Kiriman

Nara

INFO DAN SEJARAH

Bandar Nara merupakan salah satu bandar yang wajib dilawati jika anda ingin meneroka keindahan tinggalan sejarah negara Matahari Terbit dengan lebih mendalam. Seharian sudah mencukupi untuk anda menjelajah Nara yang hanya seluas sekitar 276.84 kilometer persegi. Namun, anda tidak akan merasa rugi meluangkan masa yang lebih panjang di bandar ini kerana anda pasti akan terpegun dengan keunikannya yang tersendiri.

 Bandar ini merupakan ibu kota Wilayah Nara yang terletak di bahagian utara, dan bersempadan dengan Wilayah Kyoto. Perjalanan ke Nara dari Kyoto dan Osaka hanyalah mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Untuk pengetahuan anda, Nara merupakan ibu kota pertama Jepun dan menjadi tempat tinggal maharaja Jepun sekitar tahun 710. Istana Heijo yang terletak di tengah bandar Nara diangkat sebagai tempat kediaman maharaja dan juga pusat pentadbiran pada waktu tersebut. Amatlah rugi jika anda tidak melawat Tapak Istana Heijo ini kerana nilai sejarah dan kebudayaannya yang amat bernilai, ia telah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada Zaman Nara (710-784) ini juga,wujudnya era kosmopolitan.Negara Jepun pada ketika itu berinteraksi dengan Negara Cina dan negara-negara lain melalui Laluan Sutera. Hasil daripada interaksi dengan pelbagai negara terutamanya Cina dan Korea,maka wujudlah pelbagai kuil yang sangat unik.

Istana Heijo 

APA YANG MENARIK

Kebanyakan tempat-tempat menarik di Bandar Nara ini terletak berhampiran antara satu sama lain. Antaranya adalah “Todai-Ji”, “Kofuku-Ji”, Taman Nara, Muzium Nasional Nara, “Yoshiki-En” dan, “Isui-En”. Sebagai contoh,anda hanya perlu berjalan kaki selama sepuluh minit dari “Todai-Ji” untuk ke Taman Nara.

 Sebut sahaja Nara, “Nara Park”pasti akan muncul di benak fikiran sesiapa yang pernah ke Jepun. “Nara Park” ibarat rumah bagi ratusan ekor rusa. Anda boleh bersantai sambil membelai rusa yang bebas berkeliaran di taman ini. Jangan takut kerana mereka kebiasaannya sangat jinak. Selain daripada “Nara Park”, anda juga boleh menikmati keindahan taman berkonsepkan kejepunan iaitu “Yoshiki-En” dan, “Isui-En” yang terletak berhampiran. Bayaran masuk ke “Isui-En” adalah sebanyak 900 yen. “Yoshiki-En”pula menawarkan kemasukan percuma kepada pelancong asing.

Nara Park

Keindahan seni bina kuil juga menjadi daya tarikan utama di Nara. “Todai-Ji” juga termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dibina pada tahun 745 sebagai simbolik kekuasaan pemerintahan ketika itu. “Ji” bermaksud kuil agama Buddha. Apa yang menarik tentang kuil ini adalah struktur binaan kuil itu sendiri. Strukturnya yang diperbuat daripada kayu dan telah dinobatkan sebagai kuil berasaskan kayu yang terbesar di dunia. Kuil ini juga memegang rekod kuil yang mempunyai patung Buddha gangsa yang terbesar di dunia. Jika anda mengunjungi kuil ini pada bulan Mac, anda mungkin berpeluang untuk merasai aktiviti “Omizutori”. Selain “Todai-Ji”, “Kofuku-Ji”, “Toshodai-Ji” dan, “Yakushi-Ji” juga termasuk dalam senarai UNESCO. Penggemar tempat-tempat warisan dunia wajib berkunjung ke Nara.

Todai-Ji
Kofuku-Ji

 Selain kuil agama Buddha,anda juga dapat melihat kuil agama Shinto, “Kasuga Taisha” yang terkenal di sini. Kelainannya adalah kuil ini dihiasi dengan beratus tanglung gangsa hasil sumbangan pengikutnya. Dinyalakan hanya dua kali setahun iaitu pada awal Februari (Festival Setsubun Mantoro) dan juga pertengahan Ogos (Festival Obon Mantoro). Masuk adalah percuma namun,terdapat juga kawasan yang mengenakan bayaran seperti Taman Botani Kasuga Taisha Shinen Manyo (250yen-500yen) dan Muzium Kasuga Taisha (200yen-400yen). Anda dapat menikmati kecantikan bunga wisteria jika berkunjung ke Taman Botani Kasuga Taisha Shinen Manyo pada bulan Mei. Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah agama Shinto, anda bolehlah melawat Muzium Kasuga Taisha. Info tentang agama Buddha pula boleh didapati di Muzium Nasional Nara.

Anda juga boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Nara dari puncak Gunung Wakakusa yang berada di belakang Taman Nara dengan bayaran masuk serendah 150yen. Anda tidak akan berpeluang mendaki gunung ini jika berkunjung pada musim sejuk namun, anda berpeluang melihat upacara “Wakakusa Yamayaki” pada hari Sabtu minggu keempat setiap bulan Januari(musim sejuk). Acara ini turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

 Kesimpulannya, jika anda suka berjalan kaki sambil menikmati kecantikan flora dan fauna,Bandar Nara adalah destinasi paling cocok buat anda.

AKSES

 Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke Nara. Jika anda dari Kyoto,cara yang terbaik adalah dengan menaiki keretapi. Anda ada dua pilihan iaitu samada menaiki “Japan Railway (JR) Line” atau “Kintetsu Line”. Kami menyarankan anda menggunakan Kintetsu kerana tempoh perjalanan paling singkat dan sangat selesa.

  1. “JR Nara Line”: Bertolak dari Stesen JR Kyoto, tiba di Stesen JR Nara.Perjalanan selama 45minit jika menaiki keretapi ekspres dan, 70minit jika menaiki keretapi biasa. Tambang adalah sebanyak 710yen.
  2. “Kintetsu Nara Line” (ekspres): Bertolak dari Stesen Kintetsu Kyoto (berada di bahagian selatan Stesen JR Kyoto), tiba di Stesen Kintetsu Nara. Perjalanan selama 35 minit. Tambang adalah sebanyak 1130yen.
Kereta Api

 Anda juga boleh menaiki keretapi dari Osaka untuk ke Nara. Anda boleh pilih antara “JR Line” atau “Kintetsu Line”.

  1. “JR Kanjo-Yamatoji Line”: Bertolak dari Stesen JR Osaka, tiba di Stesen JR Nara.Perjalanan selama 59minit dengan menaiki keretapi ekspres Yamatoji (Yamatoji Kaisoku). Tambang adalah sebanyak 800yen.
  2. “Kintetsu Nara Line” (ekspres): Bertolak dari Stesen Kintetsu Namba, tiba di Stesen Kintetsu Nara. Perjalanan selama 40minit.Tambang adalah sebanyak 560yen.

 Bagi sesiapa yang ingin terus ke Nara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai(KIX), anda boleh menaiki keretapi atau bas limosin.

  1. Bas Limosin: Bertolak dari hentian bas di luar balai ketibaan KIX,turun di Stesen JR Nara atau Stesen Kintetsu Nara.Perjalanan selama sejam 43minit. Tambang adalah sebanyak 2050yen.
  2. “JR Line”: Bertolak dari “JR Haruka Airport Express”, tukar ke “JR Yamatoji Kaisoku” di Stesen Tennoji dan turun di Stesen JR Nara.Perjalanan selama sejam 23minit (tidak termasuk masa pertukaran keretapi). Tambang adalah sebanyak 1480yen.
Bas Limosin

 Jika anda bertolak dari Tokyo,Nagoya,Kobe atau Hiroshima, cara terbaik adalah anda menaiki keretapi laju(shinkansen) ke Kyoto dan kemudian ikut cara seperti yang kami telah terangkan sebelum ini.

Shinkansen

MAKANAN HALAL

Bagi pelancong muslim,anda tidak perlu gusar untuk mencari kedai makanan halal di Nara. Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Google Maps serta Halal Navi. Jika anda ingin merasai ramen,anda boleh berkunjung ke Halal Ramen Naramachi Jinniyah. Anda juga boleh membeli makanan bentou(bekal) di Halal Deli. Selain makanan Jepun, anda boleh nikmati makanan dari pelbagai negara di restoran seperti RENESA Asian,Ashura dan Jay.Pastikan anda merancang perjalanan anda sambil melihat informasi terkini di Halal Navi ataupun Google Maps.

Halal Ramen Naramachi Jinniyah

TEMPAT SOLAT

 Walaupun Nara belum mempunyai masjid,anda tidak perlu khuatir kerana ruangan solat ada disediakan. Antara tempat yang mempunyai ruangan solat adalah Stesen JR Nara,Pusat Pelawat dan Penginapan Nara, Pusat Maklumat Pelancongan Bandar Nara, KAI dan, restoran Naramachi Jinniyah. Untuk lebih mudah,anda hanya perlu menyemak di aplikasi Japan Masjid Finder.

Ruang Solat di
Pusat Maklumat Pelancongan Bandar Nara

RUJUKAN

  1. https://www.visitnara.jp/
  2. https://www.insidekyoto.com/
  3. https://www.japan-guide.com/
  4. https://ja.wikipedia.org/wiki/%E5%A5%88%E8%89%AF%E5%B8%82/
  5. https://www.halalinjapan.com/
  6. http://www.masjid-finder.jp/
  7. https://www.google.com.my/maps/

Halaman

Pakej Ke Jepun 2018 – 2019

Jika anda sedang mencari pakej ke Jepun 2018 yang menyediakan semuanya dan anda tidak perlu untuk pening kepala memikirkan perancangan perjalanan anda, anda berada di tempat yang betul!

Kami cadangkan kepada anda pakej ke Jepun 2018 yang diuruskan oleh syarikat perlancongan terkemuka, ARBA Travel & Tours.

Pakej Tokyo

Untuk Maklumat Lanjut
Klik di sini Sekarang!!

Kelebihan

Biar kami simpulkan kelebihan pakej ini untuk memudahkan anda memahami pakej ini.

  • Syarikat yang dipercayai dan bertanggungjawab.
  • Pakej ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur masyarakat.
  • Pengangkutan khas disediakan untuk para peserta.
  • Tiada tourist trap, ataupun tempat paksa beli.
  • Harga murah dari harga pasaran.
  • Pakej Premuim termasuk makan daging bakar mahal, Wagyuu di Jepun.
  • Segalanya disusun atur, anda hanya perlu bayar dan enjoy di Jepun.
  • Takaful perjalanan anda sudah termasuk dalam pakej dan segala kemalangan yang mungkin berlaku akan ditanggung oleh syarikat.

Kelemahan

Memang kita tidak boleh nafikan, setiap perkara yang diatur oleh manusia ada kelemahannya.

  • Pakej ini ialah Group Tour, iaitu pakej berjalan secara berkumpulan, dan tidak sesuai untuk mereka yang ingin melancong mengikut perjalanan sendiri.
  • Pakej ini juga kurang sesuai untuk mereka yang ingin melancong ke banyak tempat dalam satu-satu masa kerana jadual perjalanan pakej yang tetap kecuali satu hari Free & Easy.

Pakej Group Tour Ke Tokyo 5 Hari 4 Malam

Ini ialah itinerari untuk pakej ke Tokyo selama 5 hari 4 malam yang ditawarkan oleh syarikat ARBA Travel & Tours.

Hari Aktiviti
1 KL – Tokyo
-Berkumpul di KLIA2
-Bertolak ke Haneda Airport, Jepun-Bertolak ke hotel
2 Tokyo Tour

-Bertolak Ke Tokyo Tower

Odaiba

    • Decks Tokyo Beach
    • AquaCity
    • Fuji TV
  • Divercity Tokyo Plaza

-Tokyo Camii Mosque

-Shibuya Crossing

-Wagyu Yakiniku (Daging Bakar Wagyu)

3 Mount Fuji Tour

-Bertolak Ke Kawaguchi-ko Gunung Fuji

-Kachiyama Ropeway

-Gotemba Premium Outlet

4 Free & Easy

-Aktiviti Bebas

5 Asakusa – Ueno – KL

-Bertolak Ke Asakusa

-Masjid Asakusa

-Makan di kedai Sushi

-Ueno Ameyoko

-Ke Haneda Airport

PAKEJ TERMASUK

Tiket Penerbangan – Tiket penerbangan pergi balik.

Makanan – Makanan penuh disediakan kecuali hari keempat. Hanya sarapan sahaja disediakan pada hari keempat.

Pengangkutan – Pengangkutan Sewa Khas disediakan sepanjang perjalanan kecuali hari keempat iaitu hari aktiviti bebas.

Penginapan – Hotel 3 Bintang dan setaraf sepanjang perjalanan.

Takaful Perjalanan – Perjalanan anda dilindungi oleh takaful perjalanan yang ditempah khas untuk anda.

Tour Guide – Tour Guide orang Malaysia yang mesra dan lancar berbahasa Jepun, Melayu dan English.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

Perbelanjaan Peribadi – Perbelanjaan peribadi anda tidak akan ditanggung oleh syarikat.

Tarikh Pakej Ke Jepun 2018

🌻 *SCHOOL HOLIDAY* 🌻
20 Jun – 24 Jun

🌻 *SCHOOL HOLIDAY* 🌻
18 Aug – 22 Aug 2018

🕌 *CUTI MUHARRAM & AUTUMN*🕌
7 Sep – 11 Sep 2018

🍂 *DEEPAVALI & AUTUMN*🍂
3 Nov – 8 Nov 2018

☃ *SCHOOL HOLIDAY & WINTER* ❄
30 Nov – 04 Dec 2018
07 Dec – 11 Dec 2018
15 Dec – 19 Dec 2018
21 Dec – 25 Dec 2018
26 Dec – 31 Dec 2018

 HARGA
Deposit untuk tempahan –  RM1,000/per person~(Harga Asal)RM5,497~

  *RM4,997*(PROMO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN

Masukkan Bilangan Kumpulan Anda!

Pakej Lain

Jika anda rasa pakej-pakej di atas tidak sesuai untuk anda, anda boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan kami. Klik gambar di bawah dan isikan maklumat mengenai perancangan anda ke Jepun supaya kami dapat membantu anda.

Rancang perjalanan anda ke Jepun dan luaskan pengalaman anda!