Kiriman

,

Niseko

 INFO DAN SEJARAH

Niseko adalah sebuah bandar yang terletak di Utara bahagian Hokkaido Jepun berhampiran dengan gunung berapi tidak aktif, Gunung Yotei. Niseko di kelilingi oleh pusat-pusat ski utama dan juga pelbagai resort peranginan air panas yang dikenali sebagai Onsen.

Niseko juga terkenal dengan sungai yang indah di Jepun yang dikenali sebagai jeram putih iaitu Sungai Shiribetsu. Oleh kerana kualiti saljinya yang turun di sini adalah yang terbaik, banyak resort ski telah dibina disini dan ia amat terkenal dikalangan peluncur-peluncur ski.

Sejak kebelakangan ini, bandar ini amat popular sebagai kawasan peranginan kerana pemandangan semulajadi nya yang menakjubkan dan juga senang diakses oleh pengunjung. Selain daripada laluan ski yang panjang, banyak resort di Niseko menawarkan pengembaraan musim sejuk untuk menjelajah laluan ski yang menjadi pilihan para pelancong.

Tempat peranginan ski Niseko semuanya terletak di Gunung Niseko-Annupuri. Tiga resort utama iaitu Grand Hirafu, Niseko Village dan Annupuri, meliputi sebahagian besar dari separuh tenggara gunung manakala beberapa pusat peranginan yang lebih kecil melambangkan perimeter mereka. Anda boleh menggunakan Pas Niseko All Mountain untuk akses kepada tiga resort ini.

TEMPAT MENARIK

  • Niseko Ski Resort

Tiga resort yang paling terkenal untuk aktiviti ski di sini ialah, Grand Hirafu, Niseko Village dan juga Annupuri.

1.     Grand Hirafu

Grand Hifaru merupakan pusat peranginan yang terbesar di Niseko dan satu-satunya resort yang mempunyai kawasan bandar yang besar di sekitar pangkalan utamanya iaitu Bandar Hirafu. Bandar ini mempunyai pelbagai hotel mewah, rumah percutian, dan juga restoran.

Masyarakat di bandar ini sangat mesra dengan pelancong dan anda pasti tidak akan merasa janggal melawati bandar ini. Pada waktu malam, bandar ini hidup dengan hiburan dan meriah dengan kunjungan pelancong.

Kebanyakan restoran di bandar ini menyajikan makanan barat dan kedai serbaneka disini juga menjual pelbagai jenis makanan yang diimport dari seluruh negara. Resort ini boleh di akses dari Stesen Kutchan selama 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta api atau bas.

Masa yang sesuai untuk berkunjung ke sini adalah pada akhir bulan November sehingga awal bulan Mei. Untuk bayaran tiket anda akan dikenakan bayaran sebanyak 5900 yen untuk 1 hari, manakala untuk separuh hari anda perlu membayar sebanyak 4800 yen. Anda hanya perlu membayar 2700 yen sahaja sekiranya anda berkunjung pada waktu malam.

Grand Hifaru

2.     Resort Niseko Village Ski

Tempat peranginan yang seterusnya ialah Niseko village atau dahulunya dikenali sebagai Higashiyama. Resort ini terletak di barat Grand Hirafu dan menawarkan beberapa rumah penginapan dan dua hotel besar termasuklah Hilton Niseko Village. Restoran, bar, kedai serbaneka dan juga butik ada juga terdapat di sini.

Anda juga tidak perlu membazir duit untuk membeli peralatan ski kerana di sini ada menyediakan perkhidmataan sewaan peralatan ski. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kereta api atau bas selama 30 minit dari Stesen Kutchan.

Sekiranya anda berhajat untuk berkunjung ke sini, masa yang sesuai adalah pada awal bulan Disember hingga awal bulan April. Bayaran sebanyak 5900 yen dikenakan untuk pakej satu hari manakala bayaran sebanyak 5200 yen dikenakan untuk separuh hari. Sekiranya anda hanya mahu berkunjung pada waktu malam, anda hanya perlu membayar tiket sebanyak 2000 yen sahaja.

Niseko Village Ski Resort

3.     Resort Annupuri

Resort yang ketiga yang terletak paling barat ialah Resort Annupuri. Apa yang menariknya di resort ini adalah laluan skinya yang tidak begitu curam berbanding dua resort sebelumnya membuatkan ia terkenal dikalangan pelancong yang baru mencuba aktiviti ini.

Di pangakalan Annupuri ada terdapat hotel, banglow dan rumah percutian kecil untuk pelancong yang berkunjung ke sini. Akan tetapi oleh kerana kawasan ini kurang dikunjungi oleh pelancong, makanan dan hiburan pada waktu malam adalah sedikit terhad di resort ini.

Akhir bulan November sehingga awal bulan Mei adalah masa yang paling sesuai untuk berkunjung ke resort ini. Anda perlu menempuh perjalanan selama 45 minit dengan menaiki bas atau kereta api. Sekiranya anda ingin memandu kereta kesini, anda perlu memandu sejauh 8 kilometer dari pusat bandar Niseko.

Untuk bayaran masuk, sekiranya anda ingin berada di sini selama 1 hari anda perlu membayar sebanyak 5400 yen. Jika anda hanya ingin berada disini separuh hari sahaja anda perlu membayar sebanyak 4400 yen. Hanya 2200 yen sahaja dikenakan sekiranya anda hanya ingin berada di resort ini pada waktu malam sahaja.

Resort Annupuri
  • Menaiki Rakit di Sungai Shiribetsu

Niseko dianugerahkan dengan sebatang sungai yang mengalir melewati bandar dan tempat ini sangat sesuai untuk anda menghabiskan cuti musim panas dengan melakukan aktiviti di dalam air. Beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda berkunjung ke sini seperti menaiki rakit dan perahu di sepanjang sungai.

Khidmat sewaan peralatan berakit ada disediakan disini. Selain menghabiskan cuti, aktiviti ini salah satu cara terbaik untuk anda menikmati dan mengambil gambar pemandangan Niseko tanpa perlu mendaki dan berjalan.

Perjalanan berakit bermula di kaki Gunung Yotei. Ia mengalir melalui kawasan pedalaman Niseko sepanjang lapan kilometer atau 1.5 jam perjalanan yang mencabar dan menarik. Bayaran dikenakan adalah sebanyak 3200 yen untuk seorang. Aktiviti ini hanya dibenarkan untuk pengunjung yang berumur 8 tahun dan ke atas.

Menaiki Rakit
  •     Milk Kobo

Anda berpeluang untuk merasai pelbagai jenis susu yang terbaik di Milk Kobo yang terletak di Kampung Niseko (Niseko Village). Selain itu anda juga berpeluang untuk merasai aiskrim dan juga pelbagai keju berkrim. Di sini juga ada menjual pelbagai produk tenusu seperti yogurt dan juga pastri seperti puff berkrim dan tart keju.

Untuk anda yang juga penggemar kopi, anda wajib singgah di Milk Kobo kerana di sini juga ada menyediakan pelbagai jenis kopi yang dibuat dengan susu asli tempatan. Kedai ini dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.

Milk Kobo
  •    Berbasikal Mengelilingi Bandar

Anda boleh menikmati pemandangan Niseko yang menakjubka dengan mengayuh basikal mengelilingi bandar. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan di bandar dan dikawasan sekitarnya.

Terdapat beberapa basikal percuma di 6 lokasi di sekitar Bandar Niseko dan salah satu antaranya adalah Kiranoyu Onsen yang terletak di seberang stesen kereta api Niseko.

Berbasikal di Niseko
  • Gunung Yotei

Gunung Yotei merupakan puncak utama di Niseko dan terletak di Hirafu. Kemuncak gunung ini adalah pada ketinggian 1,898 meter dan anda boleh mendaki sehingga ke puncak gunung ini pada musim panas.

Puncak gunung ini juga dikenali sebagai Ezo Fuji kerana dikatakan kelihatan sama dengan Gunung Fuji. Namun sekiranya anda berkunjung ke sini pada musim sejuk, anda tidak akan berpeluang untuk mendaki gunung ini.

Gunung Yotei
  • Niseko Village PURE

PURE yang terletak di Kampung Niseko (Niseko Village) merupakan sebuah taman permainan dan anda boleh mencuba pelbagai aktivit lasak di sini pada musim panas dan juga sejuk. Tempat ini sangat menyeronokkan terutamanya sekiranya anda datang bersama anak-anak.

Anda boleh menikmati pengembaraan yang menyeronokkan seperti pengembaraan merentasi hutan. Selain itu, anda juga boleh menaiki belon udara panas yang membolehkan anda menimati dan mengambil gambar pemandangan yang menakjubkan bandar Niseko.

Selain pengembaraan hutan, aktiviti untuk seisi keluarga juga ada disediakan di sini seperti gelanggang tenis dan padang golf cakera. Aktiviti sebegini pasti akan mengeratkan lagi hubungan anda sesama keluarga.

PURE, Niseko Village
  •   Kolam air panas (Onsen)

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat percutian air panas. Banyak lokasi air panas (onsen) yang ada disini. Di sini kami sertakan beberapa onsen yang terkenal dikalangan pelancong.

1.     Yugokorotei

Terletak berhampiran pintu masuk Ski Moiwa, onsen ini menjadi kegemaran para pelancong selama bertahun-tahun. Yugokorotei mempunyai kawasan air panas yang romantik yang membolehkan anda duduk menikmati kehangatan air panas semulajadi dan merasai angin yang nyaman dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Anda hanya perlu memandu selama 10 minit daripada Hirafu untuk sampai ke sini.

Onsen Yugokorotei

2.     Kanronomori

Terletak di kawasan Ski Annupuri, ia adalah salah satu dari beberapa hotel yang membolehkan anda menyewa onsen peribadi untuk 1 jam. Dengan cara ini anda dapat menikmati pengalaman ini bersama-sama keluarga atau pasangan anda.

Onsen Kanronomori

3.     Koikawa

Penduduk Jepun menyukai onsen ini sejak berabad lamanya. Koikawa merupakan onsen tertua di Niseko yang telah dibuka selama lebih dari 117 tahun sejal tahun 1899 lagi. Onsen ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana dipercayai air di sini dapat mencantikkan kulit.

Onsen Koikawa

AKSES

  • Bas

Dari bulan Disember hingga Mac, beberapa syarikat bas termasuk Bas Hokkaido Chuo, Bas Niseko, Good Sports Whiteliner dan Hokkaido Access Network mengendalikan bas terus dari hotel di Pusat Bandar Sapporo ke Bandar Niseko. Di Bandar Niseko, bas akan berhenti di 3 resort ski utama iaitu Hirafu, Niseko Village dan Annupuri.

Masa perjalanan adalah sekitar 2.5 jam sehingga 4 jam bergantung kepada lokasi dan destinasi yang anda tuju. Tambang bas adalah berbeza-beza mengikut syarikat bas. Bas Hokkaido Chuo dan Bas Niseko mengenakan tambang sebanyak 2600 yen untuk perjalanan sehala manakala bas Good Sports Whiteliner dan Hokkaido Access Network mengenakan tambang sebanyak 4000 yen.

Di luar musim sejuk, terdapat pilihan bas terhad antara Sapporo dan Niseko yang disediakan oleh Rangkaian Akses Hokkaido. Bas-bas ini beroperasi pada hujung minggu, antara lewat bulan Jun dan akhir September dengan kos sekitar 2500 yen.

Bas Hokkaido Chuo
  • Kereta api

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman menaiki kereta api, anda boleh menaiki kereta api tempatan dari Stesen Sapporo dan Stesen Kutchan. Namun kebanyakannya memerlukan anda untuk menukar kereta api di Otaru.

Dengan menaiki kereta api Niseko Liner anda akan melakukan pemindahan kereta api di Otaru dan perjalanan sehala akan mengambil masa kira-kira 100 minit dengan tambang sebanyak 1840 yen. Kereta api ini sepenuhnya termasuk dalam pas laluan Jepun dan pas laluan Hokkaido.

Stesen Kutchan dan Stesen Niseko merupakan stesen pertukaran pengangkutan awam di rantau ini. Dari stesen Kutchan terdapat bas ke Hirafu setiap 1-2 jam. Perjalanan dari Kutchan ke Niseko Village mengambil masa kira-kira 30 minit. Perjalanan ke Annupuri pula mengambil masa selama 45 minit.

Kereta Api Niseko Liner

MAKANAN HALAL

Agak sukar untuk anda mencari makanan halal di Niseko. Akan tetapi anda boleh membeli makanan laut yang mudah didapati di sini dan memasak sendiri. Anda juga boleh memaklumkan kepada pihak hotel mengenai pilihan makanan anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan makanan halal di bandar berdekatan iaitu Otaru.

  •   Donburichaya Otaru

Donburichaya merupakan satu-satunya restoran di Otaru yang menyajikan makanan halal kepada pelancong muslim. Menu utama di restoran ini adalah makanan laut terutamanya salmon. Hidangan salmon mentah, dimana kepingan tebal salmon mentah dihidangkan bersama nasi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini anda harus mencuba salmon panggang bersama sos miso. Rasa sos miso yang manis membangkitkan lagi rasa enak salmon. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan anda dapat menikmati hidangan serendah 800 yen.

Donburichaya Otaru

TEMPAT SOLAT

Sebagai seorang muslim, anda pasti menitik beratkan tempat untuk bersolat. Di kawasan Niseko tiada masjid yang disediakan untuk pelancong muslim. Anda perlu memandu sejauh 75 km ke Otaru sekiranya anda ingin menunaikan solat di Masjid Otaru.

Selain itu, anda boleh berkunjung ke Restoran Donburichaya Otaru kerana restoran mesra muslim ini ada menyediakan ruangan solat untuk pengunjung. Ruangan solat ini juga mempunyai ruang khusus untuk mengambil wudhuk dan akan memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat.

Kami mencadangkan untuk anda menunaikan solat di mana-mana kawasan lapang yang bersih dan tidak mengganggu orang awam. Anda juga boleh solat di kawasan parkir kereta atau mana-mana ruang dan sudut yang jarang dilalui oleh orang ramai. Anda hanya perlu membawa sejadah dan kelengkapan untuk mendirikan solat. 

Ruang Solat Di
Restoran Donburichaya Otaru

RUJUKAN

  1. https://www.japan-guide.com/e/e6720.html
  2. https://www.thecrazytourist.com/15-best-things-to-do-in-niseko-japan/
  3. http://360niseko.com/destination/niseko-region/
  4. http://trip-n-travel.com/listicle/13124/
  5. https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g321549-Activities-Niseko_cho_Abuta_gun_Hokkaido.html#ATTRACTION_SORT_WRAPPER
  6. https://blog.halal-navi.com/en/muslim-friendly-ski-resorts-japan/
  7. https://www.halaltrip.com/city-guide-details/249/niseko/
  8. https://en.wikipedia.org/wiki/Niseko,_Hokkaido
  9. https://www.zekkeicollection.com/en/niseko-best-onsen/

Musim Di Jepun

Halaman

Percutian Ke Jepun Musim Sejuk 2019 – 2020

PERCUTIAN KE JEPUN MUSIM SEJUK 2019 – 2020

Salji di Jepun

JomJapan membawakan anda Percutian Ke Jepun Musim Sejuk!
Ingin bermain salji dan melancong ke Jepun pada hujung tahun dan awal tahun?

Kami bawakan anda Pakej Percutian Ke Jepun Musim Sejuk ke Tokyo, Jepun!

Pakej 4 hari 3 malam ini sesuai untuk mereka yang inginkan perjalanan yang ringkas tetapi padat serta menghilangkan stress anda!

 

Sesuai untuk anda yang inginkan trip yang relax dan mengikut cara anda!

TRIP HIGHLIGHT

  • Melihat Robot Gundam saiz sebenar Di Divercity, Odaiba
  • Menaiki Shinkansen Ke Gala Yuuzawa Ski Resort
  • Bermain salji di Gala Yuuzawa
  • Tour Guide Melayu Muslim, fasih berbahasa Jepun dan Inggeris
  • Pakej Mesra Muslim – makan makanan halal dan solat diutamakan.

JADUAL PERJALANAN

Hari Pertama

  • Tiba di Haneda Airport pada waktu malam
  • Disambut oleh Tour Guide
  • Bertolak ke tempat penginapan
Shibuya Crossing

Hari Kedua

  • Melawat Yoyogi Park.
  • Melawat Shibuya Crossing dan Tugu Terkenal Hachiko
  • Solat di Masjid Otsuka
  • Makan makanan muslim friendly
  • Melawat Odaiba, bandar buatan Jepun serta melihat patung Gundam popular.
  • Makan Malam dan pulang ke tempat penginapan
Stesen Gala Yuzawa
Kereta Api Laju Shinkansen ke Gala Yuzawa

Hari Ketiga

  • Menaiki Kereta Api Laju Shinkansen Ke Gala Yuuzawa Ski Park
  • Bermain salji
  • Bermain snowboard dan ski 
  • (Optional: Harga sewa alatan tidak termasuk dalam pakej)
  • Makan makanan muslim friendly
  • Solat di tempat rehat
  • Makan malam dan pulang ke tempat penginapan

Hari Keempat

  • Aktiviti bebas melancong di Tokyo,
  • Atau kami bawa anda ke Ueno Ameyoko, Masjid Asakusa, dan tempat popular di Asakusa.
  • Bertolak ke Haneda Airport untuk penerbangan pada malam
  • Bertolak pulang ke Malaysia

APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ?

Pakej Termasuk:

  • Pengangkutan Awan (Kereta Api, Bas dan Shinkansen)
  • Airport Transfer (Dari Haneda Airport ke Penginapan dan Sebaliknya)
  • Penginapan (Hotel 3 bintang dan setaraf, Double Room. Bilik jenis lain akan mempunyai cas tambahan tersendiri)
  • Tour Guide Melayu Muslim yang berpengalaman tinggal di Jepun serta fasih berbahasa Jepun, Melayu dan English
  • Tiket masuk ke Gala Yuuzawa Ski Park

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket Penerbangan
  • Makanan (Tour Guide akan membawa anda ke tempat makanan halal)
  • Takaful Perjalanan

HARGA DAN MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui harga dan maklumat lanjut, sila isi maklumat di bawah.

Kami akan menghantar quotation melalui emel anda.

Sila semak email anda selepas mengisi maklumat di bawah.

Masukkan Bilangan Kumpulan Anda

WHATSAPP & TELEGRAM

Anda ada persoalan segera? 

Hubungi kami melalui Whatsapp dan telegram melalui link di bawah:

Telegram

Whatsapp