Kiriman

,

Shinjuku

Info dan sejarah

Jika anda melancong ke negara matahari terbit ini, sudah pasti anda mencari destinasi yang akan memberikan kenangan yang tidak akan dilupakan. Kami mencadangkan Shinjuku sebagai salah satu destinasi yang mesti anda lawati sepanjang berada di Jepun. Shinjuku atau lebih dikenali sebagai pusat hiburan, perniagaan dan pusat membeli belah sudah pasti menarik minat setiap pelancong untuk ke “sleepless town” ini.

Nama bandar Shinjuku ini berasal dari perkataan ‘Naito Shinjuku’ yang telah ditubuhkan pada tahun 1698 iaitu tahun ke 11 pemerintahan Edo. Bandar ini merupakan salah satu bandar terpenting semasa zaman pemerintahan Edo selain Shinagawa, Itabashi dan Senju.

Shinjuku telah berkembang sebagai “downtown” selepas pembinaan stesen kereta api iaitu selepas era pemerintahan Meiji. Beberapa daerah telah bergabung membentuk bandar ini iaitu Yotsuya, Ushigome dan Yodobashi.

Shinjuku terbahagi kepada dua bahagian iaitu Higashi (timur) dan Nishi (barat), di mana Nishi Shinjuku terkenal dengan bangunan pencakar langit dan merupakan pusat ekonomi utama di Jepun. Higashi Shinjuku pula dikenali sebagai pusat hiburan dan di sini terletaknya Kabukichō serta dikenali sebagai “sleepless town”.

Shinjuku merupakan bandar sibuk yang menjadi pusat komersial dan pentadbiran utama Tokyo dan di sini terletaknya Tokyo Metropolitan Government Building. Selain itu, di sini juga terletaknya stesen kereta api paling sibuk di dunia iaitu stesen Shinjuku. Dijangkakan terdapat lebih kurang 3.6 juta penumpang menggunakan stesen ini setiap hari. Di sini juga terdapat bas terminal yang besar iaitu Busta Shinjuku yang menjadi tempat persinggahan utama bas ekspres.

Apa yang menarik?

Jika anda ke Shinjuku pasti anda akan tertarik dengan pelbagai tempat yang menjanjikan kenangan yang berbeza berbanding destinasi-destinasi lain.

1.Pusat membeli-belah

Shinjuku sangat sinonim dengan pusat membeli belah terkenal yang menawarkan pelbagai jenis barangan fesyen dan elektronik seperti Odakyu, Department Store, Keio Department Store, ODAKYU ACE dan KEIO MALL. Pusat membeli-belah ini terletak di West Exit dan anda pasti akan meluangkan lebih masa di sini kerana terdapat pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin mendapatkan barangan elektronik atau kamera, anda boleh ke Yodobashi Camera dan Big Camera. Barangan yang di jual di kedai-kedai ini pastinya bermutu tinggi setaraf dengan kedai-kedai berjenama yang lain.

Pusat membeli belah terkenal Isetan juga terdapat di sini di mana ianya terdiri dari 10 tingkat bangunan termasuk restoran di tingkat atas dan bahagian makanan pada tingkat paling bawah.

Selain di West Exit, anda juga boleh membeli belah di bahagian South Exit kerana di sini terdapat beberapa pusat membeli belah seperti LUMINE, MYLORD, Shinjuku Southern Tower dan Takashimaya Times Square. Shinjuku Southern Tower dihubungkan dengan Takashimaya Times Square melalui East-West Deck (Tozai Dekki).

2. Tokyo Metropolitan Government Building Observation Decks

Anda juga boleh melihat pemandangan penuh bandar Tokyo dari Tokyo Metropolitan Government Buliding Observation Decks yang berketinggian 202 meter. Observation Decks ini terletak di tingkat 45 di bangunan utama dan untuk masuk ke sini adalah percuma. Tempat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu South Observation Deck dan North Observation Deck.

Tokyo Metropolitan Government Building

3. Hanazono Shrine dan Kumano Shrine

Di Shinjuku juga terdapat beberapa buah kuil dan muzium. Antaranya ialah kuil Hanazono dan Kumano. Kuil Hanazono ini telah wujud sebelum zaman Edo Shogunate. Kuil Kumano pula wujud sejak 600 tahun yang lepas dan anda berpeluang menyaksikan majlis perkahwinan orang Jepun pada hujung minggu di sini.

Hanazono Shrine
Kumano Shrine

4. Shinjuku Gyoen National Park

Selain banyak bangunan pencakar langit serta tempat-tempat membeli-belah di sini, anda juga tidak boleh terlepas peluang untuk menikmati pemandangan alam semulajadi di Shinjuku Gyoen National Park.

Anda boleh merehatkan minda di taman ini selepas penat berjalan-jalan di sekitar bandar Shinjuku. Dengan tiket masuk serendah 200 yen untuk dewasa dan 50 yen untuk kanak-kanak, sudah pasti ianya sangat berbaloi untuk anda luangkan masa di sini. Bagi anda yang ingin menikmati keindahan bunga sakura, taman ini adalah tempat yang sesuai untuk dilawati terutamanya pada bulan Mac.

Apa yang lebih menarik di tempat ini, anda bukan sahaja dapat merasai suasana di Jepun tetapi juga Perancis dan Inggeris kerana taman ini menggabungkan ciri-ciri tiga negara tersebut. Pastinya ini akan memberikan anda pengalaman yang berbeza.

Shinjuku Gyoen National Park

5. Shinjuku Central Park

Selain itu, terdapat sebuah lagi taman di tengah-tengah kota yang sibuk ini iaitu Shinjuku Central Park. Taman ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan pencakar langit seperti Tokyo Metropolitan Government Building. Niagara Falls mini yang menjadi simbol bagi taman ini sudah pasti menjadi daya tarikan utama pelancong dan membuatkan anda seolah-olah berada di Central Park di New York.

Shinjuku Central Park

6. Transformation Studio – REI & R’s

Bagi anda yang ingin mengambil gambar dengan memakai pelbagai jenis kostum, anda boleh ke Transformation Studio – REI & R’s. Antara kostum menarik untuk dijadikan gambar kenangan ialah kimono tradisional Jepun atau kostum Gothic dan Lolita. Jika anda ingin mencuba kostum samurai pula anda boleh ke Samurai Museum selain dapat mengetahui sejarah tentang samurai. Pastinya lawatan anda ke Jepun akan menjadi kenangan terindah apabila anda melihat gambar-gambar ini pada masa akan datang!

Akses

Untuk sampai ke bandar Shinjuku, anda boleh menaiki bas atau kereta api. Terdapat bas yang disediakan jika anda ingin terus ke bandar ini dari lapangan terbang Haneda atau Narita. Anda juga boleh menaiki JR Narita Express yang mengambil masa lebih kurang 90 minit.

Jika anda berada di stesen kereta api Tokyo, anda perlu menaiki kereta api di JR Chuo Line yang mengambil masa kurang dari 15 minit dengan bayaran tiket sebanyak 200 yen untuk ke stesen Shinjuku.

Selain itu, anda juga boleh menaiki kereta api dari stesen Ueno menggunakan JR Yamanote Line yang mengambil masa kira-kira 25 minit, bayaran tiket hanya 200 yen.

Kereta Api

Makanan Halal

Jika anda berkunjung ke Jepun, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal kerana di sini terdapat banyak restoran halal yang menepati citarasa anda.

1. Shinjuku Gyoen Ramen Ouka

Ramen merupakan makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun dan pastikan anda mencuba ramen halal terbaik yang terdapat di sini. Shinjuku Gyoen Ramen Ouka yang terletak berdekatan dengan stesen kereta api Shinjuku ini sering menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing terutamanya muslim. Anda bukan sahaja dapat menikmati ramen yang unik di sini tetapi juga pasti mengenyangkan kerana saiz hidangannya yang agak besar. Anda digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini kerana faktor kedai yang agak kecil serta jumlah pengunjung yang ramai.

Ramen

2. Restoran Siddique

Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan halal di restoran Siddique Shinjuku Nishiguchi yang menyediakan makanan bertemakan India Pakistan. Anda hanya perlu berjalan selama 5 minit dari stesen JR Shinjuku. Pelbagai menu seperti kari, naan dan nasi briyani terdapat di sini.

3. Restoran Uskudar

Bagi anda yang ingin mencuba makanan Turki pula anda boleh ke restoran Uskudar Shinjuku yang terletak berdekatan dengan stesen JR Shinjuku. Anda hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 4 minit untuk ke restoran ini untuk menikmati makanan asli Turki

Selain itu, terdapat beberapa lagi restoran yang menyediakan makanan halal di bandar ini antaranya ialah Yoshiya Shinjukuten, Bosphorus Hasan, Asian Kitchen Samrat, Karachi Cafe dan banyak lagi.

Tempat Solat

Bagi memudahkan pelancong dan penduduk muslim yang berada di Shinjuku, beberapa ruang solat telah disediakan. Anda boleh menggunakan ruang solat yang terletak di tingkat 11 di Takashimaya Department Store. Selain itu, kedai bebas cukai LAOX juga menyediakan ruang solat bagi memberi kemudahan kepada pelancong muslim.

Ruang Solat

Rujukan

  1. https://www.japanvisitor.com/tokyo/tokyo-area-guides/shinjuku
  2. https://livejapan.com/en/in-shinjuku/article-a0000265/
  3. http://www.gotokyo.org/en/tourists/areas/areamap/shinjuku.html
  4. http://jpninfo.com/28821
  5. http://www.att-japan.net/en/city/C1000710
  6. http://www.tokyometro.jp/en/attractions/metropolitan_govt_bldg/
  7. http://travel.kompas.com/read/2016/10/10/131000627/catat.8.restoran.jepang.halal.di.shinjuku.dan.shibuya

Halaman

Pakej Ke Jepun 2018 – 2019

Jika anda sedang mencari pakej ke Jepun 2018 yang menyediakan semuanya dan anda tidak perlu untuk pening kepala memikirkan perancangan perjalanan anda, anda berada di tempat yang betul!

Kami cadangkan kepada anda pakej ke Jepun 2018 yang diuruskan oleh syarikat perlancongan terkemuka, ARBA Travel & Tours.

Pakej Tokyo

Untuk Maklumat Lanjut
Klik di sini Sekarang!!

Kelebihan

Biar kami simpulkan kelebihan pakej ini untuk memudahkan anda memahami pakej ini.

  • Syarikat yang dipercayai dan bertanggungjawab.
  • Pakej ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur masyarakat.
  • Pengangkutan khas disediakan untuk para peserta.
  • Tiada tourist trap, ataupun tempat paksa beli.
  • Harga murah dari harga pasaran.
  • Pakej Premuim termasuk makan daging bakar mahal, Wagyuu di Jepun.
  • Segalanya disusun atur, anda hanya perlu bayar dan enjoy di Jepun.
  • Takaful perjalanan anda sudah termasuk dalam pakej dan segala kemalangan yang mungkin berlaku akan ditanggung oleh syarikat.

Kelemahan

Memang kita tidak boleh nafikan, setiap perkara yang diatur oleh manusia ada kelemahannya.

  • Pakej ini ialah Group Tour, iaitu pakej berjalan secara berkumpulan, dan tidak sesuai untuk mereka yang ingin melancong mengikut perjalanan sendiri.
  • Pakej ini juga kurang sesuai untuk mereka yang ingin melancong ke banyak tempat dalam satu-satu masa kerana jadual perjalanan pakej yang tetap kecuali satu hari Free & Easy.

Pakej Group Tour Ke Tokyo 5 Hari 4 Malam

Ini ialah itinerari untuk pakej ke Tokyo selama 5 hari 4 malam yang ditawarkan oleh syarikat ARBA Travel & Tours.

Hari Aktiviti
1 KL – Tokyo
-Berkumpul di KLIA2
-Bertolak ke Haneda Airport, Jepun-Bertolak ke hotel
2 Tokyo Tour

-Bertolak Ke Tokyo Tower

Odaiba

    • Decks Tokyo Beach
    • AquaCity
    • Fuji TV
  • Divercity Tokyo Plaza

-Tokyo Camii Mosque

-Shibuya Crossing

-Wagyu Yakiniku (Daging Bakar Wagyu)

3 Mount Fuji Tour

-Bertolak Ke Kawaguchi-ko Gunung Fuji

-Kachiyama Ropeway

-Gotemba Premium Outlet

4 Free & Easy

-Aktiviti Bebas

5 Asakusa – Ueno – KL

-Bertolak Ke Asakusa

-Masjid Asakusa

-Makan di kedai Sushi

-Ueno Ameyoko

-Ke Haneda Airport

PAKEJ TERMASUK

Tiket Penerbangan – Tiket penerbangan pergi balik.

Makanan – Makanan penuh disediakan kecuali hari keempat. Hanya sarapan sahaja disediakan pada hari keempat.

Pengangkutan – Pengangkutan Sewa Khas disediakan sepanjang perjalanan kecuali hari keempat iaitu hari aktiviti bebas.

Penginapan – Hotel 3 Bintang dan setaraf sepanjang perjalanan.

Takaful Perjalanan – Perjalanan anda dilindungi oleh takaful perjalanan yang ditempah khas untuk anda.

Tour Guide – Tour Guide orang Malaysia yang mesra dan lancar berbahasa Jepun, Melayu dan English.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

Perbelanjaan Peribadi – Perbelanjaan peribadi anda tidak akan ditanggung oleh syarikat.

Tarikh Pakej Ke Jepun 2018

🌻 *SCHOOL HOLIDAY* 🌻
20 Jun – 24 Jun

🌻 *SCHOOL HOLIDAY* 🌻
18 Aug – 22 Aug 2018

🕌 *CUTI MUHARRAM & AUTUMN*🕌
7 Sep – 11 Sep 2018

🍂 *DEEPAVALI & AUTUMN*🍂
3 Nov – 8 Nov 2018

☃ *SCHOOL HOLIDAY & WINTER* ❄
30 Nov – 04 Dec 2018
07 Dec – 11 Dec 2018
15 Dec – 19 Dec 2018
21 Dec – 25 Dec 2018
26 Dec – 31 Dec 2018

 HARGA
Deposit untuk tempahan –  RM1,000/per person~(Harga Asal)RM5,497~

  *RM4,997*(PROMO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN

Masukkan Bilangan Kumpulan Anda!

Pakej Lain

Jika anda rasa pakej-pakej di atas tidak sesuai untuk anda, anda boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan kami. Klik gambar di bawah dan isikan maklumat mengenai perancangan anda ke Jepun supaya kami dapat membantu anda.

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!