 155 minit untuk sampai ke Stesen Shin-Osaka dari Tokyo manakala kereta api Hikari kira-kira tiga jam perjalanan dan kereta api Kodama mengambil masa kira-kira empat jam.

Tiket satu arah biasa adalah 13,620 yen sekiranya anda tidak menempah  tempat duduk anda di mana-mana kereta api, manakala 14,200 yen sekiranya anda menempah tempat duduk anda  di kereta api Hikari atau Kereta api Kodama. Manakala bayaran sekitar 14,500 yen untuk tempat duduk yang ditempah di kereta api Nozomi.

Kos 7 hari Pas Kereta Api Jepun kira-kira sama dengan tiket perjalanan biasa. Laluan Kereta Api Jepun adalah sah di gunakan untuk kereta api Hikari dan Kodama, tetapi tidak di kereta api Nozomi.

Dengan “Rancangan Ekonomi Puratto Kodama”, anda boleh memulakan perjalanan antara Tokyo dan Osaka dengan kerusi yang tempah awal dengan kereta api Kodama dengan hanya 10,500 yen, tetapi anda perlu membeli rancangan ini sekurang-kurangnya satu hari lebih awal dari agensi-agensi perjalanan JR Tokai.

Shinkansen
  • Bas ekspres

Perjalanan sehala menaiki bus lebuh raya daripada Tokyo ke Osaka akan mengambil masa selama 8 jam perjalanan. Anda jangan risau, bas lebuh raya ini sentiasa ada pada waktu siang atau malam.

Ekspres Willer merupakan bas yang biasanya menawarkan diskaun dan harga dikenakan bermula daripada 3500 yen. Manakala untuk bas premium harga yang dikenakan boleh menceccah sehingga 10,000 yen.

Bas Ekspres
  • Penerbangan

Pelbagai syarikat penerbangan beroperasi di antara Tokyo dan Osaka dan sebahagian besar penerbangan menggunakan Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan Lapangan Terbang Itami di Osaka. Hanya sebahagian kecil penerbangan menggunakan Lapangan Terbang Narita Tokyo dan Lapangan Terbang Kansai Osaka.

Tambang sehala dengan penerbangan konvensional adalah kira-kira 23,000 yen. Anda akan mendapat sekitar 4000 yen diskaun melalui penerbangan terpilih tetapi kebanyakannya menggunakan Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Kansai yang kurang berpusat dan tempoh penerbangan adalah selama 1 jam.

Lapangan Terbang Narita
  • Kereta Api Tempatan

Anda akan menempuh perjalanan dari Tokyo ke Osaka selama sembilan sehingga sepuluh jam sekiranya anda menaiki kereta api tempatan. Kebiasaanya ia akan melibatkan kira-kira empat pemindahan kereta api sebelum anda sampai ke destinasi. Tambang kereta api tempatan biasanya sekitar 2370 yen sehingga 8750 yen mengikut bajet yang anda peruntukkan.

Kereta Api Tempatan

MAKANAN HALAL

Pelancong yang beragama islam tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal disini kerana terdapat beberapa kedai makan yang menarik serta halal dapat dinikmati oleh pelancong.

  • Ayam Ya Namba

Restoran ini terletak berhampiran dengan tempat membeli-belah dan menyajikan ramen yang penuh berperisa dengan sup yang berasakan kacang soya. Sekiranya anda sampai kesini, anda harus mencuba sup mereka dan masukkan telur dan sos pedas. Anda pasti tidak akan melupakan keenakan sajian ini.

Restoran ini juga menyajikan ramen kering. Campurkan semua bahan, mi dan sos sebelum anda makan ramen kering ini. Anda pasti akan teringat makanan enak ini selepas pulang bercuti. Harga sajian ini bermula daripada serendah 680 yen satu hidangan.

Ayam Ya Namba
  • Matsuri

Sekiranya anda datang ke Jepun rugi sekiranya anda tidak mencuba makanan terkenal di sana iaitu takoyaki. Matsuri yang bermaksud perayaan dalam bahasa Jepun dan menyajikan makanan Jepun yang terkenal seperti takoyaki, okonomiyaki dan ramen.

Di restoran ini anda boleh membuat takoyaki anda sendiri dan anda pasti mencipta kenangan yang indah disini. Selain itu, restoran ini juga menyajikan ramen vegetarian yang tidak berasakan produk haiwan. Harga sajian diantara 680 yen sehingga 4000 yen.

Matsuri
  • The U-Don

The U-Don terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan restoran ini menyajikan sanuki udon, yang merupakan sejenis mi tepung gandum yang tebal dari rantau Shikoku. Di sini ia mengamalkan konsep layan diri.

Pertama sekali anda perlu ambil dulang dan pilih jenis hidangan udon yang anda suka. Seterusnya, teruskan ke bahagian makanan yang hangat di mana anda boleh memilih pilihan anda seperti bola ikan, lobak rebus dan pelbagai tempura. Bayaran untuk hidangan disini sekitar 450 yen sehingga 760 yen.

Udon
  • Bulls

Sekiranya anda seorang penggemar daging, anda wajib sehingga di Bulls untuk shabu-shabu halal, steak dan sukiyaki. Bagi pelancong muslim, anda tidak perlu risau kerana mereka menggunakan dapur dan peralatan memasak yang berbeza khusus untuk makanan halal. Mereka juga menyimpan daging secara berasingan.

Untuk harga sajian, 1500 yen dikena untuk makanan tengah hari (Set Tengah Hari Sukiyaki). Manakala untuk makan malam anda akan dikenakan 5000 yen ( Sukiyaki dan shabu-shabu) dan 3500 yen (Sukiyaki dan Shabu-Shabu untuk satu orang) dan 3500 yen untuk set stek.

Bulls

TEMPAT SOLAT

Tempat solat juga menjadi keutamaan bagi pelancong muslim apabila melancong ke luar negara. Di Osaka terdapat beberapa tempat yang menyediakan ruangan solat yang menjadi kemudahan kepada pelancong muslim.

Di dalam bandar Namba juga disediakan ruangan untuk solat bagi pengunjung-pengunjung yang beragama Islam. Terletak di tingkat B1 dan pengunjung yang ingin menggunakannya perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan di tingkat yang sama.

Di Stesen Osaka terdapat ruangan solat yang disediakan untuk kemudahan pengunjung-pengunjung terutamanya yang beragama Islam. Terletak di tingkat satu South Gate Plaza dan sama seperti di Namba City, penggunjung yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mengisi borang di pusat khidmat pelanggan terlebih dahulu.

Satu ruangan solat telah disediakan di Pusat Informasi Pelancong Kansai yang terletak di tingkat 3 pusat membeli-belah Tommy Hilfiger Shinsaibashi. Ianya terletak di dalam Shinsaibashisuji Shopping Arcade yang mana terdapat pelbagai kedai dan restoran dan antara tempat tumpuan pelancong dalam dan luar Jepun.

Bilik Solat

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e4006.html
  2. https://www.halaltrip.com/other/blog/best-places-to-visit-osaka/
  3. https://japanbudgettrip.com.my/tempat-solat-sekitar-osaka-dan-kyoto/
  4. https://www.havehalalwilltravel.com/blog/best-halal-japanese-osaka/
  5. https://tokyocheapo.com/travel/transport/tokyo-to-osaka-fast-cheap/
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Osaka
  7. https://wikitravel.org/en/Osaka

Kobe

INFO DAN SEJARAH

Kobe merupakan bandar keenam terbesar di Jepun dengan populasi kira-kira 1.5 juta penduduk yang terletak di selatan Pulau Honshu. Lokasinya adalah di sekitar utara pantai Teluk Osaka dan kira-kira 30km barat Osaka. Sejarah awal berkenaan Kobe dari Nihon Shoki menceritakan tentang penubuhan Kuil Ikuta oleh Empress Jingu.

Nama Kobe berasal dari kanbe iaitu gelaran kuno untuk penyokong Kuil Ikuta di kawasan bandar. Kobe telah ditubuhkan pada tahun 1889 dan diiktiraf sebagai sebuah bandar pada tahun 1956. Selain itu pelabuhan Kobe adalah antara yang terawal dibuka untuk perdagangan luar negeri pada abad ke-19 bersama-sama pelabuhan Nagasaki, Yokohama, Hakodate dan Niigata.

Namun gempa bumi Great Hanshin-Awaji pada tahun 1995 telah merosakkan fungsi utama Kobe sebagai bandar pelabuhan. Akan tetapi Kobe masih kekal sebagai pelabuhan kontena keempat paling sibuk di Jepun pada ketika itu. Antara syarikat yang memiliki ibu pejabat di Kobe ialah ASICS, Kawasaki Heavy Industries dan Kobe Steel.

Pada hari ini Kobe telah dibangunkan semula sepenuhnya namun beberapa kesan dari peristiwa tersebut masih kekal sehingga sekarang. Walaupun Kobe tidak begitu dikenali dikalangan pelancong asing, namun tarikan yang terdapat di sini juga tidak kurang hebatnya. 

APA YANG MENARIK

  • Arima Onsen

Arima Onsen merupakan sebuah pekan air panas yang terkenal di sempadan bandar Kobe dan dikelilingi oleh gunung semulajadi. Ianya terkenal di kalangan penduduk Kobe dan Osaka sebagai tempat untuk berehat terutama pada hujung minggu. Selain itu, Arima Onsen di Wilayah Hyogo dikatakan yang tertua di Jepun iaitu kira-kira 1,000 tahun yang lepas.

Di sini terdapat dua jenis air panas iaitu Kinsen atau ‘air emas’ yang berwarna coklat dan dipercayai baik untuk merawat penyakit kulit dan sakit otot. Sementara itu Ginsen atau ‘air perak’ pula mengandungi radium dan karbonat yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit otot dan sendi.

Terdapat banyak rumah mandi air panas di sini namum kebanyakannya hanya menawarkan tempat mandi terbuka dan tidak sesuai untuk pengunjung muslim. Namun tidak perlu risau jika anda ingin merasai pengalaman mandi air panas di sini kerana terdapat bilik mandi tertutup untuk keluarga dan pasangan anda. 

Kami sarankan anda untuk ke Miyukiso Hanamusubi dan menyewa bilik tamu di sini kerana mereka ada menyediakan tempat mandi tertutup untuk para pengunjung yang mahukan privasi. Kadar sewa adalah bergantung kepada jenis bilik dan tempat mandi yang anda pilih.

 Bilik Mandi Di Miyukiso Hanamusubi 
  • Muzium Peringatan Gempa Bumi Kobe 

Muzium peringatan gempa bumi Kobe ini dibuka pada tahun 2002 bagi memperingati peristiwa gempa bumi Great Hanshin Awaji yang menyebabkan kematian lebih 5000 orang. Selain itu tragedi tersebut juga telah memusnahkan puluhan ribu rumah pada 17/1/1995.

Kami sarankan untuk anda melawat muzium ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemusnahan yang disebabkan oleh peristiwa tersebut. Anda juga dapat menonton filem dokumentari mengenai proses pembangunan semula Kobe selepas gempa bumi tersebut.

Muzium ini terletak di HAT (Happy Active Town) Kobe iaitu sebuah pusat bandar yang baru, berdekatan dengan Muzium Kesenian Wilayah Hyogo. Untuk sampai ke sini anda perlu berjalan kaki sekitar 10 minit dari Stesen Iwaya di Hanshin Main Line dan 15 minit berjalan kaki dari stesen Nada di JR Kobe Line.

Muzium ini dibuka dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari jumaat dan sabtu ianya dibuka sehingga jam 7 malam. Biasanya muzium ini ditutup pada hari isnin dan juga semasa sambutan tahun baru iaitu pada 31 Disember dan 1 Januari. Bayaran masuk ke muzium ini ialah sebanyak 600 yen.

Muzium Peringatan Gempa Bumi Kobe 
  • Kobe Harborland

Jika anda ingin membeli belah, kami sarankan untuk anda pergi ke Kobe Harborland kerana di sini terdapat pelbagai pilihan kedai serta restoren yang menjadi tumpuan para pelancong. Untuk pengetahuan anda, pusat membeli belah yang terkenal di sini ialah Umie. Ianya terdiri daripada tiga bahagian iaitu Mosaic, South Mall dan North Mall.

Mosaic menawarkan pelbagai pilihan restoran yang kebanyakannya menghadap pelabuhan dengan pemandangan Menara Pelabuhan Kobe dan Muzium Maritim Kobe. South Mall dan North Mall pula merupakan pusat membeli-belah yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kedai kecil.

Selain itu terdapat beberapa lagi tarikan di sini seperti Renga Soko iaitu sebuah bangunan bata yang mana di bahagian bawah bangunan ini terdapat restoran serta kedai-kedai.

Kobe Harborland terletak bersebelahan dengan stesen kereta api JR Kobe dan stesen kereta api bawah tanah Harborland. Jika dari Meriken Park anda hanya perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit untuk sampai ke sini.

Harborland, Kobe
  • Jambatan Akashi Kaikyo 

Dengan panjang hampir 4 kilometer, Jambatan Akashi Kaikyo merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia. Ianya merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Kobe-Awaji-Naruto iaitu salah satu daripada tiga jalan raya yang menghubungkan Shikoku dan Honshu. Jambatan gantung ini merangkumi Selat Akashi (Akashi Kaikyo) antara Kobe dan Pulau Awaji.

Kami sarankan untuk anda melawat Pusat Pameran Jambatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pembinaan jambatan Akashi Kaikyo serta jambatan gantung di seluruh dunia. Namun agak sukar jika anda tidak boleh membaca tulisan Jepun kerana penjelasan terperinci hanya disediakan dalam bahasa Jepun.

Untuk pergi ke Pusat Pameran Jambatan, anda boleh berjalan kaki dari Stesen Maiko. Pusat pameran ini dibuka dari jam 9.15 pagi sehingga 5 petang bergantung kepada musim ketika itu. Semak tarikh yang anda pilih untuk ke sini kerana ianya ditutup pada hari cuti umum dan semasa sambutan tahun baru iaitu 29 Disember sehingga 3 Januari setiap tahun. Bayaran masuk ke pusat pameran ini ialah 310 yen.

Jambatan Akashi Kaikyo 
  • Menara Pelabuhan Kobe

Menara pelabuhan Kobe ini telah siap dibina pada tahun 1963 oleh Syarikat Nikken Sekkei. Menara ini terletak berdekatan Taman Meriken dan hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen Motomachi. Terdapat beberapa dek pemerhatian dan kedai kopi berputar yang membuat pusingan penuh setiap 20 minit untuk anda melihat keindahan Kobe.

Tiket masuk untuk dewasa ialah sebanyak 700 yen dan 300 yen untuk kanak-kanak. Menara ini dibuka seawal jam 9 pagi setiap hari.

Menara Pelabuhan Kobe
  • Nankinmachi (Chinatown Kobe)

Chinatown Kobe atau dikenali sebagai Nankinmachi sempena nama bekas ibu kota Cina iaitu Nanjing. Nankinmachi ini merupakan pusat komuniti Cina di Wilayah Kansai yang telah dibangunkan oleh peniaga Cina yang menetap di Kobe.

Kawasan ini sering menjadi tumpuan para pelancong kerana terdapat pelbagai jenis kedai serta makanan dijual di sini. Antara makanan yang terkenal di sini ialah roti kukus (manju), ramen serta pelbagai pilihan masakan Cina yang sering mendapat sambutan para pelancong.

Bagi pelancong muslim, anda perlu memastikan makanan yang dijual tidak mengandungi daging atau dicampur dengan bahan-bahan yang tidak halal. Anda boleh bertanya kepada penjual tentang isi kandungan dalam makanan tersebut.

Untuk pergi ke Nankinmachi, anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari Stesen Motomachi dan 10 minit jika dari Stesen Sannomiya.

Chinatown

AKSES

Dari Tokyo ke Kobe

  • Shinkansen (JR Tokaido/Sanyo): Masa yang diambil untuk sampai ke Stesen Shin-Kobe dari Tokyo dengan menaiki kereta api Nozomi ialah sekitar 160 minit dengan tambang sebanyak 15,000 yen. Jika anda menaiki kereta api Hikari, masa yang diambil ialah kira-kira 195 minit dengan tambang sebanyak 14,500 yen. Japan Rail Pass sah untuk perjalanan menaiki kereta api Hikari sahaja.
Shinkansen 
  • Kereta api tempatan: Masa yang diambil agak panjang iaitu sekitar 10 jam dan memerlukan anda untuk membuat pertukaran sebanyak 4 kali. Anda boleh menggunakan pas perjalanan Seishun 18 Kippu untuk mendapatkan tambang yang rendah iaitu sekitar 2370 yen. Namun pas perjalanan ini hanya dijual semasa cuti sekolah sahaja.
Kereta Api
  • Kapal Terbang: Anda boleh menaiki kapal terbang dari lapangan terbang Haneda ke lapangan terbang Kobe. Antara syarikat yang menawarkan penerbangan ini ialah ANA dan Skymark Airlines. Kadar tambang adalah sekitar 10,000 yen-25,000 yen bergantung kepada syarikat penerbangan dan juga promosi.
Lapangan Terbang Kobe
  • Bas: Perjalanan dari Tokyo ke Kobe mengambil masa kira-kira 8-9 jam. Kos perjalanan menggunakan bas ekspres Willer bermula dari 5000 yen untuk bas biasa dan 8500 yen untuk bas yang lebih selesa. Anda boleh membuat tempahan atas talian menerusi laman sesawang yang disediakan.
Bas Ekspres Willer

Dari Osaka ke Kobe

  • Japan Railways (JR): Perjalanan sehala menaiki kereta api laju JR dari Stesen Osaka ke Sannomiya Kobe mengambil masa selama 20 minit dengan kos sebanyak 410 yen.
  • Hankyu: Kereta api ekspres terhad melalui Hankyu Kobe Line mengambil masa 25 minit dengan kos perjalanan sebanyak 320 yen dari Stesen Umeda ke Stesen Kobe-Sannomiya.
  • Hanshin: Kereta api dari Stesen Umeda Osaka terus ke Stesen Kobe-Sannomiya mengambil masa kira-kira 30 minit dengan kos perjalanan sebanyak 320 yen. Jika dari Stesen Osaka-Namba, masa perjalanan adalah sekitar 45 minit dengan kos sebanyak 410 yen.

Dari Lapangan Terbang Kobe: Anda boleh menaiki kereta api Port Liner yang menghubungkan Lapangan Terbang Kobe dengan Stesen Sannomiya selama 20 minit dengan kos perjalanan sebanyak 330 yen.

Selain itu anda juga boleh menaiki teksi dari lapangan terbang untuk ke pusat bandar Kobe dengan kos sekitar 2000 yen.

MAKANAN HALAL

Jika anda melawat Kobe, anda wajib mencuba daging lembu Kobe yang merupakan makanan istimewa di sini. Ianya merupakan salah satu daripada baka wagyu atau lembu Jepun yang sangat berkualiti dan terkenal di sana. Oleh kerana kualitinya yang bagus, harga daging Kobe agak tinggi berbanding daging biasa.

Selain wagyu terdapat banyak lagi pilihan makanan halal di Kobe antaranya ialah Trattoria Terrazza, JICA Kansai, Alpen Rose, Naan In, Cafe Istanbul dan lain-lain.

  • Tsuki Usagi

Daging lembu Kobe sangat terkenal dengan strukturnya yang lembut dan berasal dari baka lembu Tajima yang tulen. Biasanya ia dihidangkan sebagai stik, sukiyaki (hirisan daging yang dipanggang dalam periuk panas) atau shabu shabu (hirisan daging nipis yang direbus bersama sup). Terdapat beberapa restoren halal untuk anda yang beragama islam mencuba keenakan wagyu ini di sekitar Kobe.

Restoran Tsuki Usagi yang terletak berdekatan dengan Stesen Sannomiya menyajikan hidangan daging lembu Kobe halal untuk pengunjung muslim. Namun anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum ke sana. Harga untuk satu set lengkap makanan di sini ialah dari 11000 yen – 35000 yen.

Hidangan Daging Lembu 
  • Trattoria Terrazza

Terdapat menu makanan Jepun yang halal disediakan di sini untuk pelancong muslim. Restoran ini terletak di Hotel Ariston. Anda boleh bertanya dalam Bahasa Inggeris kepada staf yang bertugas sebelum membuat pesanan makanan. Menu makanan yang disediakan juga terdapat dalam Bahasa Inggeris.

Trattoria Terrazza
  • Alpenrose 

Restoran ini menyediakan makanan halal serta ruang solat untuk pengunjung muslim. Ianya terletak di taman salji Gunung Rokko. Antara menu yang terdapat di sini ialah kari ayam, kari daging serta nasi kari ayam dan daging.

Restoran Alpenrose
  • Naan In

Restoran ini terletak berdekatan dengan Masjid Kobe dan menyajikan makanan Pakistan dan India. Ianya dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam dan ditutup pada hari Isnin. Restoran ini sering mendapat sambutan pelancong muslim kerana harganya yang berpatutan dan saiz hidangannya yang agak besar.

Naan In

TEMPAT SOLAT

  • Masjid Kobe

Anda boleh menunaikan solat di Masjid Kobe yang juga dikenali sebagai Masjid Muslim Kobe dan merupakan masjid yang pertama di Jepun. Ianya terletak di Nakayamate Dori dan hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen Motomachi. 

Masjid Kobe
  • Ruang Solat Di Restoran Alpenrose

Selain Masjid Kobe, anda juga boleh menggunakan ruang solat yang disediakan di Restoran Alpenrose. Lebih mudah jika anda menjamu selera di restoran ini dan terus menunaikan solat sebelum beredar.

  • Ruang Solat Di ART NOMURA, Tarumi

Anda juga boleh solat di bahagian atas bumbung bangunan ART NOMURA yang telah diubah suai untuk dijadikan ruang solat bagi muslim. Tempat mengambil wudhu juga disediakan di sini. Anda perlu bertanya kepada staf yang bertugas untuk menggunakan ruang solat tersebut. Bangunan ini terletak berdekatan Stesen JR Tarumi dan Sanyo Tarumi (15 minit berjalan kaki).

Ruang Solat

RUJUKAN

  1. https://blog.halal-navi.com/en/halal-restaurants-you-should-not-miss-in-kobe/
  2. https://wow-j.com/en/Allguides/other/hotels/00303_en/
  3. https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g298562-d13048197-Reviews-Rokko_Country_House_Alpenrose-Kobe_Hyogo_Prefecture_Kinki.html
  4. https://www.japan-guide.com/e/e2159.html
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe
  6. https://www.halalmedia.jp/archives/21132/a-must-go-for-all-skiers-and-snowboarders-mt-rokko-snow-park-is-now-serving-halal-food/2/
  7. https://www.halaltrip.com/restaurant-details/5166/naan-inn/#about
  8. https://www.halalgourmet.jp/restaurant/406201
  9. http://www.kobe-port-tower.com/language/english.html
  10. https://www.halalmedia.jp/archives/14692/first-prayer-space-tarumi-kobe-city-now-open/2/
,

Otaru

INFO DAN SEJARAH

Otaru merupakan sebuah bandar pelabuhan kecil terletak kira-kira setengah jam perjalanan ke barat laut Sapporo dengan menaiki kereta api. Ia terletak berhadapan dengan Teluk Ishikari. Di zaman awal penjajahan Hokkaido pada akhir 1800-an, Otaru berfungsi sebagai pelabuhan, perdagangan dan perikanan.

Gudang lama dan bangunan bersejarah bekas pegawai syarikat perkapalan dan perdagangan menjadikan Bandar Otaru destinasi pelancongan yang terkenal di Jepun.  Anda akan dapat menikmati pemandangan yang menenangkan sepanjang perjalanan dari Sapporo dengan adanya terusan dan rumah-rumah bersejarah. 

Selain itu ia juga menjadi tempat perhentian yang sesuai sekiranya anda mengembara dari Niseko atau semenanjung Shakotan. Ini menjadikan Otaru dipilih sebagai stesen terminal kereta api pertama Hokkaido yang menghubungkan pelabuhan dengan Sapporo.

Ketika musim panas, cuaca di Otaru tidak jauh berbeza dengan cuaca di Hokkaido dengan suhu maksimum adalah  25 ° C dengan tahap kelembapan yang tinggi. Walau bagaimanapun, pada musim sejuk Otaru akan dipenuhi dengan salji dari November hingga Mac.

APA YANG MENARIK

  • Terusan Otaru

Terusan Otaru merupakan salah satu dari mercu tanda yang harus anda terokai sekiranya anda melancong ke sini. Terusan ini menjadi sebahagian dari laluan penting bagi kapal-kapal kecil untuk mengangkut barang-barang dari kapal besar ke gudang-gudang berhampiran. Pada tahun 1980an terusan ini telah dibaiki dan dikekalkan sejarahnya untuk menarik pelancong ke Otaru dan gudang-gudang lama di sekeliling terusan ini di ubah suai menjadi kedai makan dan juga muzium.

Lampu gas kuna yang menyala di sepanjang terusan ini pada waktu malam akan membangkitkan suasana yang romantis. Anda hanya perlu berjalan kaki 10 minit atau menaiki bas selama dua minit dari stesen Otaru untuk ke terusan ini. Selain itu ia juga merupakan tapak utama untuk festival snow light.

Terusan Otaru
  • Muzium Kotak Muzik Otaru

Sebuah muzium yang mempamerkan tentang pembangunan kotak muzik dan mengumpul beberapa koleksi kotak muzik yang terkenal. Muzium ini dibina pada tahun 1912 dan merupakan antara muzium kotak muzik yang terbesar di Jepun. Di muzium antik ini terdapat beberapa alat muzik yang tertua termasuk peti muzik Perancis dari abad ke 19.

Sebelum anda melangkah masuk ke dalam muzium ini, anda akan perasan adanya menara jam yang memainkan muzik setiap 15 minit. Dengan bayaran tertentu, pengunjung juga boleh membina kotak muzik mereka sendiri berdasarkan kriteria yang mereka kehendaki.

Muzium Kotak Muzik Otaru
  •     Herring Mansions 

Kira-kira 15 minit dari Otaru dengan menaiki kereta anda akan sampai di  “Nishin Goten” atau rumah herring yang terletak di puncak bukit. Rumah ini mudah dilihat kerana bangunan kayu merah yang tebal terletak di bawah rumah api. Walaupun dipanggil “goten” atau rumah, ia adalah gabungan tempat tinggal untuk lelaki dan wanita untuk memancing dan memproses ikan.

Dikatakan bahawa tidak kurang dari 100 orang yang bekerja di rumah ini untuk memancing serta memproses ikan. Rumah tersebut mempunyai banyak peralatan yang digunakan untuk memancing serta memproses ikan.

Gambar-gambar berkaitan kehidupan disini juga ada di paparkan. Namun tiada papan tanda bahasa Inggeris tersedia tetapi anda jangan risau kerana petugas di sana dapat memberikan info yang menarik kepada anda dalam Bahasa Inggeris. Anda akan di kenakan yuran masuk sebanyak 300 yen untuk masuk ke rumah herring ini.

Herring Mansion
  •    Muzium Bandar Otaru

Muzium ini terdiri daripada dua muzium berasingan iaitu muzium kereta api dan juga muzium sejarah konvensional yang terletak di sebelah Terusan Otaru. Sekiranya anda meminati sejarah, adalah sangat digalakkan anda ke sini kerana anda akan dapat belajar tentang sejarah Otaru dan perkembangan awal Hokkaido.

Muzium sejarah konvensional terletak di sebelah terusan dan merangkumi sejarah dan perkembangan Otaru dan terdapat banyak papan tanda berserta penerangan yang tersedia dalam bahasa inggeris. Muzium kereta api terletak di tapak bekas terminal kereta api pertama Hokkaido yang menghubungkan Pelabuhan Otaru dengan Sapporo.

Selain itu, muzium ini juga mengandungi sejarah tentang kereta api Otaru dan juga mempamerkan pelbagai saiz kerangka kereta api untuk tontonan para pelancong.

Muzium Bandar Otaru
  • Dek Pemerhatian Shukutsu

Dek pemerhatian ini terletak di atas bukit di daerah Shukutsu di bandar Otaru. Bukit ini terletak di ketinggian 70.9 meter dari aras laut dengan dikelilingi oleh laut Kobalt dan laut Jepun yang paling indah di Shukutsu. Lokasinya berhampiran dengan Akuarium Otaru di mana perkhidmatan bas awam disediakan dari pusat bandar Otaru.

Anda boleh berjalan kaki selama 15 minit atau dengan menaiki kereta yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke dek pemerhatian ini. Dek pemerhatian ini merupakan tempat yang terkenal dikalangan pelancong di Otaru kerana pemandangannya yang menarik. Anda juga dapat melihat matahari terbit dan terbenam dari dek pemerhatian ini. 

Dek Pemerhatian Shukutsu

AKSES

Anda boleh memilih sama ada ingin menaiki kereta api, penerbangan, kereta atau pun dengan menaiki feri bergantung kepada bajet anda.

  • Kereta api

Anda boleh melancong ke Otaru dari Sapporo dengan hanya 30 minit masa perjalanan sekiranya anda menaiki kereta api ekspres dan 49 minit untuk kereta api tempatan. Sekiranya anda dari Hakodate anda perlu menaiki kereta api ekspres Hokuto ke Sapporo dan anda dikehendaki menukar stesen sebelum sampai ke Otaru.

Kereta Api
  • Bas

Menaiki bas lebih menjimatkan kos. Terdapat bas lebuh raya biasa dari Otaru yang perjalanannya akan mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan dan dikendalikan oleh bas Hokkaido Chuo.

Bas Hokkaido Chuo
  • Feri

Perjalanan dari pelabuhan Otaru ke Pelabuhan Niigata mengambil masa selama 18 jam dengan tambang sebanyak 6500 yen. Jika anda menaiki feri dari Pelabuhan Otaru ke Pelabuhan Maizuru, kos perjalanan adalah sekitar 10,000 yen dan masa yang diambil adalah 20 jam. Dari Stesen Otaru anda boleh menaiki bas atau teksi yang mengambil masa sekitar 10 minit. 

Feri

MAKANAN HALAL

Apabila melancong ke Otaru anda akan mengalami sedikit kesulitan untuk mencari restoren yang menyediakan makanan halal. Kami mencadangkan untuk anda membawa pek makanan segera seperti Brahim’s.  

  • Donburichaya Otaru

Donburichaya merupakan satu-satunya restoran di Otaru yang menyajikan makanan halal kepada pelancong muslim. Menu utama di restoran ini adalah makanan laut terutamanya salmon. Hidangan salmon mentah, dimana kepingan tebal salmon mentah dihidangkan bersama semangkuk nasi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini anda harus mencuba salmon panggang bersamam sos miso. Rasa sos miso yang manis membangkitkan lagi rasa enak salmon. Restoran ini bebas alkohol dan perasa yang digunakan juga adalah halal. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan anda dapat menikmati hidangan serendah 800 yen.

Hidangan Salmon Dan Sos Miso

TEMPAT SOLAT

Tempat solat merupakan satu kemestian untuk pelancong muslim sekiranya melancong ke luar Negara. Kami menyarankan anda untuk solat di Masjid al-Noor atau di ruang solat yang disediakan di Restoren 
Donburichaya Otaru. 

Masjid al-Noor adalah salah satu masjid yang terkenal di Jepun yang terletak di Hokkaido. Masjid ini dibuka pada tahun 2009 untuk pengunjung islam dan bukan islam. Anda boleh menunaikan solat dengan selesa di masjid ini kerana ruangannya yang luas dan terjaga. Di kawasan luar masjid juga ada menjual makanan halal kepada pengunjung.

Masjid al-Noor

Anda juga boleh berkunjung ke Restoran Donburichaya Otaru kerana di sini ada menyediakan ruang solat untuk pengunjung. Ruangan solat ini juga mempunyai ruang khusus untuk mengambil wudhuk dan akan memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat. 

Ruang Solat Di 
Donburichaya Otaru

RUJUKAN

1.     https://www.japan-guide.com/e/e6700.html

2.     https://www.japanvisitor.com/japan-city-guides/otaru-guide

3.     https://www.halaltrip.com/other/blog/must-visit-mosques-in-hokkaido/

4.     https://en.japantravel.com/hokkaido/halal-cuisine-in-donburichaya-otaru/39097

5.    https://www.japantimeline.jp/en/hokkaido/otaru_city/otaru_music_box_museum

6.     https://en.wikipedia.org/wiki/Otaru

7.     https://wikitravel.org/en/Otaru

8.     http://www.otaru-kourakuen.com/english/muslim.html

 
 
,

Sapporo

INFO DAN SEJARAH

Sapporo merupakan ibu kota Hokkaido yang terletak di bahagian Utara Jepun dan merupakan destinasi terbaik jika anda ingin menikmati kedinginan musim sejuk. Sapporo merupakan bandar kelima terbesar di Jepun dan salah satu bandar utama yang termuda di negara ini. Pada tahun 1857, hanya terdapat 7 orang penduduk di bandar tersebut. 

Semasa zaman pemerintahan Meiji, Hokkaido telah dibangunkan dan dipilih sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diadakan di Sapporo yang menjadikan Sapporo dikenali di mata dunia. 

Kini Sapporo terkenal dengan pesta salji tahunan yang diadakan pada bulan Februari setiap tahun. Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Sapporo, waktu terbaik adalah ketika musim sejuk dan juga musim bunga.

APA YANG MENARIK

  • Sapporo Snow Festival

Sekiranya anda melawati Sapporo ketika musim sejuk, anda berpeluang menghadiri Sapporo Snow Festival yang kebiasaanya berlangsung selama seminggu. Ianya diadakan pada bulan febuari setiap tahun di Odari Park. Snow Festival merupakan acara terbesar dan terpenting di Jepun dan merupakan penyumbang terbesar kepada tarikan pelancong ke Sapporo. Acara pada tahun 2018 merupakan kali ke 69 Sapporo Snow Festival diadakan dengan sebanyak 203 arca yang diperbuat daripada salji dipamerkan. 

Arca Yang Diperbuat Daripada Salji
  • Ski Di Sapporo

Sekiranya anda penggemar aktivi ski, Sapporo adalah tempat pelancongan yang ideal untuk anda lawati. Kawasan pergunungan di sini merupakan lokasi tumpuan  pelancong dan juga penduduk tempatan untuk bermain salji dan ski. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah dengan dikelilingi salji tebal yang memutih.

Antara resort ski yang terkenal ialah Niseko, Furano dan Teine yang merupakan resort tumpuan para pelancong terutamanya bagi peluncur-peluncur ski. Oleh kerana kualiti salji disini adalah antara yang terbaik, Sapporo pernah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara Winter Olympic pada tahun 1972 yang buat julung kalinya diadakan diluar Eropah.

Bagi anda yang pertama kali mencuba aktiviti ski, anda tidak perlu risau kerana perkhidmatan sewa peralatan serta kelengkapan bermain sukan salji turut disediakan untuk kemudahan para pelancong.

Resort Ski 
  • Membeli-belah Di Sapporo

Jika anda mencari tempat untuk membeli-belah, di sini terdapat banyak barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Antara tempat yang anda boleh berbelanja disini termasuklah Daimaru Sapporo dan Sapporo Factory. Sapporo Factory adalah pusat membeli-belah dan hiburan yang terbesar dibuka secara rasminya pada tahun 1993.

Disini terdapat kira-kira 160 kedai termasuk kedai baju, kedai cenderamata, restoran, kafe dan juga panggung wayang. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit dari Stesen Bus Mae Station dan juga Tozai Subway line dan hanya 15 minit dari JR Sapporo Station. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Bagi pelancong muslim, anda tidak perlu risau kerana surau ada disediakan di kompleks membeli-belah ini. Surau terletak di tingkat 3 Sanjo-kan dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. 

Daimaru Sapporo
Sapporo Factory
  • Mountain Moiwa Ropeway

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di Gunung Moiwa sekiranya anda ke Sapporo. Gunung Moiwa sangat terkenal dengan pemandangan indah Kota Sapporo dari dek pemerhatian yang terletak di puncak gunung ini. Untuk pengetahuan anda, Sapporo telah dipilih sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk anda nikmati pemandangan pada waktu malam.

Dengan ketinggian 531 meter, anda boleh menikmati pemandangan luar biasa Kota Sapporo terutamanya selepas matahari terbenam. Untuk sampai ke Puncak Gunung Moiwa, anda boleh menggunakan kereta kabel (The Mount Moiwa Ropeway) sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta kabel mini.

Bayaran sebanyak 1700 yen dikenakan untuk perjalanan pergi dan balik bagi ropeway dan kereta kabel mini. Untuk ropeway sahaja, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 1100 yen dan 600 yen untuk kereta kabel mini.  

Mountain Moiwa Ropeway
  • Taman Moerenuma

Taman Moerenuma yang terletak di timur laut Sapporo dikelilingi oleh paya dan berkeluasan hampir empat kilometer. Reka bentuk taman yang unik serta dinamik ini direka oleh Isamu Noguchi. Gunung Moere yang dibina di taman ini dengan ketinggian 62 meter menyajikan anda dengan pemandangan yang sangat menarik.

Gunung Moere

Selain itu, Hidamari yang merupakan bangunan piramid yang diperbuat daripada kaca mempunyai pusat maklumat, atrium, kemudahan asas serta ruang galeri yang didedikasikan khas untuk Noguchi. Taman permainan juga ada direka khas khusus untuk kanak-kanak yang terletak di kawasan paling timur taman ini.

Hidamari

Selain itu, di tengah-tengah taman ini terletaknya Sea Fountain yang memancutkan air setinggi 25 meter ke udara semasa pertunjukan. Pelancong berpeluang untuk menikmati pertunjukan selama 15 hingga 40 minit untuk setiap pertunjukan.

Sea Fountain

Pantai Moere yang merupakan kawasan mandi tiruan dibuka kepada umum daripada awal bulan jun sehingga pertengahan bulan September. Perkhidmatan sewa basikal juga ada disediakan di taman ini dengan bayaran 100 yen untuk 1 jam.

Pantai Moere
  • Taman Shiroi Koibito

Selain itu, di Sapporo juga terdapat sebuah syarikat coklat tempatan iaitu Taman Shiroi Koibito. Ianya merupakan taman tema yang dibangunkan oleh Ishiya. Produk yang terkenal daripada syarikat ini adalah biskut Shiroi Koibito iaitu biskut mentega nipis dengan ditengahnya diselaputi dengan coklat putih. Namun agak mengecewakan bagi pelancong muslim kerana biskut tersebut mengandungi bahan yang tidak halal. 

Di sini anda berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan coklat dan berpeluang untuk membuat sendiri biskut mengikut kreativiti masing-masing. 

Taman ini di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian berbayar dan percuma. Kawasan yang terdapat kedai-kedai, kafe dan restoren merupakan kawasan yang tidak dikenakan bayaran manakala tempat pemprosesan coklat dan biskut akan dikenakan bayaran sebanyak 600 yen. 

Shiroi Koibito Park

AKSES

Anda boleh mengembara ke Sapporo dengan menaiki kapal terbang, kereta api dan juga feri.

  • Kapal terbang

Cara yang paling cepat untuk anda ke Sapporo dari Tokyo adalah melalui penerbangan yang hanya mengambil masa 90 minit. Anda boleh menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda atau Lapangan Terbang Narita ke  Lapangan Terbang Baru Chitose, Sapporo.

Antara syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ini ialah JAL, ANA, Air Do, Skymark, Vanilla Air dan Jetstar japan . Anda tidak perlu risau dengan kos penerbangan kerana sekiranya anda menempah tiket penerbangan dengan lebih awal, anda boleh mengembara ke Sapporo dengan harga serendah 10,000 yen.

Selain itu anda juga boleh menaiki kapal terbang dari Osaka (Lapangan Terbang Itami, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan juga Lapangan Terbang Terminal Kobe) ke Lapangan Terbang Baru Chitose. Masa yang diambil ialah antara 1 jam 45 minit sehingga 2 jam. 

Lapangan Terbang Baru Chitose
  • Kereta Api 

Dari Tokyo anda perlu menaiki kereta api JR Tohoku/Hokkaido Line untuk ke Stesen Shin-Hakodate-Hokuto yang akan mengambil masa selama 4 jam 10 minit. Anda akan meneruskan perjalanan ke Sapporo menggunakan kereta api ekspres yang akan mengambil masa 3 jam 30 minit. Perjalanan sehala dari Tokyo ke Sapporo akan mengambil masa keseluruhannya 8 jam dengan kos perjalanan sebanyak 27,000 yen.

Selain itu anda juga boleh menaiki kereta api laju (shinkansen) dari osaka ke Sapporo. Kadar tambang adalah bergantung kepada jenis tempat duduk yang ada pilih. 

Shinkansen
  • Feri

Sekiranya anda tidak memperuntukkan bajet yang banyak untuk pengangkutan, anda boleh mengembara ke Sapporo melalui feri. Anda boleh menaiki feri daripada beberapa pelabuhan seperti Niigata, Oarai (Ibaraki Prefecture), Sendai, Nagoya, Maizuru (Prefektur Kyoto) dan Tsuruga (Prefektur).

Kebanyakan feri akan tiba sama ada di Otaru 30 minit ke barat Sapporo atau Tomakomai yang terletak 45-60 minit di selatan Sapporo. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa selama 19 jam.

Feri

MAKANAN HALAL

Makanan halal pasti menjadi keutamaan bagi pelancong muslim yang berkunjung ke luar negara khususnya. Di sini kami ingin mencadangkan beberapa restoren makanan halal untuk anda pilih.

  • Horyu Ramen

Horyu Ramen merupakan salah satu restoren yang terkenal di Sapporo. Genghis Khan Miso Ramen adalah hidangan terkenal di sini yang dihidangkan dengan sup istimewa dan hirisan daging kambing. Harga ramen tersebut adalah antara 1100 yen – 1650 yen bergantung kepada kuantiti.  Horyu Ramen bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tetapi juga dikalangan penduduk tempatan.

Restoren Horyu Ramen
  • Kirin Beer Garden

Sebuah restoren muslim friendly yang menyajikan makanan halal di Sapporo. Antara menu yang istimewa di sini ialah Genghis Khan yang merupakan hidangan kambing yang diimport khas dari Australia. Anda hanya perlu memanggang hirisan daging kambing dengan sedikit garam dan anda akan menikmati hidangan daging kambing yang lembut dan menyelerakan. Anda tidak perlu risau tentang minuman kerana disini juga menyediakan minuman tanpa alkohol.

Set Hidangan Kambing 
  • Farm To Table TERRA

Anda juga boleh singgah ke Farm To Table Terra yang terletak berdekatan dengan Kirin Beer Garden. Mereka menghidangkan kebanyakan makanan barat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Anda tidak perlu risau kerana label muslim friendly sememangnya tertera di menu.

Anda perlu mencuba menu yang terkenal di restoren ini iaitu burger kambing keju Jepun. Restoran ini juga ada menyediakan hidangan vegetarian.

Restoren ini dibuka seawal 7 pagi untuk sarapan dan ditutup pada jam 10 malam setiap hari. Harga untuk hidangan makan tengah hari adalah sekitar 980 yen dan untuk makan malam sekitar 2000 yen. 

Restoren Farm To Table TERRA

TEMPAT SOLAT

Di sini kami kongsikan beberapa tempat untuk anda menunaikan solat semasa anda berkunjung ke Sapporo.

Anda boleh solat Daimaru, Sapporo Station kerana disini tersedia bilik solat di tingkat 3 dan anda hanya perlu mengikuti petanda arah yang disediakan. Ruangan solat yang luas dengan tempat wudhu membuatkan anda selesa untuk menunaikan solat di sini selepas penat membeli belah.

Selain itu Sapporo Factory juga ada menyediakan ruang solat yang terletak di tingkat 3. Ruang solat disini tiada pemisah antara lelaki dan perempuan. Tempat untuk berwudhu juga tidak disediakan di sini.

Selain solat di ruangan solat yang disediakan, anda juga boleh menunaikan solat di Masjid Sapporo yang terletak di Kita-ku. Anda juga boleh menunaikan solat di mana-mana kawasan lapang yang bersih dan tidak menganggu orang awam. Anda hanya perlu membawa sejadah dan memakai pakaian yang bersesuaian untuk dibawa solat.

Masjid Sapporo

RUJUKAN

  1. https://www.halalmedia.jp/archives/25675/4-recommended-muslim-friendly-restaurants-sapporo/
  2. https://www.japan-guide.com/e/e5306.html
  3. https://tokyocheapo.com/travel/transport/tokyo-to-sapporo/
  4. https://wikitravel.org/en/Sapporo
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/Sapporo
  6. http://gate-jp.com/gunung-moiwa-nikmati-sapporo-dari-ketinggian/
  7. http://www.snowfes.com/english/odorisite.html
  8. http://www.daimaru.co.jp.e.md.hp.transer.com/sapporo/service/gaikoku.html
,

Yokohama

Info dan sejarah

Yokohama merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan utama pelancong dan perlu dimasukkan ke dalam senarai tempat yang mesti dilawati apabila anda melancong ke Jepun.

Ianya terletak di selatan Tokyo dan mempunyai populasi penduduk sekitar 3.7 juta dan terkenal sebagai bandar pelabuhan. Dengan memiliki populasi penduduk yang ramai, ia menjadikan Yokohama bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Selain itu, ianya merupakan bandar utama di Kanagawa yang terletak di wilayah Kanto, Pulau Honshu.

Yokohama pada mulanya merupakan sebuah perkampungan nelayan sehingga penghujung zaman Edo dan ianya telah berkembang selepas pembukaan pelabuhan utama Yokohama iaitu pada 2 June 1859. Sehingga pertengahan zaman Showa, pelabuhan Yokohama terkenal sebagai pelabuhan export dan import barang mentah seperti kapas dan juga barangan lain seperti benang dan kain sutera.

Dengan adanya pusat pelabuhan dan pemandangan laut yang indah, ia mejadikan Yokohama tempat yang sesuai bagi anda yang inginkan suasana yang tenang dan persekitaran yang menarik. Selain itu, Yokohama juga menjadi tarikan pelancong kerana terdapat Chinatown terbesar di Jepun yang merupakan tempat membeli belah terkenal.

Terdapat beberapa acara menarik sepanjang tahun di yokohama. Anda boleh memilih untuk melawat Jepun pada masa-masa tertentu sebagai contoh, sambutan tahun baru cina pada bulan Januari/Februari dan cherry-blossom festival pada bulan Mac-April yang diadakan di Taman Sankei-en. Selain itu, Yokohama Port Festival juga diadakan sempena mengingati pembukaan semula pelabuhan diadakan pada bulan Ogos.

Apa Yang Menarik

Terdapat pelbagai tempat menarik di Yokohama antaranya ialah Sankeien Garden, Yokohama Landmark Tower, Yokohama Hakkeijima Sea Paradise, Yokohama Chinatown, Yokohama Marine Tower, Shin-Yokohama Ramen Museum, Yokohama Red Brick Warehouse dan Yokohama Cosmo World.  

Jika anda meminati suasana alam semula jadi dan traditional, Sankeien Garden merupakan pilihan yang tepat dimana ianya telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1906. Dengan memiliki 17 bangunan bersejarah yang unik dan cantik, ia menjadi daya tarikan utama pelancong dalam dan luar negara. Anda hanya perlu membayar tiket serendah 500 yen sahaja untuk masuk dan menikmati pemandangan indah di taman ini.

Sankeien Garden 

Selain itu, anda juga boleh membeli belah sambil menikmati angin laut di Minato Mirai 21 atau secara ringkasnya dikenali sebagai Minato Mirai (MM) yang bermaksud “pelabuhan masa depan” yang telah dibina sekitar tahun 1983. Ia merupakan pusat perdagangan utama di Yokohama. Di sini juga terletaknya Yokohama Landmark Tower yang merupakan bangunan kedua tertinggi di Jepun. Antara pusat membeli belah utama di Minato Mirai ialah Landmark Plaza dan juga Queen’s Square.

Minato Mirai 21

Selain itu, disini juga terdapat pusat membeli belah Red Brick Warehouse atau dikenali sebagai “akarenga soko” dalam bahasa Jepun. Bangunan ini juga mempunyai seni reka yang menarik dan unik dimana ianya terkenal dalam kalangan pelancong untuk bergambar.

Red Brick Warehouse 

Terdapat juga muzium yang terkenal disini iaitu Nippon Maru dan Yokohama Port Museum. Anda hanya perlu berjalan kaki selama lima minit dari Minato Mirai dan tiket untuk masuk ke muzium ini hanyalah sekitar 400 yen.

Selain itu, di sini juga terdapat muzium bertemakan makanan yang pertama didunia yang dibina pada tahun 1994 iaitu Shin-Yokohama Ramen Museum yang terletak berdekatan dengan stesen kereta api Shin-Yokohama. Tiket untuk masuk ke sini ialah sekitar 310 yen sahaja. Apa yang menarik di sini ialah mereka masih mengekalkan rasa ramen yang asli disamping reka bentuk dalaman muzium ini yang mengekalkan ciri-ciri klasik dan unik! Pelbagai menu ramen yang terkenal di Jepun terdapat di sini.

Shin-Yokohama Ramen Museum 

Jika anda ke Yokohama, anda wajib ke singgah ke Chinatown atau dikenali sebagai ‘yokohama chūkagai’ dalam bahasa Jepun kerana di sini terdapat banyak pilihan restoran dan kedai-kedai yang bertemakan Chinese-style untuk anda membeli belah.

Yokohama Chūkagai

Bagi anda yang melancong ke Jepun bersama keluarga, Yokohama Cosmo World adalah tempat yang sangat sesuai untuk dilawati kerana terdapat pelbagai tarikan disini termasuk pelbagai permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Cosmo World terletak di komplek Minato Mirai yang terkenal dengan ‘Ferris wheel’ yang berketinggian 112.5 meter dan juga ‘roller coaster’.

Yokohama Cosmo World 

Selain itu terdapat pelbagai gerai makanan di sekitar kawasan permainan tersebut. Untuk masuk ke sini, anda tidak perlu membeli tiket kecuali jika anda berminat untuk mencuba permainan yang disediakan. Harga tiket utk setiap permainan adalah antara 200 yen hingga 800 yen.

Selain destinasi yang kami nyatakan di atas, tedapat banyak lagi tarikan di Yokohama yang pastinya sangat menarik untuk anda lawati.

Akses

Jika anda dari Tokyo, cara yang paling murah untuk ke Yokohama ialah dengan menaiki train menggunakan Toyoko Line. Untuk memendekkan masa perjalanan, anda perlu menaiki limited express atau express train yang hanya mengambil masa selama 25 minit dari stesen Shibuya dengan tambang sekitar 270 yen sahaja.

Selain itu, jika anda ingin lebih cepat sampai ke Yokohama dari stesen Tokyo, anda boleh menaiki train menggunakan JR Tokaido Line yang mengambil masa sekitar 25 minit, tambang sekitar 470 yen sahaja. Jika anda dari  stesen Shinagawa, anda hanya perlu membayar tambang sekitar 290 yen dan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai di stesen Yokohama.

Anda juga boleh memilih untuk menaiki train menggunakan Keikyu Keihinkyuko Line dari stesen Shinagawa yang mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai di Yokohama. Tambang sekitar 300 yen sahaja.

Apabila anda sudah berada di Yokohama, anda boleh memilih untuk menaiki train, bas atau berjalan kaki untuk ke destinasi pilihan anda. Anda boleh berjalan kaki di sekitar bandar Yokohama sambil menikmati keindahan bandar serta tempat-tempat menarik di sini. Sebagai contoh, anda boleh berjalan kaki dari Minato Mirai untuk ke Yamashita Park.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang merasai pengalaman yang lebih menarik di Yokohama, anda boleh menaiki bot untuk ke beberapa destinasi. Bot yang dikenali sebagai Seabass  menghubungkan Yokohama Bay Quarter, Minato Mirai dan Yamashita Park.

Sea Bus

Makanan Halal

Pelancong muslim tidak perlu risau untuk mencari makanan halal di Yokohama kerana terdapat beberapa pilihan kedai dan jenis makanan. Antaranya ialah Ali Baba Kebab, Arabic Restaurant Al Ain, Delhi Dining, Indonesian Kitchen Iskandar, Amataro Minatomirai, Malay Asian Cuisine Yokohama-Motomachi dan banyak lagi.

Selain itu, jika anda ke Jepun sudah pasti anda ingin merasai makanan yang cukup sinonim di sini iaitu ramen. Di Yokohama anda boleh menikmati ramen halal di Shin-Yokohama Ramen Museum. Di muzium ini terdapat beberapa buah restoran yang menyediakan ramen halal untuk pelancong muslim yang boleh anda nikmati dengan harga 820 yen sehingga 900 yen.

Ramen 

Dengan pelbagai pilihan yang ada, terpulang kepada anda sama ada ingin makan di restoran atau dibeli secara “take-away”.

Tempat Solat

Selain makanan halal, sudah pasti masjid atau ruang solat menjadi keutamaan bagi muslim.

Di bandar Yokohama terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Ja’Me Masjid yang merupakan satu-satunya masjid di bandar ini. Masjid ini terletak berdekatan dengan stesen Higashi-Yamada.

 Ja’Me Masjid 

Selain itu, anda juga boleh solat di ruang solat yang disediakan oleh restoran yang anda kunjungi. Antara restoran yang menyediakan ruangan solat ialah Arabic Restaurant Al Ain, Delhi Dining dan Amataro Minatomirai. Shin-Yokohama Ramen Museum juga ada menyediakan ruang solat untuk muslim. 

Rujukan

  1. https://www.google.co.jp/destination?q=yokohama&rlz=1C1CHBF_enMY768MY768&site=search&output=search&dest_mid=/m/0kstw&sa=X&ved=0ahUKEwjly9TJkprYAhVFpZQKHXhcA6AQ6tEBCDEoBDAA
  2. https://www.japan-guide.com/e/e2360.html
  3. http://immasaitama.blogspot.jp/2010/09/yokohama-is-largest-second-city-in.html
  4. https://www.google.co.jp/destination?q=yokohama&rlz=1C1CHBF_enMY768MY768&site=search&output=search&dest_mid=/m/0kstw&sa=X&ved=0ahUKEwjly9TJkprYAhVFpZQKHXhcA6AQ6tEBCDEoBDAA
  5. https://savvytokyo.com/the-top-ten-places-to-visit-in-yokohama/
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Minato_Mirai_21#Overview
  7. http://www.yokohamajapan.com/muslim/restaurants/

Masjid Di Jepun